Followers

30 Jun 2011

Bila BERSIH itu HARAM

Pemakaian dianggap ada kaitan dengan perhimpunan haram

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjelaskan mereka yang memakai baju-T tertera perkataan BERSIH ditahan kerana ada kaitan dengan perancangan mengadakan perhimpunan haram pada 9 Julai ini yang tidak mendapat permit polis.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata ia selaras tanggungjawab polis untuk menjaga ketenteraman awam dan tidak memilih bulu sama ada penyokong kerajaan atau pembangkang.

“Baju-T BERSIH ini ada kaitan dengan perhimpunan haram yang dirancang pada 9 Julai. Maka apa yang mereka pakai adalah haram. Tangkapan dilakukan bukan kerana baju yang dipakai tetapi kerana kesan akibat mereka memakainya,” katanya di sini semalam.

Tindakan polis menahan mereka yang menjual, membeli atau memakai baju-T berwarna kuning yang tertera perkataan BERSIH sejak minggu lalu, dipertikaikan pihak tertentu yang mendakwa tiada jenayah dilakukan dengan hanya memakainya.

Hishammuddin juga menafikan tindakan polis terhadap mereka yang menyokong perhimpunan haram 9 Julai ini bagi menuntut pembaharuan sistem pilihan raya bermotifkan politik.

“Bermotifkan politik ikut perspektif siapa. Saya boleh mengatakan perkara yang sama (bermotifkan politik) kepada mereka,” katanya.
Beliau turut menegaskan bahawa sesiapa saja yang melanggar undang-undang tidak terkecuali daripada tindakan, termasuk ahli Pemuda UMNO yang didakwa mengepung dan mengancam mahu membakar ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Isnin lalu.

“Saya memberitahu polis supaya melayan mereka (Pemuda UMNO ) macam BERSIH. Tiada sesiapa pun bebas atau mengatasi undang-undang,” katanya.



Makbed berkata:
Hmmm.... susah nak cakap nih. Tengokla besok-besok makin ramai tukang print t-shirt pilih perkataan BERSIH sebagai design terbaru. Dah memang manusia ni, bila dicakap JANGAN atau HARAM , yang tu yang paling sioookkk sekali nak buat. 

Tapi, kesian gak la kat team-team pemBERSIHan yang kena pakai uniform ada perkataan BERSIH. Hee.. 

Kira ok gak la kalau diharamkan pakai t-shirt ada nama BERSIH. Kalau diharamkan sebut BERSIH, atau pape je perkataan yang ada BERSIH, tak ke naya? 

Pasni jawatan Ketua Kebersihan kat bilik darjah bertukar jadi Ketua Pembasmi Kekotoron plak. Dah takleh guna 'BERSIH' (?)

Tolong le pihak yang bertanggungjawab, tak boleh ka duduk diam-diam je 9hb Julai ni? KAwan aku nak menikah hari tu lah! Korang sibuk dok BERSIH wakpe? Pi BERSIH kubur ke, masjid ke, rumah jiran ke kan lebih berpahala cenggitu.


Aku cuma cintakan keamanan, tak suka kekacauan. 



Umie ni dok masak apalah kat dapo tu sedap kemain baunya. Nak lari dari rumah le camni! UWaaaaaa....~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram