Followers

11 May 2011

Detik Kelahiran Auni




Detik-detik kemunculan Oni.


Due date Oni adalah pada 4 September 2009. 
Bila kandungan aku masuk minggu ke 30, doc gitau yang aku berpotensi besar untuk bersalin awal sebab baby sudah pusing ke bawah. Tinggal nak engage je. 
Aku lak ada edema dan mild high blood pressure. All because aku stress tersangat. 
Masa ngandung Oni dipanggil Pregnancy Yang Berdikari. 
Aku di KL dan suami di Lumut. 
Seingat aku, Inche Kitchi tak pernah berpeluang tengok proses ultrasound.
Aku hanya bagi dia tengok gambo scan je. Tatau le paham ke tak.
Gi klinik pun sendiri. Suami jauh kan. HHeee.. Kalau aku berpeluang wat check-up kat Lumut, Inche Kitchi temankan tapi dia dok luar aje. Nak masuk tunggu cam ramai la plak.


Minggu ke 35, aku kena sakit urat , dek makan cendol pulut.
Haaa... NANGEH! 
Sakit gilo. 
Gi check perut seminggu skali, akak bidan tu kata aku ni bakal bersalin awal jugak.
Dari due 4hb Sept, diorng expect kuar 27hb Ogos. 
Wuhh! Best gak lahir bulan Ogos kerana bulan tu adalah bulan faveret haku. 
Tapi, aku tak kisah sebenarnya.
Aku dah solat duduk atas kerusi sebab kaki aku yang membengkak dan badan aku yang berat. HAri-hari aku gosok perut, dan cakap ngan Oni. Aku panggil nama dia AUni sejak dari usia kandungan aku 31 minggu. Aku pujuk dia soh kuar cepat. Sebab aku da tak tahan. 
Kalau kuar bulan Ogos jugak, buleh le sambut besday ngan aku.
Kan Kan Kan..?


20 Ogos 2009 
Aku gi check-up macam biasa kat A-10. Nurse BArirah picit-picit bawah ari-ari. Pastu dia senyum. Baby dah selamat masuk dalam ruang dah katenye. Tunggu masa aje.
Aku wat muka pelik. Cepat nye.

Malam tu family aku datang nak selebret besday aku yang ke - 26 dan juga anniversary aku dan Inche Kitchi yang pertama. 
Abah bawak satu bekas eskrim udang beso tapak tangan. Melihatkan janggut udang tu saja sudah membuat aku teruja. Mak buat gulai udang malam tu. Malam tu nyanyi-nyanyi lagu hepi besday la kan. Besok nya, hari last nak makan-makan sebab 22hb tu semua umat Islam berpuasa. Tahun tu, family aku sambut puasa di rumah aku , Lumut. 


Melihat gaya aku berjalan, Abah aku buat la ramalan. 

"Hang ni nak bersalin dah ni aku tengok. Dah dekat sangat dah ni.."


Aku menyangkal kata-kata Abah. Lambat lagi kot. 
Sempat lagi la nak puasa seminggu kot ye pun. 
Malam tu, aku makan tersangat banyak. Makan puas-puas. 
Hepi sebab family suma ada. 

Abah bawakkan telur ayam kampung dan madu. Soh boh dalam peti es. 
Mak kasi petua, makan telur ayam kampung mentah campur madu masa dalam wad bersalin nanti. Kasi senang keluar. 
Then, malam tu Mak bagi aku doa selusuh. Untuk dibaca masa nak bersalin gak.
Dia suruh aku hapal. 

Gamaknya beria sangat aku hapal kot, lepas sahur untuk puasa hari pertama, aku berasa pinggang aku sakit. 
Selalu ok je tido sekejap lepas bangun subuh, tapi pagi tu aku lansung takleh baring. Inche Kitchi duty plak ari tu. Mak ngan Abah nak balik dah kang kol 10 pagi sebab besoknye tu depa kerja. 


Jam 10 pagi.... 22 Ogos 2009
Perut aku terlamapau benor la sakit. Selang 10 minit , sakit. 
Beradus-adus aku kat dalam bilik. Tapi buleh lagi jalan-jalan gi mandi, kemas bilik suma.
Bila aku kuar bilik, Abah aku tengok muka aku blushing semacam je. 

"Awat?" dia tanya.

"Taktau... Sakit plak pinggang ni..." Kata aku sambil duduk kat depan lektop. HAHAHAHA..buleh main fesbuk lak. Aku sempat tanya member pasal sakit aku ni, then dia soh aku segera ke hospital. Aku dah banyak kali gi toilet check kot le nak turun darah ke, pecah ketuban ke kan... NAN ADO. Cuma sakit perut je. 


 Dah tak menahan sangat, aku cakap kat Mak jangan balik dulu. 
AKu nak gi spital jap lah. Tak penah plak sakit cam ni. 
Aku soh Inche Kitchi hantar gi Hospital Manjung, padahal rumah aku kat depan Hospital Angkatan Tentera (HATL) jek. 
Gatai kan? 
Dalam perjalanan tu aku senyap jekk menahan sakit. 
Bila dah tak sakit, baru aku cakap. 
Bila sakit datang balik, aku senyap plak. HAHAA... 
Masa tu kaaa...rasa nak tertanggal aje anu tu. 
Meremang segala bulu yang ada kat tubuh badan ni!


Sampai je kat pintu masuk Wad BErsalin tu, aku masuk. 
Wahh...sejuknye. Tak do orang! Sunyi je.
TAkkan le suma orang cuti umum kot kan? 
Hari ni kan 1st posa. 

Tak lama pastu, ada nurse ni datang tanya... Aku kena intebiu sikit-sikit then dia suruh aku bukak posa. 

"Kena bukak posa la kak. Kang doc nak seluk kang..."


 Hoh, seluk? Wadehelll~

Aiyakkkk!!!!!


Tu lah first time kot aku rasa berdebar-debar sungguh.


Aku menunggu dengan sabar, Inche Kitchi masuk  ke lobi. Duduk sebelah aku. Tak lama pastu , sorang Doktor lelaki berbangsa India datang. Aku kena intebiu lagi. HUhuhhhhuh.... 

"Takde turun darah?"

Geleng.

"Air ketuban?"

Geleng. Air ketuban pecah camana pun aku tatau. KAlau dia pecah pun, tobat tak perasan. 

"Cuma sakit perut?" Doc tanya lagi.

Aku angguk je. Masa tu kan, aku rasa perut aku dah tak sakit dah kot. Hehehhee... Takut sampai hilang sakit.


Pehtu dia kata .... 

"JOM!!"

Haa? Jom pi mana?"


 "Jom nak pi check kat dalam bilik pemeriksaan..." 


Gulpss!!!



 Apakah yang bakal terjadi seterusnya...?


Tunggguuuu.....................


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram