Followers

23 May 2011

Surat Kemarahan



Kepada Encik TM Streamyx,


Saya nak tanya...


Kenapa sejak kena panah petir ari tu, intenet umah saya salu je rosak? Bulan ni aje dah berapa belas kali telepon untuk repot. Skang ni menjadi-jadi plak ko ye. Asal tengahri je, intenet umah aku off. Asal tengahari je OFF. Korang ni suka sangat ke beramah-mesra ngan kastemer korang kot telepon? Kalau senang nak dapat takpe.. Kena dengar suara 'akak' ko dulu baru leh cakap ngan kastemer servis. Pastu.... nak repot pun kena ada protokol.


Tak kisah le ikut protokol, ubat batuk kokol ke ape, tapi kalau resultnye baguih, takpe gak. Ni, lembab jugak. Takde perubahan. KOrang pun dah macam ASTRO ek? Charge orang mahal-mahal, bayar bulan-bulan, pastu sebis macam hampeh. Tau la korang ni pioneer bab internet-internet ni, tapi jangan le jadi kerek dan kacang lupakan kulit laks ye. Ingat sikit, kalau kastemer takde, korang pun TAKDE tau!


Besarlah harapan aku agar internet kat umah ni tak rosak-rosak lagi. Send la sambedi yang berkelayakan sikit untuk survey line telepon atau pape jela yang patut kat dalam base especially kat block umah kitorang. Sebab, cam tak berbaloi je telepon kastemer sebis korang banyak-banyak kali. Letih nak tunggu... Aku boleh bancuh susu anak aku, pehtu anak aku dah habih menyusu kot baru dapat bercakap ngan korang. Buleh bayangkan tak?


Haa.


Ni untuk Astro lak. 


ASTRO , ko memang lembab. Nama je tv satelit. Cekik darah. Toksah dok berbangga sangat dengan citer AF9 ko yang merosakkan anak bangsa tu. Dulu, kalu nampak 'kuali' ASTRO atas bumbung umah orang, aku bajet 'waaa.... musti best umah depa ada ASTRO. Banyak channel leh tgk..' tapi skang ni, bila aku SENDIRI bayar itu ASTRO aku rasa cam 'kuali' ko tu tak berguuna jugak pasang kat bumbung sebab ada je channel yang tak dapat walaupun aku bayar full price untuk pakej yang aku amik. 


Oi, aku amik 30 channel pun, bukannya aku tengok suma 30 channel tu serentak , hoke? 




Itu takpe gi. 


Apsal lak ada masa, channel 119 tu gagap-gagap, terganggun siaran especially time anak aku nak tengok Upin-Ipin? Lagi-lagi lak hari Sabtu Ahad. Takkan la pulak ada masalah traffik kat situ? Channel 611 Ceria pun sama. Takde ujan, takde ribut, channel tu gagap-gagap gak. Apsal? Aku nak kena tuko 'kuali' baru ke? Ko jangan sejes soh aku tuko Astro Beyond lak. Aku lempang ko kang!


KAdang, channel national Geographic pun jadi cenggitu. Ikut suka je nak rosak, nak padam, nak gagap. Kalu camni, bek takyah bayo. Bila rosakje, korang kurangkan pembayaran bulanan. Tu belum kira time hujan lebat lagi. Ko expect bila time hujan lebat, aku haruslah tutup tv dan start buat baby ngan laki aku ke? Bagusnye .... Still, kalau korang kurangkan pembayaran akibat masalah cuaca gitu, aku leh tabik spring lagi. 


Skang? 


Sapo nak jawab komen aku? 


Apsal aku tulih sini?


Sebab aku dah penat nak telepon dah. Geram. AHHAHAHAHHAHA.. Marah kat fesbuk pun tak guna. Wat sakit perut aku je.






yang benar,
pengguna yang marah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram