Followers

14 May 2011

Tanda nak dekat bersalin dah la tu







Bayi Turun Ke Bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:

* sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
* kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
* sakit perut, memulas
* kerap buang air besar
* kerap terkentut



suma tanda-tanda di atas sedang berlaku kepada ku. Hmm......



MAKA..

Di hari minggu yang hening, cuaca pun tidak begitu panas, aku meminta ihsan Inche Kitchi, suami tersayang yang hensem lagi gagah perkasa untuk angkat katil bujang yang dalam master bedroom dan letak kat ruang tamu.


Aku nak berpantang depan tv okeh!

So, pasni suma 4 beranak tido luar. 2 tilam bujang sudah ada depan tv. Satu katil untuk aku masa pantang. Maybe aku leh tido terus atas katil tu start malam ni sebab kalau tido bawah , aku susah nak bangun buat susu anak malam-malam. Payah ooo nak bangun dari posisi duduk atas lantai ke posisi berdiri. Kalau dok atas katil senang sikit. Terus berdiri je.






takde idea nak tulih plak hari ni... sedapnye makan muffin. besok leh order lagi. nyummy!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram