Followers

15 May 2011

Tanda-Tanda (lain) Semakin Dekat Waktu Bersalin



Bagi ibu hamil bekerjaya, secara tiba-tiba dia malas nak iron baju-baju yang nak dipakai pergi ke tempat kerja. Alasan pertama, baju semakin tak banyak choice. Alasan kedua, pakai le apa pun diri still nampak tak menarik. Alasan ketiga, besok mungkin aku beranak! Jadi, takyah le serika baju.


Sentiasa nak balik umah segera sebab tak selesa dok kat pejabat. Balik kira nak londeh baju, nak berkemban aje. Free-style! HEHEHE..


Makin suka mengarah orang. Bontot tu macam kena tambat ngan sauh kapal. TAkleh gerak lansung. Main tunjuk je. Abeh badan dah macam ikan paus pembunuh dah... camne nak gerak?


Muka bengis sepanjang masa di atas beberapa faktor.
1) Panas
2) Badan melekit semedang 
3)Sakit tubuh badan  
4) Nak gi kencing jee tapi tandas jauh.   
5) Bila jalan dengan penuh tawaduknya gi tandas, sekali tandas penuh.


Semakin hari kengkangnya makin lebar. Setiap kali jalan bersama asben kena minta maaf sebab jalan lambat , atau terpaksa jalan macam penguin. Ada tak suami-suami malu nak jalan seiiring ngan isteri bila sampai ke tahap cam ni?


Makin rajin mengemas rumah, tapi mulut membebel. Kena kemas rumah siap-siap sebab nanti bersalin, takde sapa nak kemaskan dah.


Makin banyak makan. Masa ni memang macam-macam menda dia nak. Hari ni belum habih 24 jam, dia dah plan siap-siap besok nak makan apa. Tapi, bukan dia masak. Nak makan kat luar. Siap duit jelah!


Makin kerap perkataan 'adoi!' keluar dari mulut. Nak bangun bunyi 'adoi'. NAk baring bunyi 'adoi' , nak duduk pun bunyi 'adoi...'. Saat macam ni jasa baik suami tolong gosok belakang memang sangat-sangat dihargai. Silap-silap ada 'upah' lak menyusul. HAHAHA.... Dekat-dekat nak bersalin ni, mak buyung biasanya 'ganas' sikit. NAk senang bersalin katanya.... hehe.


Hari-hari mandi basuh rambut. Sebab makin dekat hari, makin panas. Siap syampu lagi. Sebagai persediaan..bila dalam pantang tak bleh basuh kepala kerap-kerap. Rasanya lepas 2 minggu baru bleh kot?


Dah mula bagi 'wasiat' kat suami soh buat itu dan ini bila dia bersalin besok. Kalau yang besalin anak nombor dua, tiga ke lagi banyak wasiat dia bagi. Siap suruh rakam lagi takut si suami lupa.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram