Followers

26 Jun 2011

AKU KAH YANG BERSALAH?


Aku ke yang salah?


Ida tadinya hantar sup ayam lauk si Inche Kitchi yang lebih semalam. 
Memula dia taruk peti ais. 
Bila dah petang, dia naik. Konon nak kasi Oni makan.
Dia masukkan dalam periuk
kendian pasang api.
Dah panas, Kimi cedok sup tu makan dengan nasi goreng yang Mak masak pagi tadi
Kimi kata ..
"nasi goreng ni macam dah nak basi. Dah tak leh simpan. Kimi makan ngan sup.."
Aku pon OK kan je la.
Aku bukan leh makan pon.
Sebab lauk tu kira masak 2 kali la kan. Dipanaskan semula. 
TAkpe... kang aku nak suap Oni makan nasik ngan sup tu. Dia suka sup. 


Pehtu... aku beborak ngan Ida kat kerusi.
Sembang pasal nak antar Oni belajar kat sekolah cina, suatu hari nanti.
HEHEHEHE.. berangan jauh ni!
Tetengah sembang tu, aku teringat sup. 
Aku panggil Kimi , mintak tolong tutup sup tu...

"Kimi, tolong Kak LIza sat. Tutup sup atas dapoq tu." 



 Pehtu, aku makan ubat.
Then , aku pi mandi. 
Standard la dalam pantang , lepas siap mandi , nak kena sapu minyak angin dan memacam lagi.
Ado la dekat sejam nak settle suma. 
Oni teman aku dalam bilik, jadi tukang kutip kain baju busuk. 


Bila aku gi dapo, ada bau tak bes tak bes.
Bau sedap, tapi cam nak hangus.
Aku toleh belakang..
Nampak api sup ayam tu BELUM BERTUTUP...
WAAHAAHHAHAAA!!!


"KIMI, PASEPA HANG TAK TUTUP API SUP TU!!?"



Kimi lari-lari datang kat aku.


"Laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... tadi Kak Liza suruh Kimi tutup sup. Kimi tutup laaa!"






Haaaa.. memang la hang tutup. Hang tutup periuk sup saja. Api tak tutup! 







...grrrrr.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram