Followers

27 May 2011

Kais Pagi Makan Megi , Kais Petang Makan KFC



Akhirnya aku dapat inner peace aku. AHHAHA.. Tukang urut janji nak datang kol 10 pagi, terlajak datang kol 10.30am. Aku dah sediakan siap-siap wang upah 25 sen atas meja. Mana la tau kot-kot lepas dia urut aku tertido ke kan.... 


Memang skang ni belakang aku sekejap sakit-sakit. Ini bukan sakit belakang lenguh. 
Honestly, aku pun dah lupa camana sakit bersalin. Tapi, sakit gini datang sekejap-sekejap aje. Misalan, terasa pukul 8 pagi, kang pukul 6 petang pulak baru terasa. KAlau time berasa tu aku tengah berjalan, memang rasa cam nak tonggeng kat situ jugak! Kadang tu aku terpegang 'menda' tak sepatutnya tetengah dok jalan tu. Heee... Depan orang kot. 
TApi, kalau dah perut giant cam haku ni, buat apa pun suma orang concern.Aku gi pasar pun orang kat pasar tu marah. Aku cuma nak gi beli teh ais je... HEHE.. Kena marah gak, sebab diorang takut aku jatuh tergelincir. Perut beso, tak nampak kaki. Camana nak langkah longkang?


Bahu aku yang lenguh macam nak jatuh tu dah ok lepas kena 'wachaaa' ngan Ida. Lepas selesai sesi, cam biasa la dia lepak jap. 

"Ayaq horlicks hang ada lagi?" tanya nya.

"Adaa.... Aku dah refill dah sesiap. Memang beli untuk hang minum pun," jawab aku sambil tergelak. Ida sengih kambing. Musti dia ingat aku perli dia. Tapi, memang aku dah sedia maklum, kalau dia mai umah aku dia musti pi buat air sendiri kat dapur. 

Aku duduk je atas tilam. Nak bangun tak larat la. BAjet nak tido terus tapi tengok Ida dah dok masak air plak. Kang sapa nak teman dia minum-minum?

"Weh, aku amik megi hang sebungkus no." 

"Aik, pepagi nak makan megi?" tanya aku dengan herannya. Selalu time camtu aku dah dengar bunyi lesung baru dari umah dia, sibuk menyiapkan lunch untuk suami. 

"Malas la nak makan nasik..." balasnya. 

Maka, dia pun makan la megi kari tu dengan berseleranya. Dah lama aku tak beli megi kari. Cuma beberapa hari lepas, tetiba aku teringin nak jamah megi kari tu, so aku pun beli la. Lepas dah makan sekali tu, ilang dah keteringinan kat megi. Hari ni, aku nak makan kfc chicken chop dan teh ais. 

Dah kenyang isi perut, Ida pun balik dengan membawa sebungkus santan kelapa dan ikan pekasam yang dia simpan dalam peti es aku. 

Tapi duit 25 sen yang aku letak atas meja tu dia TAK AMIK plak!

Aku SMS dia .. Tak putus ubat ni. Kang tak pasal lak dia sakit bahu , ganti aku. 

Ida kata..." tak pa. Aku dah makan megi. Kira charge 25 sen la tu..." 

AAHAHAHAAHAHHA... BUleh camtu eh? 



Tengahari tu aku rasa dah sihat dan kuat. Aku masak sambal tumis soton kering ngan ikan goreng. Sebelum Inche Kitchi balik, aku pesan soh tapaukan teh ais kat aku. Teringin sangat nak minum teh ais kaler oren terang kat pasa. Alhamdulillah, dia belikan. 

Sekali sedut je, abih air tuh. AHAHAHAHHa. Dia sedut sekali je. KEKEKE.. Takpe la, kasi chance kat bini kesayangan. 

Aku baru balik dari KFC Lumut, jamah kfc chicken chop. Dah lega dah sebab dapat apa yang aku nak tu. Beshnye dapat dating-dating. Oni? Tinggal umah pengasuh.

Hari ni last Oni duduk umah pengasuh.
Start next week, Oni duduk umah jaga aku plak, sampai aku bersalin. Jika perlu , aku akan hantar dia kat pengasuh bila aku dalam pantang minggu pertama dan kedua nanti. Kalau Kimi buleh jaga, aku tak yah la hantar. So, gaji pengasuh leh la bagi kat dia. Kimi nak masuk poli bulan Julai ni, musti nak pakai duit. Dia cakap dia nak 'kerja' ngan aku. HAHAHAHAH... Buleh..buleh... I likeeee!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram