Followers

24 Jun 2011

Auni yang paling banyak berkorban walau tak mengerti apa-apa

Aduhai Oni..



Dia yang paling banyak berkorban walau dia tatau pape pun.

Sejak aku di hospital, dia terpaksa jauh dengan aku.

Aku tahan diri aku walau aku rindu sangat kat dia masa di hospital.

Pengasuh dok update - time makan pun Oni sebut nama Ibu.

Time tido dia ngigau, nangis panggil Ibu.

Aku mintak Oni bersabar sampai la habih momen aku di hospital.

Setiap kali aku teringatkan pengorbanan Oni gitu, aku jadi marah kat hospital tempat aku duduk. Aku nekad nak lari pun sebab dia la.


Dengan Apak pulak demam campak.

Kali ni teruji sungguh kekuatan diri dan kesabaran aku.

Manyak dosa aku nih. Sebab tu la Allah uji aku...

Atau pun Allah nak bagi sesuatu yang lebih besar untuk aku sekeluarga lepas ni. Mana kita tau kan?

Aku bersalin sendiri... dah macam ibu tunggal dah. Sememangnya aku nak suami aku di sisi. Kalau dia takleh wat pape pun, dia tungu je kat sebelah tu pun dah jadi dah.

Tapi, aku boleh cakap apa yang AKU NAK.

Yang Inche Kitchi nak kita taktau.

Ntah dalam hati menangih.

TAkleh duduk dekat dengan anak.

Anak ada kat depan pun takleh pegang.

Tengok aje si Najwan nangeh.

Aku rasa tu lagi berat ujiannya.





Sebaik je Najwan lahir, Oni datang melawat aku di spital.

Excitednya Oni bila nampak adik.

Dipanggil "Adik..Baby...Adik BAby.."

riuh satu hospital.

Tapi, bila sampai masa dia kena pergi, dia nangeh.

Pilu sungguh hati aku.

"Ibu..! Ibu,,! Tak nakk!!" Jerit Oni sambil meronta taknak duduk ngan pengasuh. Nasib baik suami pengasuh ada. Kalau tak cemana la pengasuh aku yang peknen tu nak handle Oni.


Masa tido kat spital lepas pembedahan, aku dok pikir camana uruskan proses berpantang di rumah. Oni nak balik, tapi APak demam campak. Oni yang kena jaga dulu sebab dia ni jenih lari-lari punya orang. Mana dengar kata suruh diam. Bila nampak Apak dia sure dia terus peluk punya. Dia bukan tau sakit jangkit ke hape. Tapi, Oni MESTI balik rumah. Takleh duduk lama lagi umah pengasuh. Nanti dia merajuk.


Masa tu aku rasa aku lah Ibu yang paling tak guna sekali, buat anak cam tu. Tapi, aku tak de jalan lain dah.


Balik dari hospital aku bincang ngan Ida Kurau. Malam tu Oni nak balik, maka Apak Oni kena tumpang tido umah Kurau. Oni takleh jumpa lansung Apak. Sabo je la seminggu lagi. Waa..seminggu tu lama kan?

Nasib aku baik sebab Ida dan Kurau tak kisah. Syukur sangat.




Malam semalam, Oni balik. Pengasuh hantar lepas Maghrib. Menjerit kesukaaan dia bila nampak aku. Terus lari-lari masuk umah..loncat-loncat atas tilam dia. Then dia tengok Najwan. Dia panggil-pangginya si Adik soh bangun. NAjwan tengah tido.


Then pengasuh nak balik. Bila dia tengok pengasuh siap-siap nak gerak, Oni dah panik.


"Taknak..! Taknak!!" Oni terus lari peluk aku.


"Ibu...........Ibu... Taknak!!!" rayu Oni dengan air mata bergenang. Jelas nampak dia susah hati -ingat pengasuh nak amik dia balik.


Bila pengasuh dah tak de, dia dah bertenang. Maka mulalah dia bernakal-nakal kembali. Aku plak jadi sakit pinggang. Apak Oni dah lari ke umah bawah. Bawak segala bantal selimut sume. HAHAHA...


"Ayah takdak??" tanya Oni.


Aku senyum. "Takda sayang. Ayah sakit. Nanti kita jumpa Ayah ok..."


Oni diam. Sambung baik balik.



Masa Kimi gi bilik air, Oni ikut. Aku tak tau dia wat pe, tapi bila dia kuar dari pintu bilik, dia panggil 'AYAH!' banyak kali sambil tunjuk pintu bilik kat aku,


"Ayah anddi.... (AYAH MANDI)" katanya.


Sedihhh.....Dalam hati doa, cepat lah Inche Kitchi baik. Anak ni rindu sangat dah ni.




Yang Ida Kurau lak membebel aku tak duduk bebetul. Patutnya aku kena baring, tapi aku risau sebab kang aku baring Oni wat smack down atas perut aku lak. Tak lama je aku duduk atas katil, Oni gi baling zirafah menan dalam baby cot Najwan. Terkejut Najwan - terus nangeh. Seb bek time tu Ida ada dekat dengan Najwan. 

Then aku masuk bilik. Bawak Najwan. Tinggalkan Oni dengan Kimi. Oni nangeh... Panggil aku. Pedih hati aku dengar. Nak je aku dukung dia, tapi aku tak daya. 

Ida tenangkan aku dalam bilik. Aku cuba tido , Ida urut kepala aku. Tapi air mata ni tak berenti-berenti mengalir. Najwan dah tido balik. Aku takleh gak tido wapau kejap pun sebab hati aku ni dok sebak kenangkan Oni. 

Apak...cepat le baik. 


Pastu aku panggil Kimi. Soh bawak masuk Oni. Tutup pintu. Jam baru pukul 9 malam.
Aku duduk tepi katil dan aku tepuk bontot Oni soh tido. Walaupun pinggang aku sakit bagai nak gila, aku duduk jugak tepuk bontot Oni sampai la tido.
Pas Oni tido, aku susukan Najwan plak. Susu badan aku tak berapa banyak.
Aku kena bagi susu tepung jugak. Sebab kalau tak bagi susu , Najwan nangih dan aku lagi bertambah tensen. 

Tengah malam Najwan bangun nak susu. Dengan perut sakit-sakit aku bangun jugak. Oni pun bangun sebab terkejut dengar suara Najwan. Dia pun nangih skali. Haadohh... Apak..cepat le baik. Sian Ibu...


Kol 2 pagi, aku dah leh tido. Aku tengok sorang-sorang anak aku. Aku usap-usap kepala Oni.
Kesian dia.
Entah cemana la pulak besoknya. Tokwan nak mai lagi. Takyah le pi umah Pengasuh. Tapi, Apak lak kena dok umah  bawah je satu hari. HEHEHE.. 

Pagi tadi , aku tepaksa gak soh Kimi hantar Oni gi umah pengasuh. Kalau tak aku takleh rehat lansung.
Minggu ni biarlah aku jadi Ibu yang kejam. Aku kena cepat sihat sebab Oni.

Tu pun, dia takmau ikut Kimi. Bila dia nampak Kimi pegang kunci keta je, dia terus lari peluk kaki aku.
Susu pun tak mau minum.
Trauma dah la tu! Anak aku ingat apa aku buat.
Dia panggil nama aku, sambil buat muka kesian. 

Tapi, aku suruh Kimi bawak gak dia jenjalan gi taman. Setengah jam pastu Kimi balik.
Oni dah pi umah pengasuh. Kimi kata Oni nangeh, tapi kejap je. 

Takpe Oni, petang Ibu amik. Ibu tak tinggal dah. Harap bila Oni besar dan Oni terbaca ni, Oni paham apa yang Ibu buat. Bukannya Ibu tak sayang Oni. 

So.. buat sesapa yang nak bersalin dan ada anak kecik, prepare siap-siap for the unexpected.
Even aku yang dah prepare ni pun terkantoi. Sapa sangka Apak nak sakit lak last-last minit.
Kimi la naya. Patut datang Lumut untuk jaga Oni, tapi last sekali kena jaga aku, Inche Kitchi ngan Oni skali. Kesian dia.
Naseb bek laaaaaa ada Kimi. Kalau tak, mati keras haku. 

Mekasih gak kat Ida yang menjaga aku, siapkan makan minum untuk aku dan Inche Kitchi. Makanan orang sakit. Dia lah yang banyak support. Tak terbayar dengan wang ringgit da ni. Mekasih Ida sebab kasi tumpangkan rumah ko. 

Ida dah urut susu semalam. Hari ni dah bengkak plak. Susu ado tapi tak kuar banyak-banyak lagi. Mau besok kot baru ok. Tapi, aku tetap bagi jugak Najwan minum. 


Entri ni memang sedih.... 

TApi harap-harap aku tak sedih dah le pas ni. skang aku takleh gelak pun. sebab perut sakit! gelak tak ikhlas buleh la...







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram