Followers

25 May 2011

Tak Boleh Merokok Di Taman Awam - hamek ko!



Perokok makin tersepit di New York


2011/05/25
NEW YORK: Bandar raya New York mengeluarkan perintah larangan merokok mulai kelmarin di kawasan luar bangunan termasuk di taman awam dan pantai sebagai sebahagian daripada kempen gaya hidup sihat yang dipromosikan Datuk Bandar, Michael Bloomberg.

Larangan itu, secara rasmi diharap dapat mengelakkan masalah yang disebabkan oleh perokok kedua, sebagai tambahan kepada larangan merokok di bar dan restoran sejak 2003.
Peraturan baru ini tidak dikuat kuasa pihak polis tetapi sebahagian daripada 200 pegawai taman yang akan memantau kawasan taman dan pantai seluas 12,000 hektar.

Sesiapa yang melanggar undang-undang ini akan dikenakan denda AS$50 (RM152) tetapi pihak berkuasa berkata larangan itu hanya untuk mendisiplinkan diri.

“Kami tidak fikir yang orang ramai perlu terdedah dengan bahan kimia itu apabila kita ke taman untuk menikmati udara segar,” kata Pesuruhjaya Kesihatan bandaraya itu, Thomas Farley. – Reuters
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram