Followers

23 May 2011

Wajah Terkini Makbed (yang tembam) dan Oni (yang tak tembam)



Aku tido ke pensan tadi ntah...

Bangun pagi tadi skejap masa Apak Oni dok bergelut nak antar Oni gi pengasuh. 
Oni wat hal mengamuk-ngamuk tak mo ikut Apak. 
Nangeh meraung sampai bercabang-cabang air mata kat pipi. 
Bising blok aku pepagi tu. 
Salu kan dia gi umah pengasuh ngan aku. Tapi, minggu ni Oni kena probation, gi umah pengasuh ngan Apak sebagai persediaan untuk aku dalam pantang sok. 
Masa aku berpantang Oni perlu tinggal umah pengasuh seminggu dua sehingga aku sihat.


Bila Inche Kitchi balik lunch tadi, aku tanya keadaan Oni pagi tadi tu. 
Dia nangeh sampai umah pengasuh ke?
Inche Kitchi kata , dia sebek je. Bila Apak cakap pasal Ibu tak sihat, Oni kena gi ngan Apak, Oni sebek. Air mata bertakung... Tapi dia dah tak meraung dah la macam awal-awal tu. Hmm.. aku paham.
Oni skang maybe rasa akan diketepikan tak lama lagi. Dia takut aku lupa kat dia. Skang mana mo berenggang ngan aku. Harapan aku semoga Apak Oni berjayalah berdiplomasi ngan Oni untuk bab pujuk-memujuk dan lebih bersabar. Skang aku kuat lagi, tapi bila berpantang esok, aku memang dijamin tak kuat. Aku memang memerlukan bantuan.

Kak As pun gitau pagi tadi Oni sampai umah dia dgn air mata yang masih bergenang di kelopak mata. Iskk..Isskk..Iskk...

Aku dok di umah je. Dah cuti kan. Aku sambung tido sampai jam 10 pagi. 
Kepala aku pening dek tak tido. Kendian, aku bangun mandi , duduk jap lipat kain. Dah habih lipat, aku gi laundry baju berjalan lak. Menda paling menyampah nak buat adalah kemas beg bila baru balik jalan-jalan. HAduihh.... Pehtu, aku makan roti. MInum milo. Sambung balik golek atas katil depan tv sebab kepala dok pening lagi.

Ingatkan dah tido tu ok la. Sampai ke petang dok camtuh gak. Aku tido mati sampai petang. Bila terjaga tu aku terus sms Ida Kurau  minta 'rawatan'. 
Nak makan panadol pun cam tak berbaloi-baloi. Ida cakap dia panggil aku tengahri tadi tapi aku tak jawab. 2 kali dia dtg umah.
Haaa.. terbuktilah bahawasanya aku bukan saja tido, tetapi tido mati!


Ida datang bawak beg 'first aid' dia. HAHAH... Kalau sakit kepala, dia musti bawak pati air mawar. Itu memang mujarab wat urut sakit kepala. TAk lama pastu, Illa Seman lak ketuk pintu. Bawak kuih meneram untuk Oni. Inche Kitchi kuar umah pastu. Tinggal la kami 3 orang dok menjoyah dalam umah. Hee...

Sakit kepala aku terus hilang. Padanla..Sakit gak bila rambut kena tarik-tarik macam nak ikat tali kapal je. Tapi, kuar segala angin kat kepala ni. Mata jadi cerah. Takde goyang-goyang dah. Barulah aku sedar yang aku berada di dunia nyata. Cam biasa..kasi 25 sen ye , buat putus ubat.

Inche Kitchi kuar gi amik Oni rupanya. Waduhh, gumbira rasa bila tengok Oni tersenyum riang. 
Tau tak, semalam aku 'terpaksa' gunting rambut depan dia sebab rambut tu dah masuk dalam mata. 
Malangnya, tangan aku ni jenih pakinson kot, dia plak jenis tak reti dok diam... Tersenget sikit rambut dia, plus... dah macam Abu Bakar Elah la plak fringe depan tuh. AHAHHAHAHAHHAA.. 
Terus terserlah gigi beso dia. Marah pengasuh aku tadi. 
KEKEKKEKEKEKEKE....


Gambo terkini Oni ngan Ibu dia yang diambil semalam






Tadi kuarkan daging dari dalam fridge. Niat di jiwa nak masak rendang untuk dinner. Tapi... gara-gara kesihatan yang tak stabil gini, aku tetiba kuarkan usul....


"Cayang, jom kita makan sate malam ni...."


Ini bukan ngidam tau, cuma MALAS. 

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram