Followers

8 May 2011

PERKARA YANG IBU MENGANDUNG TAK BOLEH BUAT



Entri bersempena Hari Ibu.

Korang ingat senang ke nak dapat pangkat jadi Ibu? Ada orang try macam-macam cara nak jadi Ibu, tapi tak buleh-buleh. Ada yang try skali je, dah dapat jadi Ibu. Sesungguhnya siapa yang dapat rezeki menjadi Ibu haruslah bersyukur, kerana di zaman seba canggih-manggih , adanya kilang-kilang, makan diproses, fast food, jajan, loji nuklear, ROKOK, telur tiruan... memang susah sebenarnya nak dapat title IBU. Ada yang sampai habih beribu gi rawatan kesuburan.  Namun peratus kemungkinan nak mengandung tu bukan 100 peratus. Kan?


Sempena HARI menjadi IBU ni, aku nak cerita secara ringkas.




PERKARA-PERKARA YANG IBU TAK MAMPU DAN TAK BOLEH BUAT BILA MENGANDUNG di sekitar trimester ke tiga.


  • Duduk silang kaki macam model. 
  • Duduk kepit bertemu lutut. Musti kaki dia akan makan space orang lain. HAHAHA.Kangkang baik punya. Jangan marah ye. 
  • Jalan sopan-santun macam zaman anak dara dulu. Tengok wanita sarat hamil berjalan memang tak dapat tidak korang akan terasa sungguh simpati sampai geleng-geleng kepala. BAgaimanapun, mereka tetap kelihatan COMEL. Cuba kalau lelaki jalan camtu? Musti orang ingat dia kena angin pasang. KAn?
  • Tunduk untuk ambil barang yang jatuh. Di saat ini, kalau ko gagahkan diri ambik, maybe ada rasa-rasa cam nak terbuasir. KAlau nampak keadaan macam ni, korang tolonglah amik benda jatuh tu kat dia. Kesian. 
  • Pakai seluar sambil berdiri. Memang tak buleh!
  • Jalan laju-laju ataupun lari. Sebab bila dia cuba berbuat demikian, dia akan jalan sambil pegang bawah ari-ari dia. Tapi still nampak comel gak walaupun agak tak senonoh. Laki tak leh buat camtu kan? KEKEKEKEKE....
  • Berdiri statik lebih dari 10 minit. Jap gi ko tengok le kaki mak buyung tu gigil ke tak.
  • Tidur telentang. Kalau nak telentang jugak, bantal kena tinggi. Kalau tak, dia akan tidur sambil berdengkur atau pun keluar bunyi-bunyi yang pelik. Takpun, dia pitam terus. Bila ibu yang sarat hamil tido terlentang, kandungannya akan menekan sistem pernafasan si ibu. Jadi, kalau jadi cemtu, sila kejutkan dia suruh dia tukar posisi. Tak baik untuk ibu dan bayi. 
  • Bila dah masuk minggu-minggu terakhir bersalin, si ibu lebih suka pakai kain batik je ke mana pun hatta gi pasar malam. 
  • Duduk lama-lama. Kaki buleh jadi bengkak macam BArney kaler purple tuh. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram