Followers

12 Jun 2011

Bila Pak Salih Yaacob berkata-kata pasal Kelab Taat Isteri...


Ketaatan bukan hanya ditempat tidur: Salih

KUALA LUMPUR: “Isteri tidak memerlukan mana-mana kelab untuk menunjukkan ketaatan mereka kepada suami kerana mentaati suami adalah perintah Allah semata-mata untuk mendapat keredaan-Nya,” kata pelawak dan pengacara, Salih Yaacob.

Beliau yang baru kembali daripada bercuti di Beijing, selepas mengahwini isteri keempat, Samihah Sheikh Amy, 25, akhir bulan lalu, berkata isteri hanya diwajibkan untuk mentaati suami selagi suami tidak melanggar akidah, akhlak dan syariat Islam.

Malah katanya, ketaatan kepada suami juga bukan hanya di tempat tidur semata-mata kerana nikmat kasih sayang dalam perkahwinan akan dirasai jika Allah reda dengan pasangan yang melaksanakan perintah-Nya.

“Walaupun isteri adalah hak mutlak suami, haram untuk suami mengadakan hubungan kelamin jika tidak mendapat keredaan daripada isteri kerana golongan Hawa dilahirkan bukan sekadar untuk menjadi tempat golongan Adam memuaskan nafsu mereka.

“Jika ada kelab yang ditubuhkan untuk mengawal tindak tanduk isteri, dibimbangi mereka yang menyertai kelab itu akan lebih mengikut peraturan dan garis panduan ditetapkan kelab berkenaan, sekali gus meminggirkan tuntutan al-Quran dan as-Sunnah,” katanya kepada Berita Minggu, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Kelab Taat Suami cawangan Malaysia, Fauziah Ariffin yang mengakui memenuhi keperluan batin suaminya dengan berpakaian menarik dan seksi yang juga cara terbaik memberi layanan kepada suami.

Sebelum ini Naib Presiden Kelab Taat Suami, Dr Rohaya Mohamed mengingatkan isteri supaya melayan suami seperti `pelacur kelas pertama’ mendapat kecaman pelbagai pihak.

Salih yang mengecam kenyataan menyamakan isteri dengan pelacur berkata penubuhan Kelab Taat Suami dan kenyataan pemimpin kelab itu akan memberi persepsi negatif terhadap golongan yang mengamalkan poligami sepertinya, sekali gus mengundang tanggapan tidak baik masyarakat.

Beliau yang pernah ditawarkan untuk menyertai Persatuan Poligami iaitu persatuan yang difahamkan ada kaitan dengan Kelab Taat Suami berkata kehidupan berpoligami bersama empat isteri bukan berlandaskan kepada nafsu semata-mata sebaliknya kerana kehendak dan keizinan Allah untuk beliau berbuat demikian.

“Saya tidak mengambil sebarang ubat-ubatan atau makanan tambahan untuk menaikkan nafsu syahwat, sebaliknya nafsu saya timbul daripada hati dan niat yang bersih kerana Allah yang membenarkan dan memberikan modal untuk saya menyampaikan nafkah zahir dan batin, barulah isteri dapat mentaati Allah dan suami dengan akidah, iman dan keyakinan,” katanya.

Katanya, perkahwinan yang dibina bersama empat isteri terutama isteri yang baru dikahwininya tidak berlaku secara sengaja kerana ia bukan bermula atas dasar cinta sesama manusia tetapi kerana cinta mereka kepada Allah.




Polis siasat Kelab Taat Suami


PENDANG: Polis menyiasat dakwaan mengaitkan Kelab Taat Suami yang diwujudkan di kalangan isteri berpoligami, sama ada mempunyai kaitan dengan kumpulan al-Arqam dalam usaha meniupkan kembali ajaran kumpulan terbabit kepada rakyat di negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata sehingga kini pihaknya belum menerima laporan penubuhan Kelab Taat Suami itu mampu menjejaskan keselamatan negara.

Katanya, sesiapa saja termasuk pertubuhan itu yang melanggar undang-undang, tidak akan terlepas daripada dikenakan tindakan.

“Saya terima laporan tetapi belum lihat ia (kelab Taat Suami) boleh jejaskan keselamatan negara.

“Jika kumpulan ini kita dapati melanggar udang-undang atau lebih serius lagi menjejaskan keselamatan negara, saya percaya polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan.

“Saya juga minta kalau (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri) Datuk Mashitah (Ibrahim) jika ada maklumat mengenai perkara ini supaya menyalurkan kepada kita,” katanya selepas merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Pendang di Kompleks Paya Mak Inson di sini, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas laporan akhbar kelmarin yang meminta orang ramai memperhalusi asas penubuhan Kelab Taat Suami yang diwujudkan isteri berpoligami daripada Global Ikhwan yang dikaitkan dengan kumpulan al-Arqam.



 Makbed berkata:

Tu dia.... Otai Poligami sudah berkata-kata. MIntak maap Pak Salih, Makbed gurau aje.
Betoi kata Pak Salih, taat suami tak buleh diukur pada layanan di atas katil sahaja. Isteri tu jauh lebih banyak budi dan jasa untuk dinilai.

Dengki dengan 'kejayaan' Pak Salih melengkapkan kuota? HAHAHA.. Aku yakin dia sniri tak berbangga dengan kejayaan seperti itu. Respek sangat dia sebab tau apa beza nafsu dan tanggungjawab. Yang penting, kahwin atas dasar cinta kepada Allah adalah sesuatu yang ramai orang TAK NAMPAK. Yang diorang nampak, berpoligami ni cuma nak elak zina je.

Kalau kamu sudah teringin melakukan zina, sedangkan diri kamu sememang tak mampu nak tanggung makan minum sendiri pun, ada hati mahu berpoligami pulak... Layakkan kamu mendapat mandat Allah mempunyai bilangan isteri yang ramai sedangkan orang seperti itu perlukan iman dan jiwa yang kuat? Poligami ni satu kerja susah bagi aku. Nafkah zahir perlu diberi. Buatnya sorang isteri ada 2 anak, 4 isteri dah berapa? Takkan isteri pun nak kena bagi had beranak berapa orang? Itu melanggar norma pulak. PAstu, masuk bab nafkah batin plak? Senang ke nak layan isteri sehingga isteri tidak perlu komen-komen lagi di kemudian hari?

Kalau dok 'habih awal' je keroje nye berani cakap ke nak kahwin banyak? Nak kena ketuk ngan senduk?

Isteri yang taat bukan datang bergolek-golek. Teraju utamanya ialah suami, imam sebuah rumahtangga. 
Kalau suami pun tak berapa nak taat, isteri apatah lagi. 
Akal lelaki ada 9, nafsu ada 1.
Perempuan ada 1 akal, 9 nafsu.
Kerukunan berumahtangga bukan kerja perseorangan. Ia merupakan tanggungjawab bersama.
Jadi, sama-samalah kita fikirkan. 
Betulkan apa yang kurang, tambahkan apa yang dah sedia elok. 
Semoga Allah melindungi rumahtangga kita.
Takyah nak join-join kelab ntah hape-hape tu. Bek gi joinn Kelab Disney MAlaysia aje. HAHAHH..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram