Followers

13 Jun 2011

30 perkara tentang Mak Oni





  1. Jarang sangat tengok drama Melayu kecuali yang kelakar-kelakar. 
  2. Tak layan lagu sedih dan jiwang-jiwang sejak zaman kecik-kecik lagi. Masa kecik tu maybe sebab tak de rasa jiwang kot.. Tapi bila dah bebeso camni, dengar lagu jiwang dan sedih buleh merosakkan emosi positip aku. So, aku lebih suka elakkan. 
  3. Walaupun tak layan lagu jiwang, aku pandai gak nyanyi lagu tersebut. Radio la punya pasal. Asek pasang lagu yang sama je sampai aku dah buleh hapal. 
  4. Suka picit jerawat , bisul , korek luka orang. Ahahaa..
  5. Tak boleh jadi mata-mata gelap, menyamar atau buat apa-apa operasi penyiasatan secara direct kecuali kalau aku tutup taik lalat kat idung aku ni. Taik lalat ni memang dah jadi 'cap dagang' sejak sekian lama. Payah nak menyamar jadi orang lain.
  6. Susah nak tinggalkan kopi di dalam kehidupan seharian. 
  7. Dulu kecik-kecik tak suka makan telur separuh masak. Dah tua bangka gini, nak buat telur separuh masak je buat bekfes. Padahal dulu aku buang je telur tu dalam sinki. Penat Mak masak tau. 
  8. Pemakan pedas yang kronik. 
  9. Suka makan megi kembang. Tunggu lama sikit baru makan. Tak suka banyak kuah sangat. 
  10. Nak kurus bukan sebab cantik. Aku pun bukannya kurus beno sebelom kawin pon. Tapi, badan beso ni buat aku susah nak bergerak bebas. Cepat letih. 
  11. Suka makanan. Takleh tengok makanan tak habih. Kesian. 
  12. Alah habuk. 
  13. Tetiba ada obsessive compulsive disorder bila ada perubahan hormon. KAlau time ngandung ni, memang selalu la. Jangan tanya kenapa aku tetengah malam bangun cuci jamban. 
  14. Takleh tengok orang teraniaya especially perempuan. Tetiba je aku nak jadi power rangers masa tu. Namun apakan daya....
  15. Disebabkan aku tak layan lagi jiwang, koleksi lagu-lagu terhebat aku banyak jenih gi shuffle kat club. Lagu camtuh buat kepala otak aku bergerak laju sama macam lagu tu. 
  16. I am Gleek!
  17. Henpon memang selalu tidak berada dalam genggaman. Selalu lupa aku letak kat mana. 
  18. Dapur adalah tempat paling besh. 
  19. Paling malas susun kasut kat depan rumah. 
  20. Sebenarnya aku memang pemalas tapi takda sapa yang nak rajin dalam umah aku , jadi aku terpaksa jadi 'rajin'.
  21. 2 menda je nak mintak kat Inche Kitchi - ekon dan orang gaji. HEEEE......
  22. Pentakut dengan tukang urut. Huuuuu~ 
  23. Garang dan tak berapa nak penyabar bila dalam keadaan annoying. 
  24. Susah tido. Tido siang ke , tido malam ke. Susah! Waa.. rindunya nikmat tido macam zaman bujang dulu. 
  25. Shoutbox blog aku tu tempat korang tinggalkan jejak je. Aku tak balas dalam shoutbox. Tapi, aku check selalu, dan tak penah miss jalan ke blog orang yang meninggalkan jejak dan soklan panaz.
  26. Selalu menukarkan emosi negatif menjadi sesuatu yang positip. Contohnya, skang ni aku tengah cuak nak beranak tapi aku menggagahkan diri to make jokes about it. So, aku tak takut sangat. Jadi, orang sekeliling aku pun tak de la bagi aura negatif kat aku. 
  27. Suka gado ngan anak sendiri. Apsal dia cakap banyak sangat neh? Aku tak cakap banyak pon taw.....
  28. Cuba belajar tak minum ais,.......lepas nih. 
  29. Tak suka abu rokok, ashtray sebab ia terdiri daripada habuk jugak. 
  30. Tak suka kusyen umah aku skang!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram