Followers

3 May 2011

Entri tidak bermotif



Sori la. KOt ado blogwalker yang tak suka baca isi kandungan blog aku sebab asek dok bercerita pasal diri sendiri, keluarga sendiri, anak sendiri dan laki sendiri sahaja. Tak de lansung info berguna yang boleh dijadikan pengajaran. 

I just can't help it. Somehow I felt my life is awesome and I love telling about it.
Kalau tak awesome pun, aku suka gak nak gitau. Sori leerr...


Hari ni hepi dan teruja sebab aku takyah drive gi work. Cam biasa, aku bukan MAKBED kalau tak buli adik-adik aku yang datang nak menziarah aku. Hehee.. 

Aku soh diorang hantar aku gi kijo!

Hey, aku bukan kejam tau. Aku saja je nak bagi pendedahan kat adik-adik aku tentang lokasi pekerjaan kakak diorang. So, pasni, kalau diorang kata aku keje kat ceruk kampung , kat reban-reban ayam, dalam utan....  sila remind diri bahawasanya orang tak bina loji letrik kat tetengah bandar cam bina KLCC tuh. 

Dunia pekerjaan bukannya tertakluk kepada kerja gomen sahaja yakni POLIS, TENTERA, CIKGU, DOKTOR, POSMEN, TUKANG KEBUN SEKOLAH, ENGINEER, TECHNICIAN dsb. Ado banyak! Even engineer pun ado memacam jenih. Engineer jamban pun ado tau! Korang gelak la. Sebelum duduk nak membuang tu, ce pikir sapa pencipta Jamban dan teknologi jamban tu sniri. Musti taktau kan? AKu pun tatau.


Masalah aku kan, bawak Alang ngan Kimi ikut mengalahkan bawak Oni. Aku baru start jalan sikit je, tetiba nak berak. Tak kasi aku pasang ekon - kang buleh trigger mood berak di pagi hari.
Ada ka camtu?
Memula, aku singgah Esso nak isi minyak. Alang gi 'membuang' kat situ dulu.
Kimi lak kata, mood nak 'membuang' dah takde.
Kendian, aku singga gi Pos Laju Sitiawan.
Baru gaya nak jalan, Kimi lak kata mood nak 'membuang' dah datang. Seb bek sebelah tu ado Shell. 

Nak gi opis aku tu macam nak balik Sik je gayanya. 2 kali berenti kasi dema ni 'membuang', AKu yang ngandung ni pun tak cam tu...
Orang Kedah panggil 'beseaq' , merujuk kepada perangai kejap-kejap berak dan kejap-kejap kencing tuh.
HAHHAHAH.


Alang pakai Bambam Bee ari ni. Dia nak pi round-round Lumut, cari awek.
Nak gi beli souvenir. Ntah nak beli kat sapa ntah tu. Alang ni banyak awek.
Aku pun tatau mana satu awek dia. Bila tanya, dia cakap takde. Tapi enpon kejap-kejap bunyi sms. Takkan sms Mak camtu?
Kimi pun sama. Henpon tak lekang dari poket. Tido pun pakai suar jeans yang ado poket. Nanti aku nak customate kain pelikat versi ado poket punyo.
Buleh la kome boh henpon dlm tu. 


Aku ajak depa tengok wayang petang kang, tapi gini diorang balas sms aku...


ADA AWEK TAK? ADA AWEK BARU KAMI PI. AHAHHAHAHA... 
KAMI KAT TELOK BATIK NI. TANGKAP-TANGKAP GAMBAR. 



Jawapan Makbed: Ado je la awek, tapi dah tua la. Baya akak korang ni. Nak ke? HAHAHAHAHAHAHA


Udah besar anak dara aku ni. Baju ditaja oleh Nur Kasih.




-nak upload video tapi tak-


Ammy 60 Days suda sampei ke pangkuan.
Sonok!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram