Followers

19 May 2011

Pregnancy Check-up lagi : 'Repot kad' aku tidak memberangsangkan.



BP masih rendah. 10.5. Lagi rendah dari last month. 
Berat plak naik menjadi 75kg - naik 3 kg. 
uh! 
Sister BArirah dah wat muka concern dah. 

"Awak naik banyak kali ni. Selalu naik sekilo-sekilo je. Ni dah terlebih kilo," komennya.

Aku tengok je dia tulih 'repot kad' pink tu. Abeh la... merah la repot kad aku.
Satu, merah sebab BP rendah. 
Dua, sebab berat naik dengan mabelesnya. 
Tiga, aku ada masalah edema, kaki bengkak. 

Aku gi klinik awal tadi. Kol 8 dah sampai. Tapi, nombor angka giliran aku ialah 1040. Huumm.. penat je gi awal. Ado lagi awal ropanya. LEpas aku timbang, amik tekanan darah dan gi test urine, aku duduk jap beborak pehtu aku jalan kaki gi pasar. Tak sanggup aku duduk lama-lama. BUat kaki aku lagi bengkak ado la. 
Bek aku jalan je. 


Lepas shopping sikit-sikit, aku balik umah plak. Susun menda suma di tempatnya.
PAstu aku makan nasik, baki semalam punya. TAk baik membazir. Dah panaskan dah tadi. TApi aku makan sikit sangat, just nak lapik perut taknak berkeroncong masa kat klinik nanti. Pas habih makan, aku men fesbuk. Kol 10.30 aku gi balik klinik... 


Nombor aku DAH KENA PANGGIL dah. 
Ngam-ngam je bila aku sampai. 


 Ingatkan takyah la dok lama-lama kat klinik. Sangkaan aku meleset bila, sister tu check 'repot kad' macam yang aku citer kat atas tu la. 
Prestasi aku tidak memberangsangkan.
KAlau aku bekerja, dia suruh aku cuti beberapa hari rehat. 
TApi, kat klinik tu takleh bagi MC. Aku kena gi HATL lak amik mc. Waahh! Malas lah. Takpelah Misi. Saya memang nak cuti dah pon. Tak larat dah nak drive jejauh gi keje. Replacement pun dah ada. So, aku leh cuti bebila pun. 

Tu keadaan aku. Takyah citer lelebih. Korang tengok KAKI aku semalam pun dah buleh bayangkan camana diri aku , kan? 

Level of stress agak tinggi sebab aku risaukan berat badan aku dan BP aku. Tapi, aku rasa aku lagi jadi stress kalau aku terus gi keje. Bukannya aku tak suka gi keje. AKU SUKA BANGAT! Tapi, badan aku dah tak mampu nak tanggung dah. Bukan buat apa pun kat opis tu. Just duduk. Paling terer pun aku blog sampai tiga pat entri setengah hari. Haaa.. apa yang tak sioknye? Tapi, masalahnya, aku duduk. Aku takleh duduk lama-lama, kaki tergantung.. Sesekali, kena baring dan julurkan kaki. Baru kurang bengkak tu. 

Camana nak julur kaki kat opis? Ngaaaaa~ 
Aku lak jenih suka gedik-gedik kaki. HAHHHA.


Kengkawan opis pun soh aku JANGAN DATANG opis dah, setiap kali diorang terpandangkan kaki aku yang bak kata Sister Barirah ' macam ubi kayu' tu. 
Tapi, diorang suma kata kaki aku cantik dan sungguh comel. Comel gapo?
Buku lali pun dah takde - tenggelam! 
Masyaaallah. 

Banyak kali Misi ukur perut aku. Nak tau berapa tinggi rahim. 
Kalau ikut, rahim aku memang dah macam 9 bulan dah. Tapi, diorang still refer pada tarikh last piyed aku. JAdi skang aku masih di minggu ke-35. Waduhh... Sekali lagi aku diwarning supaya stenbai. 
Aku mungkin bersalin awal atau pun kalau aku tak jaga bebetul, aku bakal 'dibersalinkan' awal secara paksa. 

Tamo..Tamo...

Pehtu, untuk meyakinkan lagi misi-misi yang ado kat situ, aku disuruh gi scan pulak. HAHAHAH..suka lah aku. Nak tengok baby.


Sekali letak je muncung scanner tu kat bawah perut area ari-ari, satu bulat beso baek punya tertera kat skrin. 

"Hoh! Itu dia kepala nya. Meh kita ukur berapa saiz..." kata Misi sambil sengih-sengih. 

Apsal aku nampak macam besar. Bulat. Penuh satu ruang. 
Memang bebetul kat lorong. Eii.susah nak explain. Tu pun aku cakap, perut aku ni rasa padat sangat. KETAT. 
Pantang disentuh sikit, dia gerak. 

Then, seluruh perut aku tu discan. Ukuran perut baby diambil bagi mendapatkan anggaran berat. 


"Uii.. baby boy. Tengok ni .. Nampak 'telur' , dia tayang kat kita...AHHAHAHAHAHA.." kata Misi tu sambil gelak.

HAhaha..kuang sopan ko ye anakku. Tayang 'telur' kat skrin. Malu Ibu.. tetiba malu lak!

Lama gak wooo dia scan. Sambil-sambil scan tu MIsi berborak ngan aku pasal Oni, then masuk pasal pengasuh. Banyak la input-input baru aku terima hari ni. Buleh diamalkan di masa depan. 

Kendian... keputusan hasil scan nya ...

"Baby sihat. Berat anggaran 2.6kilo. LAin-lain suma sihat. Baby besar sikit. 2 minggu lagi, kita scan lagi ye. Tengok berat baby camne."


 HOH!!!


2.6kilo? 
Sekarang??


Oni kuar dulu 38 minggu, berat dia 2.6 kg tawwwwww. 

Abeh laaa.... Abeehh laa.. Anak aku beso.


Camana nak bagi berat tak naik ni? HAAA.. nak diet, dah tak cukup darah? 
Kalau aku rekod pencapaian aku 'merah' lagi nanti, aku musti kena ngadapa 'guru besar'. 
MATI!!!!



p/s aku dah kena tanda pergerakan baby dah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram