Followers

12 May 2011

Hari ni ada check-up....



Dek kepanasan yang sungguh tidak menyelesakan, mengakibatkan aku dah berapa hari tak tido dengan nyenyak, semalam, aku demam. Demam MALAM! Badan terasa berbahang..selsema dan tekak gatal.

Terus, aku gi dapo cari panadol. Alhamdulillah, semalam Oni tak banyak ragam. Dia tido cepat. Aku pun leh terus tido.


Tengah malam dalam jam 3 aku terjaga. Aku berwuduk, dan solat Isyak. Memula solat berdiri. MAsuk rakaat kedua, lutut dah ketar dah. Duduk plak. Kendian aku sambung bersolat hajat dan mengaji semuka dua kitab kesayangan kita tu. Bila dah kebas kaki, aku bangun dan bersiap untuk tido semula.


Jam 6.30...

Aku menjerit tetiba. KAki kiri aku tetiba sakit. Ibu jari keras, betis keras. Simpul biawak menyerang. Sakit bukan kepalang! KEndian, sakit tu ke kaki kanan plak. Aku gagahkan diri untuk bangun sebab aku dah nak terkencing sangat-sangat. Kesakitan tu buat aku lagi rasa nak terkencing. Jalan pun tak betul. Terhencot-hencot, petanda urat betis aku dah tak betul lagi. Nampaknya, kena minta Ida Kurau tolonh repairkan nanti. Aku cuma sapu krim halia panas tu je. Lega sikit.


Jam 7.30 pagi

Aku minta Inche Kitchi hantarkan Oni ke rumah pengasuh. Tapi, pagi tu Oni wat hal. Meragam tak nak tinggalkan aku plak. Menangis-nangih mintak dukung bagai. Tatau camana nak pujuk.. Nak layan permintaan dukung nya, betis aku sakit. Ari-ari aku sakit. Hari ni aku ada check-up lak. Oni lak wat drama swasta , ikut aku je sampai ke dapo. AKu umpan cekelet pun takmo gak. Bebal la jugak aku. TApi... dah anak kita kan. Apak dia senyap je, pandang karenah si anak yang cam diva tu. Last skali , aku dukung jugak lah. Dah aku je yang terrer bab mententeramkan dak ONi tu. Iskk..makin dekat hari, makin manja anak aku ni. NAngeh 2 saat je baru, air mata dah bercabang-cabang dah kat pipi. Caner laaaa...

Sakit sangat masa mendukung Oni, menitik air mata aku. Oni terus terdiam dari menangis bila terpandang air mata Ibu dia. Heran gamaknya kot. Memang aku kadang rasa nak nangih je bila masa ONI wat hal ngada-ngada tapi aku pernah terbaca yang kalau seorang IBu menangis kerana anak, hilang 10 keberkatan amalan si anak tu. Cenggitulah lebih kurang. Kalau salah, sila gitau ye. Kesimpulannya, ibu kena jugak sabar walau apa pun anak tu wat kat kita.


JAm 9 pagi...

Appoinment lambat gi. Gi TESCO lah dulu. Tenangkan fikiran. Nak gi beli bebarang dapo. MAna tau kang nak banak ke, takdelah terhoyong-hayang nak gi pasar beli barang dapo. Beras pun slamber je hangkut 10 kilo. Tereris tak? TApi aku angkat boh troli je la. Beli minyak masak. YAng tu je pun. Pehtu aku roger Semut Merah ajak lepak kat food court Tesco. Saje... time sakit-sakit perut gitu, aku memerlukan sesuatu untuk membuatkan aku lupa yang aku ni tengah sakit. Well, it works.


JAm 11.30am
Cam biasa..nunggu kat HATL memang sangat 'mengujakan' . HEHEHE... Aku disuruh gi buat urine test. Keputusannya, aku mengalami kencing kotor. Padanlah sakit bebeno ari-ari. Rasa pedih setiap kali mau kencing. Dan aku jugak diberikan ubat sembelit. Cara mengaplikasikannya: Sumbat dalam tuuuuuuuuttt!!  TAk leh bagi ubat makan untuk lawas berak sebab nanti efek baby. Selain tu, aku dapat antiotik je. Kena abihkan.

 Kemoskelan -- Camana nak sumbat ubat berak ni? Aku mmg sangat TAK SUKA ubat cenggini lah. Sapo la cipta ubat sumbat ni ? Sungguh annoying.


Tengahari aku dah balik dah. Aku melantak sushi - makanan wajib masa ngandung kali ni. Dulu memang tak suka. Dah kenyang, aku duduk bersila lipat kain. Pelan-pelan....lama-lama habih jugak...


Jam 3 ptg, MAk Bidan @ Ida Kurau dah bangun dari beradu. Biasalah dia kalau letih mengurut dia salu tido dulu. Ketuk-ketuk pintu , di bahu ada tersandang beg minyak angin dia. HAHAHAH.. Bebetul macam orang tua padahal umur baya-baya aku je. Ini lah mak bidan termuda yang pernah aku jumpa. Masuk-masuk je terus gi peti es. Semalam dia tumpangkan adunan karipap kentangnya dalam tu. Pehtu, dia urut lah betis aku dedua. Memang sakit. Keras belakang betis ni. Selalu dia urut sakit, tapi yang kali ni memang sakit sangat. Tanda nya urat kaki aku memang udah kembang, dan masa menguncupnya cumalah selepas aku bersalin saja!!! Owh tidak. Bilalah aku mau bersalin ini?


Ida sediakan sesuatu untuk aku sebagai persediaan untuk bersalin. Sesungguhnya aku memang taktau apa-apa pasal menda ni, tapi tu lahh... KAwan aku sorang ni lansung tak kedekuut nak share ilmu ngan aku - walaupun dia sendiri belum pernah ada anak. Jangan judge orang slamber-slamber je. Walaupun dia takde pengalaman, ilmu perbidanan ni bukan senang nak diwarisi. Aku honestly percaya dgn kebolehan dia. Orang yang beranak 13 pun belum tentu leh jadi bidan jadi siapalah kita nak judge kebolehan orang kan? Dah rasa , baru kita tau.

Dan aku sememang respek ngan dia, yang masih muda , berkelulusan baik (mak bidan aku ni sedang dalam proses nak amik master hoke? ko ade?) tapi memilih untuk beramal jariah dengan kerja-kerja mengurut cenggini. Papepun, dia tetap kawan aku dan aku support keje yang dia wat ni. Tabik spring kat lu.

Jap lagi aku cerita menda apa dia sediakan untuk aku.







Buat Lulu, mekasih tanya kabar aku. Nini D, silalah jangan jeles lepas baca entri yang 10 perkara tu. HAHHA.. Korang semua spesel di hati aku. Tapi, kalau aku nak tulih semua, mati loo!!! Tu aku ckp, soklan tu tak adil. Jangan marah aku na. KEKEKEKKE






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram