Followers

9 Jun 2011

Besh kan kenduri?

Apsal gigi aku sakit tetiba nih? 


Aku expect sakit lain, lain yg datang. Huhhh..Takpe, terima je.



Aku da balik Lumut da. Alhamdulillah..Selesai segala. Adik ipar baru dah selamat masuk umah laki dia. Ehh..hahahha..Bunyi cam kasor je kan? Tapi, gitu la realitinya. Nakciter pun tak larat sangat lagi sebab aku baru aje sampai ni. Dah siap mandi suma, sementara nak tunggu rambut basah aku ni kering, aku buat la satu entri. 


Sepatutnya aku lepak kat kampung meraikan adik ipar baru tapi aku tak dapat menahan da. Aku juz nak balik umah, dan merehatkan diri. Jiwa aku tak tenang betui selagi aku tak hirup udara umah aku. Gilo masa knuri siang tadi, ke hulu hilir aku berjalan. YAng kelakornya, aku bawak baju nak pakai gi knuri. Aku dah test da baju tu sebelum datang ari tu - BULEH PAKAI LAGI. Sekali bila aku pakai tadi, baju tu dah sendat! HAmpehhhh!!! LAki aku senyum kambing gurun je kat aku. Aku suruh dia "SADAPP!!!" Jangan cakap pape. Tak sangka aku buleh membesar sebegitu pantas. Tu pun sempat gak la aku jalan pi sambut tetamu selama seploh menet, dan kembali ke bilik dalam keadaan berpeluh lencun. 

"NAK SALIN BAJU JUGAAKKK!! AKU RIMASS!!" bebel aku dalam bilik disaksikan Inche Kitchi dan Oni. 

Lastnya, aku pakai baju muslimah ngan sluar getah. Tu je yang sedap kat badan aku. Ah, lantak! Diorang bukan nak tengok aku pun kan? 

Ternyata aku salah. 

Aku rasa setiap tetamu yang tengok aku suma buat muka ngeri. Tak sure le ngeri sebab aku ni gemok sangat, atau ngeri takut aku terberanak time berjalan tu. Soklan ramalan jangan cakap le - soklan sama je yang menerjah gegendang telinga aku ni...

"Bila due ni? Nampak sarat dahh.."

Ada tetamu yang memang familiar dan kamceng tu, siap buleh usap-usap perut aku lagi... 

"Waa... ketat dah perut ni. Tak lama sangat dah..!

HAHAHAHA.. diorang tanya soklan, diorang buat jawapan sniri. Aku biarkan je la. Kalau aku bukak mulut bagi jawapan pun, aku jugak yang berpeluh sengsorang kat tengah panas terik tuh. 

Ada gak la aku tolong amik air basuh tangan , lauk-lauk buat keluarga mertua yang turut sama memeriahkan majlis. Aku layan pengantin je kat meja makan beradap tu. Aku wat kijo sikit je pun... Bentara-bentara suruh aku masuk umah. AHAHHHAAA.. Sabo je lah. Tapi, ok gak. Takde la aku rasa bersalah sangat. Kang diorang kata aku goyang kaki je tak buat keroje. Hepila jugak aku tengok tetamu-tetamu yg hadir dilayan elok oleh bentara-bentara yang kesemuanya di kalangan penduduk taman umah aku , kawan-kawan menembak Abah dan saudara-mara.

Masa kenduri aku dulu, camtulah jugakk..... 

Sedikit perkara menarik kenduri Angah:

  • Walaupun Mak Abah dok Pahang dan berulang balik Sik sebulan sekali, segala urusan kenduri dijalankan penuh tanggungjawab oleh kawan-kawan Abah.. Siap duit ajo... 
  • Kenduri kali ini mengorbankan sekor lembu dan sekor kerbau. Ayam pun ado.
  • Lauk-lauk kenduri dimasak sendiri oleh penduduk kampung. LAuk utama, GULAI BATANG PISANG. Kesian gajah. Kurang makanan ruji dia dalam utan tuh.
  • Penduduk di kejiranan aku ni masih mengamalkan konsep gotong-royong ketika kenduri. Jadi, siok sikit rasa bila dengar depa terjerit-jerit dan ketawa berdekah-dekah sewaktu proses menyediakan juadah. Rasa cam raya beb!
  • Aku memang tak leh tolong apa pun. NAsib baik la kazen aku Kilah dan Pidah bermurah hari menyumbang tenaga untuk tolong MAk ABah start dari masa pilih barang kahwin di Nilai lagi. Kalau diorang takde, ntah camana lah kenduri tu. Kilah siap amik cuti 2 minggu semata-mata nak settlekan knuri Angah. Mana nak cari sepupu cam ni? Ya Allah.... kembang buntut Kilah bila baca entri ni...kan kan kan?
  • Tema kenduri kahwin Angah, Hitam dan Putih Kehidupan. Aku je tetiba pakai baju kaler hijau. HAHHA..
  • Lauk pengantin dimasak oleh tukang masak khas dari PArit Buntar iaitu Mak Njang Bibah. Dia ni memang nampak macam nak kena masak lauk pengantin je untuk anak cucu Tok Bibi dan generasinya.. Sama lah macam arwah Opah dulu. Cuma aku lebih bernasib baik sebab arwah Opah ado lagi masa aku menikah.
  • Pengantin makan bertambah-tambah masa makan beradap tau! Siap makan ngan tangan lagi. Dushhh~
  • Emosi Che MOng kembali stabil. Cuma tadi dia dok usha bilik pengantin lama-lama. Jeles la tu!
  • Oni dijaga sepenuhnya oleh adik-adik aku secara bergilir-gilir bersama Inche Kitchi. Keje aku cuma bagi dia tido ngan makan je. 
  • Hampir 100% masa aku di kampung ketika itu adalah tido dan makan sahaja. Aku rasa sangat hebat sebab seumur hidup aku tak penah wat camtuh lagi. Kalau aku tak peknen, wat camtu musti dah kena penampo jepun. 
  • Seblum balik umah, Mak bagi aku beberapa tin susu pekat , beras 10 kilo, kuih-kuih, lauk lebih knuri... suma tu lebih kenuri lah! Bonet penuh wooo~ 
  • Tukang cuci pinggan adalah kanak-kanak.. baya ADik.. dalam dajah 4 sampai 6. Rupanya ada bentara junior yang memang dilatih sejak sekolah untuk bersosial dalam aktiviti gotong-royong camnih. Huihh... KAgum jap aku. Adik aku pun join cuci pinggan skali.

Besok aku ada check-up. Tu pun salah satu sebab aku nak kena balik. Aku takleh nak lepak lama-lama walaupun sgt siok melepak bersama Mak Njang, Maksu, Paksu, Kilah , Pidah, Tok... Buleh gegelak. Tapi, aku kena balik menenangkan jiwa and spend some good time for  myself. Nanti dah bersalin, of course aku lagi letih. Ada hikmah jugak aku tak bersalin masa dok sibuk-sibuk kenuri ni. Kalau tak, tatau le penat dia camne. Baby dalam perut pun baik je duduknye. Takde la mengeras-ngeras beria especially time knuri tadi. Kesian jugak kat Inche Kitchi sebab cuti dia berbaki 3 hari lagi. Kalau buleh dia nak lepak ngan Umie kat Penang sampai cuti dia abeh. Tapi, aku terpaksa gitau dia yang aku tak larat daa.. Nak balik sesangat . Lagi cepat lagi bagus. BUkan sebab taknak dok ngan Umie. Aku nak jugak! Buleh makan Nasik Kandaq.... Tapi, aku tak larat dahhh....

Maka.. tadi aku gerak balik jam 12 tengah malam. Kol 3 pagi dah smpai umah dah. Oni plak masuk keta 5 menet je, terus lelap. Letih sangat dah tu. Kesian ONi... But she had a good time with everybody.


Thanks Suamiku...for everything you've done.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram