Followers

6 May 2011

Sambal Tumis Campak-Campak je

Aku terus jatuh cinta bila makan sambal tumis udang yang Illa hantar ke rumah minggu lepas. Cam tak caya je Illa yang masak. Harharhar... Tapi, kalau dia yang masak aku lagi suka sebab aku nak curi resepi beliau.

Alih-alih, dia cakap omak dia yang masak. Cih, hampehs. Tapi, kendian Illa mesej resepi omak dia tu kat aku...

Maka pada hari ini, aku saja menggatalkan tangan nak try. Salu wat sambal tumih biasa je. Version pemalas. Tapi, yang ni aku kena rajin sikit tapi still main campak-campak je dalam kuali. Hasilnya, sodap! Inche Kitchi tambah nasik 2 kali rasanya. Tu yang aku nampak la. Salu tu, sekali je. Dah abih dia tak tambah dah. Tu pasai la aku gemok, dia tak.



Bahan-bahan:
  • Ari ni rasa nak pakai ikan bilis. Amik ikan bilis sesedap rasa agak2 untuk 3 orang makan. Pehtu goreng garing. Ketepikan.
  • 10 biji cili kering. Rendam air panas dan blend.
  • 5 ulas bawang merah. Blend skali ngan cili kering.
  • 1 batang serai. Dititik.
  • 1 biji bawang besar. Hiris.
  • Sedikit air asam jawa.
  • 3 sudu sos tomato
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 sudu besar kicap manis ..lebih pun takpe. 

Cara-cara:

  1. Tumis bawang besar sampai wangi.
  2. Masukkan cili kering yang dah diblend tadi. Biar sampai naik minyak. Boleh tambah air kalau kering. 
  3. Masukkan serai. Biar seketika.
  4. Kendian boh tomato sos, sos tiram dan kicap. Gaul sampai sebati.
  5. Masukkan air asam jawa. Biarkan kering sedikit.
  6. Perasakan dengan garam dan gula.
  7. Akhir sekali masukkan ikan bilis.

Tips: Buat sambal tumis ni minyak kena kasi lebih sikit masa menumis. Baru sambal tu cantik je rupanya... Dah habih masak nanti, kalau minyak tu banyak sangat, buleh cedukkan dan simpan dalam bekas lain. Minyak tu leh guna wat masak nasik goreng. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram