Followers

6 Jun 2011

Che Mong oh Che MOng!



Aku tak sure aku penah letak gambo Che Mong tak dalam entri seblom-seblom ni. Che Mong singgah menginap di rumah Angah sejak beliau baby lagi. Angah yang jaga dia, bagi makan, ajar dia berak secara berdisiplin yada..yada...yada.. Sesekali aku balik, hepi la jugak sebab ada kucing kat umah beliau.

Rupa Cik Mong ada sikit cam Dobot si Nini D tu. TAtau le kot Nini D punyo kucing kawin ngan kucing Sik, dapat anak pehtu tinggal kat Sik je. HAHAHA..jauh merantau cari jodoh ye, Dobot. Cuma, Che MOng lebih anggun dari Dobot la sebab dia masih di zaman anak dara.


Che Mong le teman Angah bila berseorangan. Even tutup pintu sekalipun Che MOng sentiasa buleh figure out jalan nak masuk umah. Dia masuk ikut bumbung. TApi, dia tak penah sekalipun berak dalam rumah. Dengar kata kucing ni.

Bila Oni balik, Che MOng suka duduk gesel-gesel kat kaki. Oni suka la tarik-tarik ekor Che MOng yang kembang tu. Che Mong suka menjaga penampilan. Hampir setiap seploh minit dia 'mandi'kan bulu dia. Tapi, bulu dia tetap kembang cacak walau cemana kerap dia jilat. HAHHAA... Siannn...

MAsa Angah kawin, Che Mong macam resah je. Dia pandang-pandang je kitorang yang sibuk-sibuk packing barang untuk goodie bag. Takde pun dia kacau-kacau. Sesekali dia ronda-ronda kat luar. Tu memang rutin dia la. Keje dia kat umah tu tangkap tikus ngan cicak.

Tapi, lepas hari akad nikah Angah, Che Mong macam takde mood. Dia duduk je dalam umah , telentang. Kami wat tatau je. Biasa gak Che Mong buat kelaku macam tu. Tapi, malam kemuncaknya terjadi bila Angah tak balik rumah lepas kenduri di pihak perempuan.

Kol 10 malam cemtu, Inche Kitchi gitau Che Mong kena langgar masa Kimi dok gostan keta. Che Mong gagal dikenalpasti lokasinya selepas itu. Tapi, kata saksi, Cha Mong cedera. Jalan capik-capik.

Heran aku. Kucing bukan biasanya ada deria rasa yang sensetip ke? Selalu kalau keta gostan, kucing lari je kan? Dengar bunyi enjin start pun dia dah lari dah. TAkkan la Che Mong tak dengar.

Besoknya, selepas seisi keluarga menunggu kepulangan Che Mong, dia muncul depan pintu dengan capik-capik. Muka cam biasa la, tak de perasaan. Linda ngan Kimi bawak Che MOng gi klinik untuk mengenal pasto tahap kecederaan. TApi doktor kata, Che MOng ok. Cuma bagi satu suntikan antibiotik je. Nasib baik Che Mong tak de menggigit tempat yang sakit tu. Dia cool je.

Semalam, aku sembang-sembang ngan Inche Kitchi, dia cakap dia memang ada di lokasi kejadian ketika Che Mong dilanggar Kimi. Aku memang pelik sebab Che Mong bukan jenis kucing dungu. Dia cerdik sangat. Mustahil buleh kena langgar. Kalau dia dungu, memang dah lama dah kucing tu mati kena lenyek ngan kereta sebab umah aku memang sah-sah tepi jalan.  

"Kucing tu nak bunuh diri je gayanya. Kot dia frust kot Angah kawin. Semalam, dia tunggu je Kimi gostan. Lagi dekat keta tu, takde pun tanda-tanda dia nak berganjak dari tempat dia duduk. Memang dia nak bunuh diri tu...." gitau Inche Kitchi.


Ntah kenapa, walaupun bunyi cam kelakar, aku tak menyangkal kemungkinan tu......


Harap Che Mong tak apa-apa. Kalau ada rezeki, aku snap gambor Che MOng ok...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram