Followers

27 Jun 2011

Berpantang dengan Ammy 60 Days

Masuk hari ke-6 berpantang. Aku dah memulakan sesi makan jamu Ammy 60 Days yang hari 1 ke 10 tu sejak hari ketiga lagi. Tapi, memula aku makan 1 biji , 3 kali sehari. Saja nak test daya ketahanan diri dulu.




Nampaknya, berlansung ok je. Takde komplikasi.
6 hari penggunaan, badan aku tak lemau-lemau. Mak kata aku kuat jugak sebab 3 hari aku dah buleh jalan keliling umah walaupun terbongkok-bongkok.
Badan tak rasa bisa-bisa.


Meh aku citer bab berpantang plak.


Since aku berpantang sendiri, aku tak de la pressure diri aku untuk bangun awal-awal sangat. Takde sapa nak marah ye dak? 
Bangun-bangun je dari tido aku akan basuh tangan dan start perah susu dulu. Perah pakai tangan okeh! Belum ada pam susu lagi. Sapa nak kasi hadiah adalah amat dialu-alukan. HAHAHA..  Janji perah. Kalau tak, menitik-nitik susu tu masa mandi. Kan ke membazir tuh.

Lepas dah perah, aku pun taruk dalam botol susu Najwan. Najwan biasanya tido je time ni. 
Yang bangun hanyalah Oni. Untuk mengelakkan Oni mencucuk idung Najwan ketika ketiadaan aku, dia akan dijaga oleh Kimi. 
Kalau macam hari ni, hari  bekerja, pepagi lagi Kimi antar Oni gi umah pengasuh. Jadi waktu siang aku berlalu dengan tenang dan aku ada banyak masa untuk diri sendiri.


Mandi mesti dengan air suam-suam panas. Bukan suam-suam kuku ye. 
Tujuannya, nak legakan urat-urat yang tegang. Aku takde pengalaman bersalin bedah sebelum ni tapi honestly berpantang lepas czer memang leceh dan tidak selesa. Maybe rasa lega sikit la sebab aku tak kena jahit di perineum so, aku tak payah risau pasal bab yang 'sulit'. 
Tapi, kalau jahit perineum tu cuma beberapa jarum je , jahit kat perut ni berinci-inci. Sakitnya lama. Penjagaan lebih rumit dari bersalin biasa. 
Untuk bersalin secara pembedahan ni, aku kena terlbih dahulu mengutamakan bahagian jahitan di perut. Kena bagi baik dulu, baru buleh jaga bahagian lain. Lupakan dulu lah bab menguruskan badan, urut ke hapa..selagi jahitan ko tak elok, jangan le buat papa. 


Masa mandi, aku tutup ngan kain, dan balut lak plastik keliling pinggang. Ini untuk memastikan air tak kena kat jahitan tu. Actually buleh je nak kena air sebab doc ada taruk dressing kat atas luka jahitan tu, tapi menda tu lama-lama nanti reput. Kalau kena air, lagi la cepat reput. So, aku balut je dulu awal-awal. Masuk hari ke 5, aku buleh mandi cam biasa dah. Takyah tutup-tutup. Tapi, kena make sure lap bebetul kawasan jahit tu sampai kering. Kalau tak , nanti kena infection. 
Nak lagi sedap, ko keringkan dengan hair dryer. Jangan panas sangat. Nanti rentung pulak isi perut ko..ngee...


Aku dah pakai Body Tone, Ammy Massage dan Ammy Heat  dan kesemuanya sangat besh! 
Ini suma aku pakai lepas mandi. Badan panas je, Body tone tu bau nya macam param, sedap sangat. Boleh tanggal la daki-daki suma. Buleh taruk kat dahi. Cuma campur air je. BUleh gak nak campur ngan air mawar, kasi wangi. Jangan campur ngan air sirap atau teh tarik je la ye. Bersemut lak badan ko kang!


Kendian, sapu Ammy Massage kat seluruh badan plak. Sapu la kat bahu, bawah ketiak yang ada kepak-kepak ayam serama tu, lebih-lebih lemak segala tu sapu je. Insyallah kurang sikit lemak tu nanti. Sapu kat tengkuk, belakang. Kalau sampai semua bahagian belakang, sapu ajelah. Kalau tak sampai jangan le pulak ko tuang minyak tu atas lantai, then golek-golek atas minyak tu. Huduh bebenor gayanya.
Soh le sesapa bubuhkan. Buat mana yang termampu. Aku just sapu pada bahagian penting. Peha dan pinggul pun sapu. Kat perut je tak letak sebab aku tak berani. 

Ammy Heat plak sifatnya lebih tahan lama, cuma agak berminyak. Yang tu aku sapu kat betis ngan tapak kaki, sebelum pakai stokin. Kalau suka, sapu je kat tempat yang banyak lemak degil. Kalau aku, lemak degil memang banyak. Pastu aku lak kembang air. Ngandungkan Najwan ni badan bengkak-bengkak dek water retention. So, I have to keep myself warm. Heat is essential. Memang berpeluh sentiasa la kalau selalu taruk minyak. Malam pun kena minyak gak. 


Tummy Tone aku belum pakai sebab yang tu kena sapu kat perut sebelum berbengkung. Since aku belom layak untuk disarungkan bengkung, aku pun tak bubuh la. Kalau dah sampai masa nanti aku tulih plak masa Tummy Tone okeh. 


Kerja-kerja camni kalau ada Inche Kitchi jadi senang sikit. Tapi sebab Inche Kitchi kena chicken PORK pox, so, aku takleh la suruh. Kang aku jadi chicken cam dio. GAAAGAGAGAGa...


Ok..dah habih suma sesi boh minyak angin, pakai stokin, baru le pakai baju. Kalau siang, aku pakai kain batik ngan t-shirt. Malam, aku lebih suka pakai seluar. Sebab, kalau pakai kain kang terselak pulak. Kalau bersalin biasa, kena jahit kat 'bawah' tu maybe la aku tido sopan sikit kan. Terkepit je. Tapi, ni sebab tak kena jahit kat situ, so aku buleh tido penuh perasaan. HAHAHAHA.... Jadi, keselamatan adalah penting. Kang angin masuk lak. Pakai je la seluar. 

Untuk luka jahitan, aku minum pati ika haruan. Ida belikan untuk aku 3 botol. Tapi dia kasi sebotol dulu. Aku pun tatau apasal dia beli sampai 3, tapi maybe dia leh rasa aku nak kena czer kot. Mak dah siap siangkan ikan haruan, dan Ida masak buat sup. Number Three [Alang] plak ari tu datang belikan ikan haruan kering dari kampung. Jadi, goreng ajelah. Aku tak makan beria. Nasik putih saja pun aku leh makan. Lauk aku cuma berkisarkan ikan haruan, ikan kerisi, taburkan lada hitam je. Tu dah sedap dah le tuh. Syaratnya, nasik kena masak kasi lembik-lembik sikit. 


Buat masa skang, aku tak minum lagi air rebusan manjakani. Mak aku soh gak minum untuk mengetatkan apa yang patut since aku ada kena 'selukan' beberapa kali sebelum dibedah. Kan? Itu pun kira pencerobohan tanpa rela, yang buleh membuatkan angin masuk dalam badan, dan melonggarkan sendi-sendi. 
Korang pepaham sendiri la. Kang ado budak laki bace blog aku, jenuh dia pikir sampai bersambung kening dia dua-dua. Dah tak pasal aku kena jawab soklan memacam besok! 


Weh, manjakani tu sangat tak sedap. Buleh pitam kalau minum. So, aku tunggu perut aku sihat sikit, dah buleh menahan tekanan, baru aku minum air tuh. Aku kan pantang 100 hari. Lambat lagi.... KEKEKEKEKKE..


Hari ni, aku dah start urut badan. Ida urutkan. Aku tatau le nak bayar dia harga bidan urut ke, atau harga bidan campur tukang masak dan jururawat keluarga. 
Sebab, dia dah le urut aku , 
pehtu masak makan untuk aku, 
masak makan untuk orang yang kena chicken pox tu skali,
kendian, tumpang kan orang chicken pox tu duduk umah dia,
uruskan NAjwan... haaadeh. 
Nak bayar ikut rate kengkawan or jiran pun tak patut. Nilai persahabatan tu tak ternilai dengan wang ringgit. 


Apa yang dia buat aku hargai. Dia cuma tak urut bahagian jahitan aje. Kaki, badan, belakang, kepala sampai tarik-tarik rambut tu, suma dia buat. Rahim aku masih tinggi. Disebabkan aku czer, urutan untuk rahim tak boleh dijalankan lagi untuk beberapa minggu akan datang. Tapi kan... urut kaki aje pun aku dah mengaduh sakan dah. Memang sakit. Bayangkan la 9 bulan menanggung berat berlebihan. Urat tegang kot. Ingat senang ke nak menukar gaya berjalan lepas mengandung - dari penguin walk ke cat walk? 
Susaah........


Paling tak besh bila dia tarik rambut aku untuk ikat ketat-ketat.
Rasa cam nak cecepuk je dia.

MySpace

Kalau tak ikat ketat, kepala masuk angin dan mulalah nak pening.
Sakit la kejap. Maybe sakit sebab memang dah ada angin dalam kepala kan.

Papepun, Makbed enjoy berpantang.
Doakan lah aku kurus ye. HEHEE...
Tau tak berat last sebelum bersalin hari tu ialah 78.0 kg?
Berat terkini lepas bersalin aku tak sempat lak nak timbang.
Mungkin esok lusa kot.


Since aku takleh bertungku macam biasa, aku gunakan tungku moden. Ala..yang rupanya cam bantal tu.
Aku selalu panaskan tungku sebelum tido. Masa nak tunggu panas, aku gi sapu param dulu seluruh badan. Boh Ammy Massage dan Ammy Heat.
Pehtu, letakkan tungku tu pada tapak kaki, betis, perlahan-lahan naik ke atas, dan kendian lastnya aku letak kat belakang pinggang. Sebab kat pinggang tu yang sakit lebih.
Lepas czer memang takleh bertungku perut. Tapi, kalau ada tungku moden tu dah banyak membantu dah. Letak jelah kat belakang sampai lelap.



Photobucket
Najwan di usia 6 hari





Gambo Ibu Najwan tak payah le. Kalau nak tengok buleh gi blog BELIAU nih.
Kemain teruja lagi citer pasal lawaan kemasyarakatan dia. SIAP 2 episod lagi tau!
HEee... malu lak tengok umah bersepah. Tapi memang siyes bersepah masa dia datang tu. Tak sempat kemas. Sesapa yang nak datang tu, harap pepaham ajelah ye.

Mekasih kepada yang mengucapkan tahniah kepada Makbed , yang mendoakan.
Kepada Cik Lulu, anak saya putih melepak mungkin kerana saya makan sushi banyak kot.
Makbed memang tak mengamalkan minum soya masa peknen.
Pertama, sebab manis.
Kedua, kulit baby lebih sensetif kalau terlalu banyak minum soya.
Masa pregnant Najwan, memang gila makan seafood.
Suka air kelapa sampai ke saat nak bersalin sempat lagi minum sebijik. Air kelapa mustilah yang ori, tanpa ais batu dan takde gula. Kalau buleh, nak yang pakcik jual tu belah sniri depan mata.
Kendian, aku minum susu kambing banyak giloh. Susu kambing ni berkalsium lebih. Sesuai la untuk aku yang bergigi reput ni. KAtanya, susu kambing baik untuk elakkan bayi kena kuning jadi aku amalkan sejak dari awal.
Alhamdulillah, Najwan ada gak kuning tapi sket je... tak perlu pergi ke hospital sampai ke hari ni.


Makbed sihat..
Kalau tak sihat, aku tak hapdet blog ni.



Tengok aje lah dulu.... Belom buleh peluk lagi. Kesian Apak...


^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram