Followers

22 May 2011

PIRATES OF CARIBBEAN - on stranger tides. MENARIK!










AKu dah gi tengok Jumaat lepas. Ramai gak orang nengok. 
MElampau gak lak aku gelak dalam citer tu. Citer tu belum pegi jauh lagi aku dah gelak separa beku dah kat dalam panggung. Paham-paham jela ... tengok Jack Sparrow jalan je aku dah geli hati. Kalao dia lari lagi laa ... adehs..


Keseluruhan citer memang besh. Lagi besh dari yang lepas-lepas. 
Adventure lebih. PAstu, ada la muka-muka baru yang diperkenalkan.
Banyak gak. Semuanya besh.
Sedikit review versi Makbed
Adventure kali ni , lanun-lanun ni nak gi cari Fountain of Youth.

Capten BArbossa dah tak jadi lanun. Dia dah tukar keje ngan gomen dengan gaji bulanan. So, pakaian pun smart je. Tapi kaki takde sebelah. Kenapa? Kena gi tengok citer tu baru tau. 


Ada kapal ganas baru bernama Black Beard. Waahahaha... 


 Tetiba kita akan berkenalan dengan awek Jack Sparrow.

 Scene kegemaran Makbed ialah scene di mana Jack Sparrow melancarkan riot atas kapal Black Beard sebab dia nak take over kapal tu since dia takde kapal. Dia ingat kapten kapal tu takde.. sekali tetengah dok bertempur tu kuar kapten kapal yang 'terbaek' punya keganasan dia. HAHAHA.. gelak aku tengok JAck Sparrow tetiba menikus kat tepi kapal. 

 
Camana hebat pun citer ni, kalau takde monyet yang suka gigit hidung Jack Sparrow tu , memang tak sah. 


Salu kita dengar , kalo MERMAID tu musti seksi, cantik,  menawan... Tapi, dalam citer ni kita akan tau THE DARKSIDE OF MERMAID. HAHAHA... Haiwan maging rupanya menatang ni. Tapi, memang cantik sangat mermaid-mermaid ni. Cantik tapi ganazzz.....




Zombie dalam citer ni jadi hamba abdi je... TApi lagi macho lah dari zombie kampung pisang tu, PAstu, zombie ni pandai wat lawak. Tunggu scene JAck Sparrow kena terjun tebing sungai secara paksa. Memang gelak abeh. 


Love-hate relationship between Jack Sparrow and Capten BArbossa memang kelakar. KEjap-kejap diorang gado..Kejap-kejap diorang ni bersatu-padu. TApi, diorang ni memang sayang sangat kat Black Pearl.



Super Hero kesayangan ramai mengatasi Superman dan Ironman


Gigi Jack Sparrow dah bersih sikit daripada filem-filem lepas. MAybe dah belajo gosot gigi kot. Cuma kuku dia je dok belemoih lagi.

KOrang tengok jelah citer ni. Tak bazir pun duit gi tengok.



p/s - Suma gambar dicilok dari GOOGLE IMAGES untuk keceriaan penceritaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram