Followers

8 May 2011

DULU DAN SEKARANG



Dulu
Hai Tipah! Lama ko tak datang umah?

Sekarang
Hai Tipah! Lama ko tak online fesbuk?



Dulu
Mak:  Cuba hang tanya Mak Teh kenduri anak dia tu nak buat tema kaler apa?
Anak :Oke.. (capai telepon)
Sekarang:
Mak:  Cuba hang tanya Mak Teh kenduri anak dia tu nak buat tema kaler apa?
Anak:  Dah tanya dah semalam. Tapi Mak Teh tak jawab lagi.
Mak:  Hang tanya camana?
Anak: Tanya dalam fesbuk dia la.Dia tak jawab lagi. 



Dulu
Mak : Kak, pi masak.
Anak: Ok.... (Bukak buku resepi)


Sekarang
Mak : Awat hang tak masak lagi?
Anak: Karan takde.
Mak:  Apa kena mengena karan takde ngan masak? Kan umah ni pakai dapoq gaih?
Anak: Kakak tulih resepi pehtu simpan dalam komputer. Karan takdak, takleh on komputer tu. Jadi takleh la masak..
Mak : (Hampehnya....)


Dulu
Surat mintak duit kepada Mak.

....... Diharap bonda sudi kirimkan wang lebih buat anakanda kerana bulan ini anakanda perlu siapkan sedikit kerja kursus. Semoga bonda dan ayahanda sihat-sihat hendaknya. Anakanda akan pulang pada bla bla bla...... Salam sayang, anakanda.



Sekarang
SMS mintak duit kat Mak.
....Salam. Mak nnti krm dt ye. Bln ni nk siapkn asgnmt. klu blh krm lbh skit. ok bye. 



Dulu
Walau susah camana pun, Abang akan kumpul duit untuk meminang Aishah. Aishah tungguh Abang ye.


Sekarang
Kalau Aishah nak kita kawin cepat, gunalah duit Aishah dulu.Abang tak kisah. Simpanan Abang belum cukup nak meminang Aishah. (Padahal kawan dah 6 tahun dah!)


Dulu
Makan jamu dan jaga permakanan untuk elakkan sakit. Lepas bersalin, sanggup berkorban menahan diri, berpantang. Kalau Mak kata pantang 100 hari, maka 100 harilah pantang. 


Sekarang
Masa pantang tak mo pantang. Makan aje serba serbi. Jamu tak mo makan. Tak sedap. Perit tekak. Geli. Nak muntah. Tapi bila dah sakit, baru nak nak cari jamu ngan ubat 'ketat'. Heeee....  Pantang 100 hari? Memang cebik mulut je la sudahnya. Kesian laki katenye....


Dulu
Kalau orang kata kaler rambut tu HARAM, maka HARAM lah dia. 
Kalau orang kata cukur kening HARAM, maka HARAMlah dia.
Kalau orang kata bulu mata palsu tu HARAM, maka HARAM lah dia.
Takde sapa nak argue.


Sekarang
Kalau orang kata kaler rambut tu HARAM, ada je la kuar fatwa dan komen yang menjadikan menda tu tak berapa nak HARAM. Tengok isi kandungan dulu lah. Tengok tanda HALAL la. 
Kalau orang kata cukur kening tu HARAM, dia kata CUKUR memang la haram tapi kalu cabut sikit-sikit tu TAK HARAM. Nak bagi cantik untuk suami, katenye......
Kalau orang kata bulu mata palsu tu HARAM, ada ke orang percaya? Mungkin hukum HARAM ke atas  "orang yang menyambung rambut" tu tak sama dengan hukum pakai bulu mata palsu. Rambut dengan bulu, completely tak sama hoke.


Dulu
Bila masuk rumah baru aje ada kenduri bukak rumah. Baca yassin, buat makan-makan untuk jiran tetangga.


Sekarang
Bila masuk rumah baru, buat kenduri tapi tak panggil jiran. Panggil kawan-kawan kerja yang kebanyakan tak duduk pun dalam kejiranan kita tu. Alasan, belum kenal jiran lagi. 



Dulu
Keluarga baca yassin dengan dikhalifahkan ketua keluarga. 

Sekarang
Keluarga baca yassin dengan dikhalifahkan oleh cd bacaan yassin. Advance!




 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram