Followers

9 Jun 2011

Beza Diari dan Blog




Beza diari dan blog


Diari
  • Ko buleh slamber je letak nama orang yang ko anginkan tu dalam diari. Pehtu ko sorang tau. Buleh baca banyak kali. 
  • Tulisan tak yah cantik-cantik. Biasanya bentuk tulisan ko bergantung kepada emosi ko menulih diari ketika itu. 
  • Ko buleh maki suka ati tanpa perlu ditapis atau suntingan kesan khas.
  • Takde ruangan komen dan krittik.
  • Takde shoutbox.
  • Simpan dalam laci atau mana-mana tempat rahsia.
  • Tempat paling sesuai untuk tulih perasaan kecewa ko pada orang terdekat seperti mak, ayah, suami atau adik-adik. Nak tinggalkan wasiat pun buleh. Tapi, taktau le bila orang tu nak jumpa diari ko bila ko mati sok. 
  • Ko buleh tulih hape je suka ati pasal sesapa je. Besok ko marah orang tu. Lusa ko dah tak marah dah. Then kalau ko tulih pun takde sapa nak cakap ko bengong sebab ko kejap marah, kejab tak marah. Takde sapa nak kutuk ko takde pendirian, macam lalang watsoever. 
  • Takde stalker buleh sibuk-sibuk amik tau pasal life ko. 
  • Ko buleh catat berapa hari ko tinggal puasa, berapa banyak sedekah ko pada hari tu, teruk ke tak period pain ko, ko puas ke tak masa 'bersama' ngan suami atau isteri ko.. atau berapa kali ko cubit anak ko setiap hari sebab ko marah dia tak dengar cakap ko.
  • Takleh design template , tukar bekground...
  • Perlukan ruangan simpanan. 
  • Tak de masalah kalau tak letrik atau internet lembab. Ko still buleh tulih dengann penuh perasaan. 

Blog
  • TAkleh suka-suka maki orang sebab orang lain buleh baca. Even ko tak letak nama pun, orang leh sesuka wat spekulasi. Dan ko lansung tak de hak untuk marah orang yang wat spekulasi tu. Kesudahnya, nampak cam kita je mengaum sengsorang di alam maya marahkan orang lain atas apa menda yg kita tulih. Tapi..tu la... Blog aku, aku punya suka lah! Tak suka korang jangan baca! Leh camtuh? 
  • Kita buleh cakap kat orang 'do not judge a book by its cover'. Apa yg kita tulih, tak semestinya sama ngan apa yg ada dalam hati kita. Belum tentu ia mencerminkan siapa diri kita. Think again! Kita pun sama jugak, terkadang kita pun sama judge orang lain berdasarkan apa yang orang tu cakap. Kalao ko baca ayat "MANGKUK HAYUN PUNYA GURU BESAR SEKOLAH AKU. AKU DAH CAKAP DAH JANGAN ROTAN AKU, TAPI KO ROTAN JUGAK. KO SIAP! AKU TUNGGU KO KAT SIMPANG!" Apa kah judgment yang anda akan buat kat blogger tu? Anda belum kenal dia lagi kan? But still . . . .? 
  • Salah tulih je, orang akan salah anggap. Blog ada ruangan komen. So, bersiap-siagalah andai anda salah tulih berkenaan sesuatu. Ruangan komen tu akan penuh dengan bermacam-macam feed back. Anda buleh memilih untuk tak publish komen yang pedih-pedih, but still nak gak tanya APSAL TAK PUBLISH? Berani tulih, berani terima komen lah! Anyway, kalao anda tak publish pun, si pengomen dan anda je yg tau... Jadi, cukup telus kah anda ketika berblogging?
  • Anda memang tak buleh tulih segala citer pasal hal dalam kain, betapa frustnya anda ngan suami atau isteri anda pasal dia tak wish hepi besday kat anda, dan segala perasaan berbentuk peribadi, sebab tu buleh menyebabkan rumahtangga ada musnah terus.
  • Blog ni berterusan, even sampai ko mati. So, kalau ko punya blog penuh ngan kagta-kata nista, setiap kali orang baca entri ko maki seseorang, kiralah berapa 'pahala' yang ko dapat pastuh.
  • Kalau anda pandai menulih, tulisan anda akan mempengaruhi orang lain.
  • Ko buleh tau blog ko menarik ke tak melalui setiap kunjungan pelawat. Kalau banyak, maknanya menarik la tuh.
  • Buleh buat duit. Tapi kalau ko buat blog ko penuh ngan maki hamun, duit yg ko dapat tu tak sure le halal ke tak. Ehh? 
  • Leh wat ramai kawan , dan musuh!
  • Idea terbantut kalau takde letrik dan server down. HAHAHAHAHAHA....



Kesimpulan Makbed: BLOG MEMANG BUKAN DIARI. metacih!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram