Followers

1 May 2011

SEGMEN: Cita-cita aku masa kecil

WAHAI ORANG-ORANG KAMPUNG! MEH KITA JOIN SEGMEN CIK SHAHERAH NI RAMAI-RAMAI!!!





cita-cita aku masa kecik


Once upon a time....


Setiap awal tahun, bila time isi borang ape-ke-nama-ntah , pasti ada soklan HOBI dan CITA-CITA. Pehtu, disediakan dalam 5 kotak kosong. Maknanya ko buleh tulih 5 cita-cita ko dalam kotak tu. 

Setiap tahun, cita-cita aku bertukar-tukar. NAsib baik lah time tu takde Akademi Fantasia lagi. Kalau tak , cita-cita aku nak jadi PENYANYI akan kekal selama 6 tahun berturut-turut, walaupun aku dah beberapa kali kalah dalah periingkat saringan karoke kat sekolah aku. Ni jenih yang tak mau ngaku suara tak sedap la ni. Tapi skang aku dah boleh terima hakikat dah....


Dulu, aku nak jadi POLIS. Sebab, aku nampak POLIS sangat smart. Aku nak jadi garang macam Abah. Abah kan polis. Tapi kan... masa aku masuk darjah 4, aku didapati telah rabun. Jadi, terkubur lah semangat aku nak jadi polis , macam Abah. Sedihh.....

Then, aku nak jadi cikgu. Mak pun suka kalu aku jadi cikgu, macam dia. Tapi, aku malas belajar. Pehtu, aku tengok cikgu pun busy semedang. Aku tak rasa aku ada gaya nak jadi cikgu sebab aku ni jenih suka buat menda ikut kepala sendiri. Rosak masa depan anak orang nanti. 

Skang, karier aku ialah Receptionist. Aku rasa tak ramai orang yang nak mengaku dia keje receptionist kat opis. Even aku cakap kat sedara-mara aku keje kerani merangkap receptionist, dorang sengih senget je.  Yela.. keje aku kasta rendah punya level. HAHAHAHA... Sapo yang suka ye dak? 

Tapi, aku suka. 
Pertamanya, aku bukan receptionist kat jabatan kerajaan. So, gaji aku banyak sikit dari receptionist keje gomen. Dibayar ikut pengalaman. Aku ada 10 tahun pengalaman dalam customer service. It counts! 
Kedua, peratusan tension adalah sedikit. Takyah bawak balik kerja ke rumah.
Ketiga, boleh belajar macam-macam. Kalau ko rajin, ko buleh sambung pengajian, sambil duduk kat kusi receptionist tu. Experience and knowledge tak memerlukan orang yang berkelayakan untuk mendapatkannya. Ko rajin, ko dapat. Tapi, ko rajin lagi, ko untung.


Tu jelah. Nak kata ini merupakan kerjaya idaman, memang tak lah. I still have cita-cita, even now - dah tua-tua camni. Skang pun aku bercita-cita nak jadi MASTERCHEF. Hahahahaha.... 


Untuk Shaherah, overall Makbed tengok tak de apa nak ubah dah. Blog awak dah elok the way it is. Tak de widget-widget yang membuatkan blog awak jadi lambat nak load. Pehtu, blog awak kemas sangat. Keep it up! Lagi cantik blog ko kalau taruk Makbed's Journal dalam ko nye bloglist. AHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHHAHHAHHA.... Tet!


Sapa nak join Segmen anjuran Shaherah, buleh klik link kat bawah header tu. 




Akhir kata, Selamat Hari Buruh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram