Followers

5 May 2011

Nak solat pun berkira. Ngee~


Tadi gi check-up perowtt beso aku. Weh, berat udah jadi tujuh puluh dua perpuluhan tiga kilogram lah! Ada berapa minggu je lagi ni. Gerenti naik lagi. Hari ni takde scan. Just check jantung baby je dengan Misi Barirah. Dengar jantung baby yang laju - duk dak duk dak duk dak. Ho Hoo HOo... behnye. Tak lama lagi je Ibu nak peluk kamu ketat-ketat cayang.... 

Tetiba...

Diorang suruh aku gi amik darah pulak. 

Huuu... Tensi toi. Aku tak bersedia pun nak amik darah. Salu nak amik darah diorang gitau awal-awal. Cakit woo.... Tak ske! Tak ske..! Tapi nak wat camne kan? Kalau dah jadi Ibu ngandung ni, salu je kena cucuk sana sini. 

******


Perempuan lebih ingat kepada mati especially bila dah pernah mengharungi keperitan menjadi Ibu. 9 bulan mengharungi detik kehamilan dah cukup menginsafkan. Perempuan lebih banyak melalui kesakitan, jadi dia takut sikit nak wat menda tak elok terutama sekali menderhaka kepada suami. Dan perempuan, biasanya lebih takut meninggalkan solatnya. 

Lelaki... hahaha... Ado lelaki yang anak 8 pun tak bersolat lagi. Susah nak nasihatkan lelaki supaya menjaga solat. Sebab, diorang ni bekerja. Ada masa terlalai. Ada yang tak amik port lansung. Nape jadi gitu? Sebab, diorang ni tak de merasa sakit SAMA macam perempuan lalui. They have no idea camana gamaknya sakit bersalin. Aku rasa kalau dorang ni dapat rasa sakit bersalin sekali aje, kompem pehtu terus tak tinggal solat kot. 

Lelaki, suka mendabik dada dengan mandat yang Allah beri padanya. Tak yah citer pasal mandat la, suma orang tau. Tanggungjawab seorang lelaki banyak, susah nak masuk syurga. Suma nak kena jaga terutama sekali ahli keluarganya. Jika ramai perempuan dalam ahlinya, maka lebih sukarlah dia. 
Tapi... Perempuan, senang je. Kerjanya taat kepada suami. Maka, syurgalah tempatnya. 
Tak kiralah suami dia tu siapa... jahat atau baik, selagi dia taat menunaikan apa yang diwajibkan ke atasnya, syurgalah tempatnya. 

Lelaki kalau wat ibadat apa pun susah nak masuk syurga. Perempuan la punca suami ini banyak ke neraka. Bertuahnya jadi perempuan. Jadi lelaki? Bini tak smayang, laki kena. Bini tak pakai tudung, laki kena. Anak pompuan tak pakai tudung.. ayah kena. 

It sounds unfair kan - kalau ditafsirkan sebegini. Seumpama menyalahkan kewujudan perempuan yang menyebabkan kehidupan akhirat mereka tidak terjamin. 
Akan tetapi, yang berkata tu pun tidak solat. 
Seumpamanya, kalau dia solat dan puasa pun, dia tak kan masuk syurga sebab bini dia akan bawak dia ke neraka juga.
Haaa.. camtulah lebih kurang maksudnya. Jadi, bek takyah solat. Sama je..... 


Aku hanya mampu berfikir sendiri. Mencari jawapan selayaknya untuk diberi kepada manusia-manusia yang berkata begini. BUkan sekali aku dengar. Banyak kali dah!
Aku ni sapa nak menegur, diri pun cam ntah hape-hape.
Malu juga pada diri sniri kerana diri tahu apa yg dikatakannya itu salah, tapi aku tak punya cukup ilmu untuk berhujah. 

Bagi aku... 

Dosa pahala tentang sesuatu perbuatan yang kita buat, tak perlu lah kita hitung.
BUkan kerja kita. 
What's more important, the execution of the Ibadah at the first place. Are we doing it responsibly? Or we done nothing. 
Menda wajib, mestilah kena buat. Solat tu tiang agama. 
Kalau solat pun gagal, jangan berani bercakap tentang dosa pahala berkenaan dengan amalan lain. MAlu kot?
Even bini ko bertudung labuh, setiap malam bertahajud dan bersolat taubat, selalu berpuasa dan menjaga maruahnya, kalau suami tak solat... suami takkan dapat apa-apa jugak. Isteri tu je yang dapat. Dah bahagian dia.
Sama jugak, kalau suami solat, bini pulak tak solat, bini dapat le dosa.
Tapi, suami dapat jugak pahala solat tu. 
Cuma maybe dapat dosa juga kalau dia tak tegur bini tu tak solat. 
KAlau dh tegur tapi takmo dengar jugak, nak wat camne? Takkan nak kerat 18 pulak! 

PApepun, kalau suami tu sendiri tak solat, camana pulak nak tegur bini yang tak solat kan? 

HAHAHAaA... gitulah. Kredibiliti kena jaga. Baru leh tegur... 
Kang tak pasal kuar dialog

"Elehh.. tegur orang tak semayang. Awak pun tak smayang gak!"


Then buleh tak jawab camni..

"Awak tu isteri.. Saya suami. Awak WAJIB kena dengar cakap saya. Saya takpe... Suami. Kalau saya solat, awak tak solat, saya yang masuk neraka tau!" 

Tapi si suami tu tak solat-solat juga. Dok tengok tv. 

Oh .. camtu. 
Lagi bagus kalau dua-dua solat jemaah. Kan dah setel. Nak semayang pun berkira!


Let us all correct ourselves. Apa salahnya sama-sama bergabung tenaga dalam mendirikan ibadah. Mulakan dengan ibadah paling simple - solat. 
Suami jaga solat dia dulu... then tengok sama solat si isteri. 
Sesekali nampak isteri cam besh je layan citer MArimar tu, tanya la... "dah solat ke tu?"  Soklan gitu je pun dah cukup.
Takyah tanye "dah makan ke belom.." Bosan kot soklan camtuh. Op kos le dah makan. Mana ada manusia tak makan ye dak? 

Suami bila tegur bini tak semayang , aku rasa cam malu. Cepat-cepat gi solat. 

Tapi, aku tatau le kalu isteri tegur suami tak semayang jadi cam hape... 
Ada tak rasa macam menderhaka? Malu kot nak tegur suami tak solat. 
Suami patutnya lebih advance dari isteri. Tak elok le bila isteri nak kena tegur ..."abang ni tak solat ke?".. Rasa cam bersalah je... Kang suami kata kita perli dia plak. Memang pun. Tapi, rasa berdosa tau. *Buleh tak rasa berdosa tegur suami yang tak solat? Heee....


Tu cakap bab solat aje. 
Sebenarnya kan, tak semestinya perempuan yang dah pernah menjadi ibu dan merasai kesakitan ni takut nak melakukan dosa. Ada yang slamber je. Hatinya tertutup. Kalau tak, takkan ada kes suami orang beromen ngan bini orang kan? Humm..Aku jelik betui dengar kes cintan-cintun orang yang dah kawin ni. Orang tu dah kawin skendel ngan orang ni , juga dah kawin. Uuuu... Kental betui hati dema. Masing-masing dah ada anak. Camnelaaa..... Dush Dushh Dush!


Aku pun tatau apasal aku berleter hari ni. Padahal hari ni bukan Hari Jumaat kot ye nak berkhutbah pun.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram