Followers

22 May 2011

Rachel Corrie belum dapat berlabuh di Mesir

Kerajaan Mesir belum beri keputusan berlabuh, bekalan air bersih atas kapal semakin kurang



KAPAL kargo The Spirit of Rachel Corrie yang enam hari terkandas di pelabuhan Al Arish masih menunggu kebenaran untuk berlabuh dan menurunkan krew, penumpang serta memunggah keluar sebanyak 7.5 kilometer paip UPVC yang dibawa dari pelabuhan Piraeus, Greek, untuk digunakan kira-kira 1.5 juta penduduk Gaza.

Sehingga jam enam petang waktu Malaysia semalam, Kementerian Luar Mesir, Tentera dan Perisikan Mesir belum memberi kata putus sama ada kapal kargo itu yang membawa 12 krew dan penumpang, termasuk tujuh rakyat Malaysia, dibenarkan berlabuh atau sebaliknya, dengan nota rasmi meminta kelulusan dipercepatkan sudah dihantar Kedutaan Malaysia di Mesir, Selasa lalu.
Difahamkan, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman menghubungi rakan sejawatannya, Nabil Elaraby di Kaherah, jam 4 petang waktu Malaysia semalam, namun tiada kata putus dicapai.


Berikutan perkembangan itu, Duta Besar Malaysia di Mesir, Datuk Dr Mohd Fakhrudin Abdul Mukti dan wakil Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF), Tan Sri Samsudin Hitam yang kini berada di Kaherah, menemui Menteri Luar Mesir bagi mencari jalan penyelesaian terbaik.

"Isu kini menjadi isu kerajaan dengan kerajaan. Kita tidak boleh membuat spekulasi. Lebih baik kita berdoa supaya semuanya berjalan lancar.

“Difahamkan, perbincangan lanjut mengenai perkara itu akan dibuat kedua-dua menteri yang akan menghadiri Persidangan Pergerakan Negara Berkecuali (NAM) di Jakarta, dua hari lagi,” kata Samsudin dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada semua anggota misi termasuk ketua misi di atas kapal kargo, Matthias Chang yang terus melancarkan mogok lapar bagi mendesak Kerajaan Mesir membenarkan kapal itu berlabuh.

Sementara itu, bekalan air bersih di kapal kargo The Spirit of Rachel Corrie hanya tinggal satu tan dan mampu bertahan hingga hari ini.
Ini bermakna, jika kapal kargo itu tidak dapat berlabuh, 12 krew dan penumpang termasuk tujuh rakyat Malaysia, terpaksa menggunakan bekalan air mineral mereka untuk menstabilkan enjin kapal kargo itu.




Makbed berkata:
Ya Allah, permudahkanlah urusan mereka ini. Sesungguh Kau yang Maha Pemurah dan Pemberi Rahmat. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram