Followers

11 May 2011

Detik Kelahiran Auni - Kisah Di Wad Bersalin




Waktu start meneran : 5.45 petang.

Sambil push sambil sedut laughing gas. Grrr... aku rasa kalau lah takde natang gas tu, musti sakit giloh. Sementara ada pun aku rasa sakit gak.

Patut la aku lupa camana rasa sakit bersalin. Maybe sebab laughing gas tu kot kan?


"Okeehh.. Bagus..Baguss..." kata doctor sambil memberikan kata-kata semangat.

Tapi, baby tak kuar pun lagi.


"Dah nampak rambut dah...!" kata cik bidan yang tua sikit kat sebelah kanan aku tu.

MAsa tu, aku dah tak berapa nak selesa dengan diri sendiri dah. Aku dah mula letih.
NAk betulkan kedudukan tak mampu. Di hujung kepala kiri dan kanan ada orang. 
Dedua MA - lelaki.

"Cepat dik. Adik buleh. Teran elok-elok. Jangan lambat-lambat. Kitorang tak beli makanan berbuka lagi nih!!" kata cik bidan tu lagi.

Aku terus tergelak dalam sakit-sakit tuh. AHAAHAHAHA...

"Hah, yeke? Alamak.. Sori-sori...!"

Wa.. bleh lak mintak sori time nih. Makbed, ko slamber je kan? 
Sebenonye otak tak betul dah masa ni.


Akibat salah teran, aku hilang napas. Sebab tu letih. Patutnya, aku kumpul napas, then teran sekuat tenaga dengan kiraan 1 sampai 10. Jangan putus. Tapi, aku ni napas pendek. Sampai 5 je leh pi. JAdi, kepala Oni tersangkut.


Tekanan nak meneran masih ada. Kepala aku ni basah kuyup. Tanggal habih getah rambut sume. Seb bek aku bawak spare. Tapi getah sambal aje la kan. Mana la tau getah rambut pun leh putus.

Abang MA (ecehh.. abang! sebab dia muda lagi) pangku belakang aku plak. Dia tinggikan sikit belakang aku, jadi aku dalam posisi sedikit duduk. Aku nampak perut aku. Untuk mengelakkan aku bersandar, dia terus pegang belakang sambil aku lak meneran. Bila meneran kan kita terpush badan skali ke belakang. HAaa..jadi, ado la tukang sendal kat blakang tu ha. Aku rasa, besi katil tu udah nak tercabut dah kot aku pegang kuat-kuat. Then , cik bidan tu plak datang kot tepi kanan... sambil aku teran, sambil dia gosok perut aku menghala ke bawah. Perggh... berasa ko!

"Nak, amik ni gigit!"

Sorang lagi MA kasi aku gigit kain spital kaler hijau. Kain selimut kot? Sebab aku ni jenis teran ketap gigi. Takut aku kena kancing gigi lak kang. Aku menurut perintah. Hui, tebal la jugak itu kain. heheh..

Tetiba aku merasakan ado sesuatu di dalam mulut ku. Serpih-serpihan gitu. Aku brenti jap. Pehtu aku luahkan le hamende yg dalam mulut aku tu kan. Kuar menda putih-putih.

"Apa tu?" tanya Doktor , kehairanan.

Aku sengih... "Alamak... gigi saya laaa doktor...!"

Uhuhuu.. gigi aku pecah. Aku rasa pakai lidah. Gigi geraham aku dah kecik. Hoh, dasatnye... teran sampai pecah gigi. Tapi, gigi tu memang dah reput pun. Menunggu masa je.

Gelak la manusia dalam bilik bersalin aku tu. Sampai misi kat luar pun tumpang sekaki jenguk nak tau hamende yang lawak sangat.

"TAk minum susu ka? Tak cukup kalsium!" kata abang MA yang pangku belakang aku tu sambil gelak.

"DAH! DAH!!!"

Tetiba ada doktor perempuan, Melayu datang menjengok. GAmaknya sebab anak aku tak kuar-kuar lagi, dia nak tolong la kan. Tapi, doktor ni cam garang je. Dia borak kejap ngan doktor India tu, pehtu kendian dia plak duduk 'mengadap'.

"Baby awak ni sikit aje lagi nak kuar. KAlau awak tak teran bebetul, nanti dia lemas. Untuk tak mau bagi dia lemas, saya nak kena pakai vacum untuk tarik dia.. Awak nak?" tanya doctor pompuan tuh.

Aku dengar je menatang vacuum tu kan, terus geleng-geleng.

"Takpe doktor, saya push. LAst neh!"

"Ok.. On my count. 1, 2.... ...... Push...............!!!!"

Aku push.. 
MA tkat belakang push belakang aku.
Cik Bidan push perut aku. Hahaha...semua pakat dok push la. 
Hadeh.....

Tetiba, aku rasa cam panas je kat 'bawah' tu. Lapang... Perut tak sakit dah. Doktor dua-dua tu senyum.

"Yaaaa....suda keluar!!!"  kata doktor India tadi.

Yang lain-lain suma memanjatkan rasa syukur - sebab akhirnya diorang leh gi Pasar Ramadhan nak beli barang berbuka.


Abang MA lak hulurkan kain yang aku gigit tadi. Soh simpan wat tangkal. Tapi, aku lupa gigi tu aku letak kat mana. Rasa tertinggal dalam bilik bersalin kot.

Cik Bidan lak tetiba datang kat sebelah aku.. pehtu dia cucuk peha. Nak kasi kecut rahim katenye.

Baby Auni diletakkan di atas dada aku. Badan dio dah biru. Kesian. Tapi dia tak nangeh pun. Dia dehem-dehem (?) je. Comel plak bunyi. Tu pun lepas nurse tepuk-tepuk bontot sambil terbalik kan dia. Kepala lonjong sikit. Tu la.. Ibu dia teran memain. Lepas tu diorang cucikan Oni sementara aku lak masih dalam posisi 'begitu' supaya diorang leh wat apa yang patut.

"Saya jahit cantik-cantik . Awak jangan riso. Kalau sakit, sedut itu laughing gas."

Aku tak pasan bila ke kena gunting. Maybe terkoyak sniri kot. Dah tak mo citer dah! Bab tu.
TRAUMA..* trauma yang melanda....menikam-nikam jiwa~


Auni selamat dilahirkan ke donia pada jam 6.32 petang, Sabtu 22 Ogos 2009. Lepas Apak dia iqamatkan, Oni diserahkan kepada aku.


Mak buyung yang agak cengeng - yang ditemani suami dan ibu - yang duduk katil depan aku tu - yang masuk labour room awal dari aku tu kan...

Belum bersalin lagi! Aku siap dulu.
TErkejut mak dia.
Tapi. makcik tu sporting. Dia ada sebelah Inche Kitchi ucapkan tahniah kat aku suami isteri.

"Alaa..lambat lagi cucu makcik nak keluar..." katanya sambil tersenyum.

 Well, cucu makcik tu lahir tepat jam 12.02 pagi , hari esoknya 23 Ogos 2009.
Mak dia kena pakai forsep la plak!
Adesss..

Alhamdulillah...aku kira senang la gak kan?



Fresh from the oven.

Masa dia lahir tu, aku nampak dia cam gelap je. Abeh laa... musti ikut Apak ni. HAHAHAH.. Aku tak minum air kacang soya. Sapa soh kan? Kalau minum musti jadi putih anak aku. Tapi.... yang nampak nyata kat Oni masa tu ialah... BULU KENING DIA. Dia memang lahir-lahir je bulu kening selonggok.




Time dia titon gini, aku sibuk usik-usik dia kasi bangun. Ciwi kan?

Susu aku tak kuar pun malam tu. Nasib baik lah Oni tak de meragam. Dia tido je semalaman. Pagi tu je dia bangun nangih. Tu pun sebab misi kasi dia mandi. Disebabkan aku takde susu lagi, Oni diberikan susu formula oleh pihak spital. Then Oni tido lagi.

Aku kuar spital pada hari Ahad besoknya tuh, lepas Oni siap berak, kencing. Doktor lelaki India tu datang check, siap check gigi aku yang patah tuh. Dia soh aku gi wat crowning. Aku sengih je. 


"Anak you hidung dia tajam lah. Musti cantik nanti..." kata doktor tu.


Aku tengok je idung anak aku. TAk nampak tajam pun. Kat mana yang tajam nye. Tapi, aku cakap terima kasih juga. Syukur sangat aku sepanjang proses melahirkan Oni, semua orang baik-baik aje ngan aku. 
Bila aku bawak balik Oni, pakcik dia si KIMI sudah menunggu di rumah....Nasib baik tak kena tahan lama-lama. Sebab, susu aku takde. Camana nak nyusukan Oni kat spital tu. Kan takleh bawak susu formula masuk spital? 


Sekian lah cerita saya. Mekasih.....





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram