Followers

23 May 2011

Penjualan Nasi Lemak di Sekolah Punca Murid Obes : Haruskah Kantin Dipersalahkan?

Punca sebenar masalah obesiti di kalangan murid-murid sekolah


Aku dah wat kaji-kajian dah pasal isu nasik lemak dan obes ni. Jawapannya, korang tafsirka sendiri.



Penjualan jajan yang tidak dipantau
Sebut pasal jajan ni, sedangkan orang dewasa makan pun buleh obes, budak kecik lagi la. Kandungan garamnya memang sangat tinggi. Takde pun dalam piramid makanan Malaysia soh kita makan jajan sebagai pelengkap zat-zat dalam badan. Jajan ni banyak jual kat luar paga sekolah. Kalau tak bebetul tepi pagar, ada la jalan selangkah dua ke tepi jalan , tepi parit. Bebudak boleh je gi beli sementara tunggu omak apak dia datang amik. Kalau yang balik jalan kaki tu, lagi la. Kedai runcit berapa banyak berbaris kat tepi tu sementara nak sampai?

Jajan ni dari zaman aku skolah dah ada. Tapi, kopok-kopok ni tak kenan nak masuk ke perut aku. Salu ada buah-buah, rojak paling cikai pun sate ikan. Tu je la yg menambat selera pun. 

Solusi : Kurangkan duit sekolah diorang. Jangan bagi chance beli jajan.




Mak kat umah pun jamu jajan jugak
Mak sibuk keje. Nak sajikan makanan berzat untuk anak yang sedang membesar ni bukan senang. Nak istiqamah? Susah. Kalau ada orang gaji, buleh la kot. Tapi, kebiasaanya Mak lebih suka anak makan siap-siap kat sekolah sebelum balik. Kalau Mak nak sediakan pun biasanya nasik goreng, nasik ngan lauk-lauk simple yang hari-hari macam sama je menu dia. Mana la budak nak makan?

Last sekali, Mak gi mekdi ngan kepsi, drive-thru sudey. Janji anak cakap "kenyang".

Solusi: Rotan sikit MAk tu kasi rajin masak makanan berzat.


Anak lansung tak bersukan
Dengan wujudnya menda-menda seperti PS 3 dan PSP atau xbox bagai tu, mak bapak dah tak berapa nak encourage anak-anak bersukan. Kat iklan aje tunjuk main bola guling-guling sampai penuh selut satu badan tapi tu cumalah iklan sabun basuh baju. Budak skang mana ada main camtu. Diorang sangat bersih ok. Balik umah lepas sekolah, duduk main game je. Main game pun bersukan hape kan? Budak-budak sehingga remaja ni wajib diajar dan dibiasakan beriadah bagi mengeluarkan peluh. Ape ko ingat MAK je ke kena kuar peluh gi shopping? Kalau dah anak tu keje makan je, tak bersenam, memang le obesiti!

Solusi: Naikkan harga minyak supaya suma orang kena naik basikal gi memanapun.



Anak yang badan tembun-tembun ni biasanya dok bandar
Alasan 1 - kat bandar dok kondo, aparment dan flet. Takde space nak main bola gamaknya.
Alasan 2 - kat bandar ramai penculik. Lagi selamat biar anak dok umah je, main GAME.
Alasan 3 - banyak kedai fast-food. Jalan kaki pun buleh gi beli.
Alasan 4 - tak reti makan ulam ngan sayur. Sebab biasa makan chicken chop je.
Alasan 5 - lepas makan, tido depan tv!

Takde penah merasa panjat pokok dalam kebun, tepi rumah. Tak merasa mandi sungai dengan kengkawan. Tak merasa mengail ikan di bendang. Tak penah merasa lari satu kampung tak pakai kasut. Hmmm...


Solusi: Musnahkan GAME.. tetiba!


Sistem pendidikan negara kita yang semakin mencabar
Budak-budak ni stress kot. JAdi diorang asyik makan je. Kat skolah makan. Balik umah makan. Pas makan tido. Adik aku camtu la. Dah buncit dah perut. Badan pun naik lemak-lemak sama macam aku yang ngandung ni. Sistem pendidikan negara dah up-to-date tapi tidak seiring dengan gaya pemakanan kita.

Solusi : Lebihkan channel pasal food edukesyen... ihihiihi..





Wujud lebih banyak makanan dalam tin dengan tujuan untuk import dan eksport.
Semakin maju negara kita dalam industri inport export ni kan, semakin banyak lak tin kat dalam gobok dapur umah kita. HAHAHA.. Caye? Paling feymes, SADIN cap ayam. Even sadin tu skang dah sama harga dengan 34 ekor ikan sadin kat pasar, lebih kurang macam makana exotic gak la sebab dah mahal kan, orang still lagi simpan sadin bertin-tin buat stok. Tak masuk lagi dengan kacang panggang, tuna mayonis, Prego pelbagai rasa dan sebagainya.

Solusi : Jangan beli .. haaha..Leh ke??



Kedai mamak 24 jam bersepah
Takyah salahkan kantin jual nasik lemak. Kat kedai mamak pun buleh makan nasik lemak. Lagi beso pinggannya. Roti canai pun leh menyebabkan obesiti kepada kanak-kanak DAN JUGA orang bukan kanak-kanak. Kalau duduk kat kedai makan tu takkan nak order makan aje kan. Apak musti tanya "adik nak minum air ape....?" HAHHHA... Ada tak budak yang akan order "air kosong je lah Pa...." ?????


Solusi : MArah mamak tu sebab masak nasik lemak memalam. Pehni kerajaan mansuhkan penjualan nasik lemak kat kedai mamak pulak.





Kesimpulannya..

Penjualan nasi lemak di kantin sekolah lansung tak de kena mengena dengan keobesitian anak-anak murid kita ni. Sikap kita sebagai parents yang perlu dipersalahkan. Jangan sebab diri kita yang tak berapa reti pasal pemakanan sihat, then kita menyalahkan MAKANAN pulak. Apatah lagi si penjual makanan tu. NAsi lemak jual kat skulah tu beso tapak tangan je portion nya. Tak memberahikan pun kalau tengok tapi bebudak ni makan gak sebab dalam banyak-banyak menu, tu je yg besh. Tapi bukan hari-hari kantin hidang nasi lemak maaa....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram