Followers

1 Jun 2011

Selesai sudah menonton Vampire Diaries Season 2


Akhirnya aku berjaya menyelesaikan sesi marathon Vampire Diaries Season 2. Kesemuanya berjumlah 22 episod sahaja. Cam biasa, citer tu tak abih pun. Mau beberapa keturunan kot nak tunggu complete jalan citernye. 

Walaubagaimanapun, season kali ni memang besh. Stefan, Damon, Elena dan kengkawan dema... Sumanya involved dengan manthop untuk menjaga Elena. Cheh... 






Sedikit sinopsis 

Dalam Season 2, diceritakan kisah silam Catherine (yg muka samo cam Elena Gilbert tuh). Camana dia leh ended up jadi vampire. Rupanya, Catehrine tu asal dari Bulgaria. Dan kita akan mengenali 'THE ORIGINALS' .

Hubungan Stefan dan Elena teruji sikit. KAlau dulu teruji sebab Catherine sibuk-sibuk nak kaco. Tapi skang teruji sebab sebenarnya dioang baru tau citer sebenar pasaipa Catherine beria sangat nak cari Elena.
Catherine memang sayang giler kat Stefan (beratus-ratus tahun dah ni) tapi frust sebab Stefan tetap nak kat Elena. Damon kuciwa sebab dia dok tunggu-tunggu Catherine tapi last skali tau yang Catherine tu memang tak siok kat dia. 

Damon mengalami masalah emosi gara-gara hati dia yang nakal tu macam dah dijinakkan oleh Elena, tapi dia takleh nak gtau Elena yang dia sangat sayang kat awek tu. Sebab Elena awek kesayangan adik dia , Stefan. Mamat ni jenis ego nak mati. Kononnya takde perasaan le. Tapi, when it comes to Elena's safety, Damon jadi lebih protective daripada Stefan. So, bila jadi pape yang marabahaya je, selalunya Damon yang selamatkn Elena. 

Muncul werewolf secara tetiba. Kawan dema, Tyler rupanya keturunan werewolf. Satu kejiranan kat Mystic Falls tu penuh ngan menda pelik cenggini.. KAKAKAKAKA... Tapi, werewolf ada sekor je la. Vampire yg melambak.

Caroline, kawan baik Elena dan Bonnie pun bertukarrrrr menjadi vampire atas sebab-sebab yang tidak disengajakan. Catherine la punyo koje ni!

Kuasa ilmu perbomohan Bonnie lebih dasyat dalam season kali ni. Eh, last skali dia couple ngan Jeremy daa... Adik si Elena. Haiyyoo..budak lagi kot mamat tu. 

Bonnie


Kita akan berkenalan dengan one of The Originals yang memulanya aku ingat dia jahat nauzubillah tapi rupanya dalam hati beliau ado taman... Nama dia Elijah. Erm..dia berlakon dalam citer Charlie's Angel, yang jadi Creepy Thin Man, suka tarik rambut awek pehtu cium. HAahah.. LEh bayang tak dia jadi vampire otai camno? Cooolllllll~

Elijah



MAsalah Elijah ni adalah selalu aje kena tikam kat dada pehtu keras kat situ. Ntah apsal ntah sistem 
keselamatan dia kurang. Tu la, baik hati sangat. Sementara nak habih season tu adala kot 3 kali dia kena tikam ngan dagger lepas tu mati sementara. . The Original ni susah nak mati. Kena matahari pun tak terbakar. 


Kemunculan Elijah ada untuk mencari Catherine, bagi pihak KLAUS. BUkan Santa CLAUS ye ! TApi, kalau ikut history vampire dalam wiki pun kan, ada nama Klaus nih. Macam tok moyang vampire la. Klaus ni nak cari CAtherine sebab Catherine seorang budak yang nakal suatu masa dahulu. Tapi, bila Klaus tau yang Elena wujud dan MASIH human, so, Klaus cari Elena pulak untuk dijadikan korban.


Klaus adalah makhluk hybrid - werewolf dan vampire. Aku ingat keta je leh hybrid. Jahat gila mamat nih! Tak sama lansung macam adik dia, Elijah tu. 

Jenna, makcik Elena mati lepas dia dijadikan vampire oleh Klaus untuk sesi ritual hapentah. Kesian giler...

Jenna


Dalam siri last season tu, Damon kena gigit ngan Tyler masa Tyler tengah dok transform jadi werewolf. Vampire takleh kena gigit ngan werewolf kan? So, Damon pun dekat-dekat nak mati da.... Stefan gi cari Klaus untuk penawar gigitan tu tapi Klaus bagi syarat . Syarat dia memang sangat DASYAT dan Stefan buat jugak sebab nak selamatkan abang dia. Lepas dia lunaskan kehendak Klaus, Klaus pas penawar tu kat Catherine yang dah lama terkurung dalam umah Klaus tu soh bagi kat Damon. Dan, Stefan kena jadi pegawai kanan Klaus untuk operasi yang belum diketahui apekah dia tapi haruslah misi tu jahat la kan. Stefan ni dulu-dulu memang sangat ganas. Damon pun tak ganas macam dia. Tapi Stefan dah insap dah... Ni dah Klaus paksa dia buat, aku pun tatau le apa nak jadi ngan Stefan pasni. Tengok mata pun dah merah menyala balik da. HAdehsss...


Muka tensen Catherine kena kurung ngan Klaus


Elijah yang patutnya bunuh Klaus masa ritual yang menyebabkan kematian Jenna tu tetiba berhati lembut dan cuba menyelamatkan abang dia di saat akhir. Sebab Klaus janji nak temukan Elijah dengan baki ahli keluarga The Originals yang lain. ELijah ingat Klaus bunuh kesemuanya. Tapi............ LAstnya Elijah kena tikam lagi skali kat dada, pehtu dimasukkan dalam keranda dan ditempatkan bersama The Originals yang lain. 


So, endingnya Elena bersama Damon mengharungi saat-saat kematian Damon. Ada sikit touching masa ni. Kendian Catherine sampai bawak ubat. Pastu gitau yang Stefan kena jadi orang kanan Klaus dan dia dah tak jadi baik dah. Tinggallah Elena dalam keadaan terkebil-kebil tatau nak wat apa.



Season 3 is on the way.... Tapi sinopsis awalnya sudah diketahui. TAk sabo nak tengok!


p/s besok kuar The X-Men First Class. Gi dating lagi!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram