Followers

27 May 2011

Muffin kecintaan Makbed dan Oni is on the way... weehu!




Pertama kali merasai muffin buatan beliau, aku terus jatuh cintah!!!!
Heee..jatuh cinta terhadap muffin la .. bukan kat tukang wat muffin tuh. 

Memula dia kasi aku sample je..beberapa bijik. 
Besok tu, aku terus order lagi 30 bijik. Comel sungguh la makanan ni. 




Oni kemain lagi suka. Lepas habih stok muffin tu, dia ada sebut-sebut lagi pasal 'kek' ni. Dia panggil muffin ni 'kek'. Maka aku nak order lagi la kat si pembuat tu.

Malangnya, tokeh muffin tu kata, order ditutup sementara sebab oven dia meletup! Kena tunggu gaji kuar baru leh start wat muffin balik. Tu pun lepas dia beli oven baru. Ngeh..Ngeh...Ngeh...

TAkpe, aku sanggup menunggu. Tak kisah! Demi muffin sedap beliau. 

Nama nak wat sendiri memang TAK la, kan? Tunggu lepas Oni dah pandai pegang senduk la baru aku belajar. Ada la assistant untuk kacau tepung besok-besok.



Harga untuk mini muffin sama macam gambo kat atas tu

Aku suka mufin dengan inti cadbury. Matching dengan muffin perasa vanilla, atau coco ataupun coco + pinat butter, NYUMMY! Inche Kitchi pun ngap tanpa segan silu. Hehhe.. So, muffin beliau ni memang pengerat kasih-sayang keluarga bagi aku. 

Kalau nak tahu lagi pasal muffin buatan tangan Faz Kinchi (nama glamer jugak ni..) buleh gi kat personal blog dia - FAZ KINCHI


Dia ada wat chocolate moist cake jugak tapi aku belum rasa lagi. Katanya besok dia buatkan aku nye muffin and deliberikan sekali sample choc moist kek tu. Alhamdulillah.... murah rezeki Makbed.

Dengar khabar Semut Merah pun order muffin gak dari beliau. HEhehheee... Dah takmo diet la tu kot? Oppss!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram