Followers

12 May 2011

GENGGAM FATIMAH




Bila bersahabat dengan orang yang berilmu dan tidak lokek berkongsi ilmu, manfaatnya sungguh besar. Alhamdulilah, aku diberi peluang merasai nikmat mempunyai sahabat yang macam ni. Syukur rasanya punya sahabat ikhlas, berada di tempat yang sepatut dia berada di kala waktu kita benar-benar memerlukannya. 


Ida gitau aku pasal GENGGAM FATIMAH
Ada sesapa antara korang pernah dengar nama ni? 
Honestly, KACIP FATIMAH aku tau la. 
Tapi, Genggam Fatimah memang lansung aku tak pernah dengar. 



Beza kacip fatimah ngan genggam fatimah ialah...



Kacip Fatimah tu guna lepas bersalin. 
Genggam Fatimah plak, guna sebelum bersalin. 


Mengikut penerangan mak bidan tersohor Makbed tu, Genggam Fatimah ni sebenonya adalah sejenis tumbuh-tumbuhan kering. Hanya ada di Mekah aje. Fungsinya sama macam air selusuh, di minum ketika kandungan sekitar 7 bulan. 

Oh.. air selusuh pun aku tak sempat rasa ketika mengandung Oni. 


dapat dari google. buleh ke LINK ni untuk penjelasan lanjut.
Gambo kat atas tu adalah rupa Genggam Fatimah yang masih kering. Memula bila Ida tunjuk kat aku, aku jadi jakun jap. Siyes tak penah tengok. Bila diceritakan fungsinya, aku ternganga. 

"Rendam Genggam Fatimah ni dalam air panas. Menda ni akan kembang. Makin dekat hari ang nak bersalin, makin besaq kembang dia. Lepas ang rendam ni, ang amik air dia , minum. Amalkan sampai la saat nak bersalin. Lepas dah rendam tu, ang jemur la kat tepi tingkap ka... Kat memana pun buleh. NAnti dia kuncup balik macam asal."

Cam tu la katanya. 
Dah habih salin sok, aku kena bagi balik kat dia. 
Servis ini percuma sahaja. KAAKAKKAKA.
Dia tak jual, sebab menda ni susah dapat. 
Kalau nak kena pesan kat orang yang ni umrah atau haji. 


Jadi, secara teknikalnya, aku leh monitor persediaan aku , adakah aku hampir dengan saat bersalin tatkala melalui kadar pengembangan Genggam Fatimah ni la. 
Haaa... Sungguh mengkagumkan.
Kalau lambat lagi nak bersalin, dia tak kembang. Kuncup je. 



Aku dah test dah.


Nih aku punya kadar 'pengembangan' buat masa ni


Aku saja je rendam lama-lama , kot dia kembang lagi ke kan. 
Tapi, dia memang kembang takat tu je. 

Kesimpulannya, aku memang nak bersalin dah. Cuma, belum cukup 'kembang' lagi. 
Kita tengok besok-besok la camne. 


 Buat Ida Kurau, mekasih banyak sebab gitau aku pasal ni.
So, aku harap dengan entri ni, Mak-Mak aku tak risau kat aku dah. Dia risau kot aku takde Mak Bidan yang nak jaga aku since aku pilih nak pantang secara berdikari kat Lumut. 
Mak Bidan aku yang ni sentiasa berjaga-jaga dengan keadaan aku.
Kalau dia bukan seorang Mak BIdan dan tukang urut pun, dia tetap akan sentiasa jaga aku gak. Sebab kitorang kan besfren.... HEHEHHEHE... 


Cuma... dia ni masak sedap. Aku takut tergoda aje. Huuuuu~
Jangan kejam sangat dengan aku kalau bab makan ni ek.. Uwaa....






 Dak Oni yang ngade



Tengok? 
Ngade tak budak ni? 
Car Seat baby bawah setahun yang aku sediakan untuk adik dia tu pun dia bantai nak duduk atas tu. 
Padahal , kusi tu aku beli untuk dia masa dia kecik-kecik dulu, takmo pulak dia duduk time tu. Ada je helah dia. 
Asik nak melompat kuar aje. 
Skang ni , nak plak duduk dalam tu - takmo turun. 
Siap suruh kita goyangkan lagi untuk dia. 
Ni bajet nak jadi baby balik la ni. Giyaahhh!!!


Ni lah namanya sindrom 'ADIK BARU' NAK DATANG.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram