Followers

1 Jul 2011

Dah berbengkung dah

Hari ke-seploh berpantang.


 Memandangkan luka jahitan aku sudah cemerlang, maka aku membuat percubaan memakai bengkung. 
Ida pakaikan. 
Memula sapukan dulu Tummy Tone ammy 60 days tu.
Kalau baca arahan, kena boh sikit limau nipis atau cuka dalam bancuhan serbuk tu. Tapi, sebab ini merupakan percubaan dan perut aku masih tak diketahui tahap ketebalan isinya selepas pembedahan, maka aku tak boh le limau atau cuka tu. 

Wah, susah gak nak pakai bengkung ek?

Camni asal nak berbengkung je aku kena roger si Ida tolong pakaikan. 
Manja tak? HAHAHAHAHA...*lempang sikit!

Sonok bengkung walaupun lepas pembedahan. Actually, lebih elok bengkung sebab aku rimas perut berlapis-lapis aku ni bergoyang-goyang setiap kali bergerak. Kalau la lemak-lemak ni buleh bunyi cam bunyi loceng tu, mau dah macam kat kuil gayanya. Kan? Badan terasa kejab, ketat dan kemas. Aku pun duduk straight je, takde bongkok. 


Cuma ikatan bengkung di kawasan perut dilonggarkan sikit , mengikut keselesaan. Ida lapik ngan towel good morning dan sepatutnya diletakkan gambir dan halia kat towel tu, lembab-lembab... untuk memanaskan kawasan tu. Tak digalakkan taruk limau ngan kapur sebab takut perut panas sangat.


Memandangkan bengkung aku cuma ada satu, dan bengkung tu pun Semut Merah punyo. aku menyarankan agar Ida beli lagi satu bengkung yang senang sikit aku nak ikat, tanpa bantuan dia. Ada dua , senang nak basuh-membasuh. Pehtu, pesan sekali air mawar Mustika Ratu. Besh plak sapu kat muka dengan bedak sejuk. Ilang pening kepala. 

Sekian saje laporan aku pada hari ini.




Jom tido!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram