Followers

1 Jun 2011

Kalau dah ngidam . . .

Angin emosi tetiba melanda. Boleh tak bagi aku duduk dalam keadaam tenang tanpa soklan cepumas dan soklan berulang? Kalau aku nak dengar soklan berulang semestinya aku tak minta cuti awal okeh! Aku memang tak suka soalan sama yang ditanya banyak kali especially soalan tu aku dah bagi pun jawapannya. Kalau terasa nak tanya jugak, tanya je pakai sms. Kalau aku rasa nak jawab, aku jawab. Tapi biasanya aku wat bodoh je.


Aku sentap... menitik air mata aku. Aku dok dalam bilik sorang-sorang mencari ketenangan. Oni tak de plak nak tinggalkan aku.

"Nangehh.... Nangehh..." said Oni, repeatedly , dengan pelatnya. Tapi aku paham maksudnya tu. Dia duduk aje kat sebelah kepala aku, sebab aku tinggikan bantal. KEjap-kejap pegang telinga aku, kejap-kejap urut dahi... Dia ingat aku sakit kepala kot.

Nak gelak pun ada. Nasib ada si kecik ni. Kalau tak mau lebih teresak-esak aku dibuatnya. Hahaha..KAlau dulu time emosi tsunami datang, Oni dok dalam perut. Takde sapa nak tolong pujuk. Skang aku bertuah... Oni ada je temankan aku dalam apa juga situasi.

Tengok dia yang tak jemu entertain aku ngan muka lawak tu, lagi buat aku sebak. Aku peluk dia sambil cium bau dia yang masam tuh. Tetiba Oni amik kain tuala, tenyeh mata aku.


"Lap..LAp!" katanya sambil lapkan kain tu kat mata aku.


Iskk..budak ni kan. Orang tengah sedey ni, dia tolong tambah garam lagi la plak. KAKAKAKKAA...






Kol 12.30 malam, aku bawak Oni masuk tido dalam bilik. Dia tido lebih lama kalau dalam bilik. Tido luar kang payah lak Apak nak tengok tv. Lagipun dalam bilik sejuk. BUkak kipas sampai 5.


About 20 minutes, Oni dah 'hanyut' dah, bebetul bawah ketiak aku. Aku pun terlelap. Kejap je. Bila aku terjaga, aku terus ternampak bayangan SPICY CHICKEN MCDELUXE dan BiGMAC. Waddohhh!! Ini wajib makan ni. Kalau tak memang tak pejam la mata.




AKu kuar bilik jalan gi depan.


"Awak......" aku panggil Inche Kitchi yang tengah baring atas tilam.


"Saya nak Bigmac. NAk kuar gi beli jap.."


Dia tengok jam. Pukul 1.30 PAGI. Biar betui bini dia ni..?


Tapi, aku tak mampu menunggu. Nak soh dia gi beli, aku kesian. Oni dah tido. Takpelah... biar aku je drive beli. Lagipun aku memang memerlukan udara segar di luar sana.


Aku drive slow-slow , sampai kat GATE. Cam biasa, aku ditahan oleh abang PROTELA yang bertugas.


"Minta pengenalan diri , Puan..." katanya sopan.


Aku pon bagi la.


"Nak pi mana ni Puan?" tanya si bertugas itu. Aku dah agak dah, sure dia tanya punya. YE la, dah tengah malam kot nak kuar ni. Sorang lak tu.


"Errmm.. Akak nak pi Mekdi sat..." jawabku dengan mata terpejam celik. Adeh..terjujur la pulak! Musti dia ni ingat aku kebulur nak mati.


Si Bertugas itu gelak-gelak.

"Hoke la Puan. Elok-elok ye..."


Dan aku pun berlalu.




Setengah jam pastu, aku kembali ke Gate setelah beli Spicy Chicken McDeluxe idaman. MEmula nak Bigmac, tapi bila tengok menu, aku nak makanMcDeluxe la plak. So aku beli la satu set, bersama Milo Ais. LAma tak minum.



Sebab dah tengah malam, diorang bukak 1 Gate je. So, keta kuar dan masuk ikut gate yg sama. Dan, aku bertemu balik Si Bertugas yang sama tadi.


Lampu kereta aku tutup, tingkap driver aku bukak. Dan kereta aku perlahankan.


"Puan, dah dapat dah MEkdi?" sapa Si Bertugas tu sambil senyum kambing.


"Udahhhhhhhhhhhhh... Mekasih.." balasku dengan senyuman kambing juga. HAHAHAHHA. TApi kambing comel sikit la dari dia.




Sampai di rumah, aku terus makan dengan penuh perasaan. Fries saiz beso aku kasi kat Inche Kitchi sebab dia je suka makan fries. AKu tak mo. Alangkah beshnya bila makanan idaman sudah dijamah. Terus datang idea nak berblogging.




MAcam aku cakap dulu, kalau mengidam nak makan pape, gi beli sniri suda. COntohilah aku. Heee!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram