Followers

26 May 2011

Lelaki kurang senyum lebih seksi.




VANCOUVER: Jika anda seorang lelaki dan mahu memikat wanita, jangan terlalu banyak tersenyum, sebaliknya lebihkan termenung serta menunjukkan sifat kemalu-maluan.

Menurut kajian, wanita menganggap lelaki yang riang kurang daya tarikan seks berbanding lelaki memaparkan sikap berbangga atau membayangkan pernah berbuat salah.

Kajian Persatuan Psikologi Amerika itu - diterbitkan semalam dalam jurnal Emotion - menunjukkan lelaki gemar tersenyum kurang menarik pada pandangan wanita.
Profesor yang mengetuai kajian itu, Jessica Tracy, berkata bagi lelaki pula, wanita yang gemar tersenyum lebih menawan.

Bagaimanapun, kata Jessica, kumpulan pengkaji mengakui tidak pasti mengapa lelaki dan wanita memberikan reaksi berbeza terhadap senyuman.

“Bagi seorang lelaki, senyuman mungkin menampakkan sifat terlalu kewanitaan atau terdesak mahukan seks,” katanya.


Hasil kajian itu juga menghangatkan pandangan bahawa wanita lebih berminat kepada lelaki nakal.

Kata Jessica, kajian itu hanya melihat kepada reaksi awal terhadap daya tarikan seksual dan tidak mencadangkan lelaki supaya kurang senyum.
“Jika seseorang mahukan hubungan jangka panjang, banyak aspek lain diambil kira. - Reuters




MAkbed berkata:

Wow, Inche Kitchi pastinya tersenyum bangga dengan artikel ni!

Kalau depan orang , memang dia payah sungguh nak senyum. Orang kata, "biasalah...Askar! Memang serius.." 

Masa memula dulu camtuh gak. Siyes... MMS gambo pun muka siyes. HUAHAUHUAHAUHAUHUA. Tapi, lama mana leh siyes kalau dah beisterikan orang macam haku ni. Pastu dapat lak anak riang-ria cornflakes macam Oni. Memang payah la nak serius. 

Sesapa yang tak kenal Inche Kitchi, memang cakap dia serius. 

Kalau time dia keja, dia WAJIB serius. Time aku tengok dia serius tu aku tahan jela...Tak berani nak wat lawak bodoh ke hape. KAng ado gak makan slipar jamban jap gi. Aku pun kena siyes skali ..takleh senyum. Kuikuikuikui.... 

Honestly, aku memang suka lelaki yang kurang 'peramah'. Termasuklah jugak dengan lelaki yang kurang senyum. Senyum sesekali baru nampak ikhlas... Dan senyuman yang dia bagi tu terang-terang untuk aku je. HAA..paham ke?

Lelaki manyak senyum cam ada la sorang kawan aku ni. Asyik sengeh tayang gigi kapak dia. BAnyak sangat senyum cam dia tu buat aku rasa nak lempang laju-laju. Ntah hape yg besh sangat dia pikir sampai nak senyum semedang. Pervert ke? Tak pasal je.... HUHuhUHAUHUahuahuahua.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram