Followers

27 May 2011

Edema Semasa Hamil



Mengandungkan Oni , aku dah kena swollen feet masa masuk 6 bulan. Minggu ke-28 atau 7 bulan, aku terpaksa solat duduk atas kerusi. 10 minggu pas tu, kaki aku memang lansung tak seksi.

Kali ni, kaki aku bengkak bila masuk 8 bulan. Tapi aku masih boleh solat seperti biasa. Cuma, bezanya kali ni kaki aku bengkak teruk sebelah kiri. Kaki kiri lagi beso dari kanan. Pelik tak? Perut aku yang besar ni menyukarkan aku berjalan, di tambah lak dengan kaki yang bengkak. Dalam umah pun aku pakai slipar skang ni. Tak tahan, tapak kaki sejuk.

Edema terjadi bila wujud lebih cecair dalam tisu badan dan ia memang normal masa pregnant sebab time ni badan menyerap lebih air. Tambah lak ada uterus kita yang besar tu memberi tekanan pada salur darah especially kat kawasan pelvis. JAdi, darah tak buleh mengalir dengan lancar menyebabkan berlaku edema di sekitar kaki. Biasanya edema ni berlaku bila kandungan masuk trimester ketiga dan akan hilang sebaik saja bersalin.

Bagaimanapun, jika suddenly ada bengkak di tangan atau muka particularly sekitar mata, ataupun bengkak yang melampau di kaki silalah berjumpa doktor secepat mungkin kerana itu mungkin preeclampsia, dan ia sangat berbahaya. 


Cara-cara kurangkan bengkak kaki masa mengandung;

  • Tinggikan kaki sepanjang masa. Jangan gantung kaki. Lapik kaki ngan kotak bila duduk di pejabat. 
  • Jangan silang kaki masa duduk. Biar je nak terkangkang pun... 
  • Stretch your legs whenever possible when sitting. Kasi darah jalan.
  • Bangun sekali sekali kalau dah lama duduk. Gi jalan-jalan kejap.
  • Pakai kasut yang selesa dan boleh ikut bentuk kaki yang bengkak tu.
  • Jangan pakai stokin yang ketat getahnya.
  • Minum banyak air. It helps your body to retain less water... 
  • Bersenam sikit. 
  • Jaga pemakanan.Elakkan jajan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram