Followers

6 May 2011

Kaki bengkak dengan mabelesnye....



Berkobar-kobar aku siapkan CERPEN KAWIN MAKBED tu. Tak sangka buleh siap dalam masa setengah hari.


Malam ni panas. Aku baru je pas mandi sebelum bersolat Isyak. Aku terpaksa solat duduk buat julung-julung kalinya pada pregnancy season ni sebab kaki aku dah membengkak dengan dasatnya. Kira ok la. Aku da 8 bulan lebeh baru start solat duduk. Masa season 1st ngandung (hahahha..macam citer CSI la plak!) 6 bulan kaki dah bengkak, 7 bulan aku dah solat duduk.


Lantai umah bergetah pulak. Semalam Oni tertumpah kat susu. Rasa macam nak je aku capai mop, dan mop satu umah skang tapi.... kaki aku ni rasa macam nak je aku seret kemana pegi. Berat sungguh. Baju pun udah seminggu tak berlipat. Nak duduk lipat semuta tapi aku bebetul tak larat.


Hati aku nak buat kerja, tapi otak aku suruh aku bagi masa pada diri sendiri. Don't push too hard. Nanti aku gak yang sakit. So, kalau da tak mampu tu admit je lah dan go relax.

Gud night guys.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram