Followers

28 Jun 2011

Bangga la tu dapat tengok Transformers tanpa aku... cis!

Inche Kitci udah abih kuarantin. Dah buleh balik rumah. Hepinya aku bila tengok keadaan rumahtangga aku dah kembali normal. Sonoknya bila dapat tengok Inche Kitchi tersenyum riang gelakkan Oni. 




Eh, Oni ni makin ngade la. 

Dia memang sangat excited dengan hadirnya Najwan dalam kehidupan. Dia dah paham yang perut Ibu dia dah takde 'baby' lagi walaupun perut Ibu tak hilang-hilang pun buncitnya. Skang, dia macam agak jeles sebab aku asyik peluk Najwan, tapi tak peluk dia macam selalu.
Ye la..aku mana lah buleh dukung beliau lagi, kan? 

Bila Najwan nak susu, Oni pun mintak susu. 
Tengah malam, Najwan terjaga, Oni pun turut terjaga sama. 
Pehtu, Najwan nak tido, Oni pun sibuk-sibuk nak tido satu bantal dengan adik. 
Nasib baik Najwan cool je. Agaknya dia dah biasa dah kot dengan kakak dia sejak dari dalam perut lagi. 
Bila Najwan dah tido, dah jadi satu cobaan plak aku nak kena tidokan Oni semula. Huu...

Tambah plak masa tu Inche Kithci takde... Rasa cam nak gila la jugak. 


Semalam, hampir 15 kali gak la Oni dok sebut sambil tunjuk gambar Apaknya kat banner yang tergantung kat tingkap bilik aku tu. Sebak aku. Tetiap malam sebelum dia tido, aku akan call Inche Kitchi, so that Oni leh dengar suara Apak. Tapi lepas tu, dia akan mengongoi sendirian, sebut-sebut nama Apak lagi. Sampai la tido. Even dalam tido pun dia ngigau sebut "AYAH". 

Hari ni, Apak dah balik umah, memang dia membodek Apak aje la. Ingat ilangla manja tu tapi lain lak jadinya. Ngade. 

NAk pakai pampers macam Najwan pakai.
Kimi ngan Apak la layan.
Lapik plastik atas tilam dulu...
Boh minyak angin dengan vicks kat dada dan perut...
Sebijik la macam Najwan bila nak bersiap lepas mandi!
Tinggal tak de taruk barut je. 
Hangenn je aku nengok. 


Pehtu , bukan buleh marah sikit. 
Mula la tarik muka nak nangih. 


Yang si Apak lak, mementang kuarantin dah habeh, menonong je dia bersekongkol ngan Kimi gi tengok Transformers tengah malam ni. 

Tu tak pe lagi..

Tapi, nama nak meng'ayam-ayam' kan aku supaya aku jeles , dia siap TAG lagi GAMBO TIKET WAYANG tu dalam fesbuk.
Kimi pun sama gak. 

Nasib baik kome gi tengok tengah malam. Jadi, aku buleh tido je. HAHAHA...
TAkpelah, gi la berseronok-ronok ye. Aku dah seronok dah.
Dapat tengok laki depan mata pun dah cukup besh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram