Followers

16 Jun 2011

Dikhianati memang pedih, tapi....



Pedihnya hati dikhianati. Bagi yang dah memeterai janji , percintaan berjaya ke jinjang pelamin, pengkhianatan selepas itu lebih memedihkan. Bagi yang baru berkasih-sayang , belum ada ikatan, perasaan terluka akibat ditipu memang terkesan.

Sebagai perempuan, apalah daya nak marah-marah bila pasangan begitu kering hati berlaku curang dengan kita sedangkan masa bercinta beria melafaz janji setia. Aku dulu hampir hilang percaya pada lelaki. Sampaikan nak gi cari jodoh untuk kawin pun aku dah tak de mood. Lelaki-lelaki yang aku dampingi, semuanya begitu manis mulut, bercakap hebat tapi sudahnya melakukan 'kesilapan' dengan mencari awek back-up dan menipu aku tak sudah-sudah. Pulak tu, bermati-mati defend diri tu tak bersalah. Kononnya sudah fitrah lelaki, tak penah cukup dengan yang ada.

Silap besar buat mereka. Kalau betul diorang mahukan satu hubungan yang kekal ke akhir hayat, kata-kata ego semacam tu jangan sesekali dilontarkan kat aku. Sebab, aku bukan jenih manusia yang berhati agar-agar atau puding kastad. Aku maybe tak melawan kata, tapi akal aku bijak mengatur langkah. Senyap tak bermakna kalah. Tak apalah... Skang belum kawin, ko buleh buat apa yang kau suka. Tapi, aku pun buley maaaaa......


 Dia yang curang, aku tinggalkan. Tiada tempoh probation. Buat apa nak buang masa. tempoh kesuburan aku ni bukannya lama. Tak mengapa. Lebih baik tak bercinta dari ada pakwe yang perangainya gila. Dengan aku sekali ikut gila macam dia. Susah... Memang susah. HAti sakit. Melihat rakan lain yang begitu gembira menjelang hujung minggu , buleh keluar dating, aku lak membizikan diri dengan kerja. Tak cukup satu, aku buat dua. Dari pagi hingga ke malam habihnya. Siapa heran, hati aku yang terluka bukan mereka!


Tapi skang aku dah kawin, walaupun aku tak sangka yang ada orang nak kawin ngan aku. Suami aku pun cam tu jugak. Penat bercinta banyak-banyak. Dah tak mahu lagi sesi suai kenal.. Nak tanya apa makanan kesukaan, warna kesukaan, hobi dan cita-cita. Semua tu buang masa. Dah penat nak tanya. Katanya, perempuan-perempuan yang berdamping dengannya hanya nampak apa yang ada di badannya - pangkat dan  maybe nampak macam kaya. Tapi, perempuan skang sangat manja. Ditinggalkan sekejap kerana tugas, si dia mula mengongoi minta perhatian segera. Jika tidak, pakwe lain yang lebih bagus dicarinya. Tak adakah perempuan yang boleh berdikari, katanya?

Oh..mahu yang buleh berdikari? Aku lah kot? ditinggalkan memang aku takde masalah. Aku lagi suka. Sebab hari-hari mau berkepit pun boring jugak. Sesekali nak jugak melepak dengan rakan-rakan sebaya tanpa si dia. kan kan... Hmm.. nampaknya aku dan dia serasi bersama. Kami menikah. Dan skang anak dah nak masuk dua. Masih lagi macam dulu-kala. Nak pi mana pun, kalau nak ikut, ikut la. Kalau takmo ikut, duduk ajelah kat rumah. Tapi, satu janji termetrai sebelum kami buat keputusan untuk bersama....


"Walau apa pun yang jadi di masa lepas,  kita tinggalkan saja. Tak de effect apa-apa pun. Tapi, untuk masa akan datang, silalah berlaku jujur dan tiada rahsia antara kita.." 

Setakat skang, itulah yang berlaku.

Inche Kitchi tau siapa aku di masa aku mengenalinya. Dia kenal sapa kawan-kawan aku. Dan dia tau betapa tensennya aku masa bergaduh-gaduh ngan pakwe lama. Dia nampak sendiri camana aku melaluinya. Hakikatnya, aku sedih. Marah. Bukan tak sayang si pakwe tu, tapi camana nak idup selamanya dengan orang yang tidak jujur dan hanya ikut kepala hotak dia sendiri? Besides, bagi dia perempuan ini hanya perlu dengar cakap suami sahaja. Kalau suami kata, hari ni kita makan kura-kura, maka ko kena makan kura-kura sedangkan kura-kura itu haram dimakan dan dalam peti ais ada je ikan dan ayam untuk dijadikan juadah? Paham ke maksud aku? Ko tiada hak bersuara kerana ko isteri. Oh tidak... Aku maybe ada result SPM je, tapi aku punya Quran dan Sunnah adalah A plus, okeh! Aku memerlukan lelaki yang jauh lebih bijak dari aku aku. BUkan bijak berkata-kata, tapi bijak. Aku tak payah nak explain pepanjang tentang sesuatu, ended up dia tak paham jugak , sebab dia tak bijak. Haaa... cam laki aku ni. Aku tak cakap pun, dia dah tau dah. Tengok saiz lubang idung aku pun dia dah buleh agak aku nak cakap pasal apa. Terer? Buleh la.. HAHAHAHAHAHHA *bohong je ni. 

Soalnya, cemana nak lupakan orang yang mengkhianati kita? Camana nak legakan hati yang marah dan kecewa? Cinta ni memang besh. MAcam bahagian badan kita yang gatal. Makin digaru, makin sedap. Makin lama digaru, ia akan luka. LAgi teruk garu, luka makin dalam dan bila baik, ia meninggalkan parut. Samada parut tu kekal atau tak, tengok le samada Bio Oil tu berkesan ke tak atas kulit ko. Bagi orang yang dah kahwin dan kendian dikhianati, pedihnya lagi teruk - macam kena simbah ngan asid kot!


Cara terbaik untuk menghilangkan rasa benci dan sakit kita pada apa yang berlaku pada kita ialah hanya dengan MEMAAFKAN. Maafkan diri kita, dan maafkan diri orang tu. Selagi kita berdendam, kita akan terus meratapi nasib kita yang malang tu. Dendam adalah sifat syaitan. Dan bila kita ada satu sifat syaitan dalam diri, sifat-sifat jahat yang lain milik syaitan akan menyusul kemudian. Percayalah. MEMAAFKAN sahaja la ubatnya. Syaitan akan lari jauh. MAafkan dia kerana Allah.


Ingat lah, diri kita jauh lebih berharga. Kita hidup bukan kerana dia. Kita hidup bernyawa untuk Allah. Bersangka baiklah dengan Allah. Mungkin hubungan kita terputus kerana dia memang bukan milik kita. Bersyukur kerana kita putus seawal ini. Kalau dah anak 8 baru tahu cerita suami mengkhianati kita, tidakkah lebih menyakitkan? Sama jugak pada yang belum kahwin. TOLONGLAH, jangan putus asa. Jangan bunuh diri. Jangan salahkan diri kalian. Manusia memang pelbagai. JAdikan ia sebagai peringatan. Next time berkasih-kasihan, beringat. Jangan terlalu menyayangi. Simpan sikit hati tu untuk diri sendiri.


Berterusan memusuhi bekas kekasih sampai memaki hamun si dia dan pasangan barunya tidak akan melegakan hati kamu. Menyalahkan dia mencurangi kamu tidak akan melegakan kesakitan kamu. Semua tu hanya menyakitkan! Biarlah. Lantak pi la kat dia. MOVE ON jalan terbaik. Move on bererti, awak buang semua apa yang membuatkan anda ingat pada dia. Jangan sedihkan hati. Keluar! Bersukahatilah dengan kawan-kawan. Buat la apa pun. Kerap lah call mak ayah bertanya khabar. Sayangilah orang lain di sekeliling kamu. Hargailah sesiapa yang bersama mu di kala kamu kesedihan. Jangan layan lagu dan movie sedih. KETAWALAH! Kalau muka kamu mendung dan murung, tiada siapa berani nak dekat dengan kamu.


Tahu nilai diri kamu. Kamu sangat berharga. Hargai diri kamu dahulu, barulah orang lain akan menghargai diri anda.

Entri ini khas buat orang-orang yang bersedih kerana dikhianati. Anda tidak keseorangan. Be strong! Be positive. Semestinya kegembiraan itu ada untuk kita. Cuma kena sabar.




Ok..nak pi makan sushi.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram