Followers

11 May 2011

Detik Kelahiran Auni : Episod - waiting moment






Aku dalam bilik pemeriksaan. Sadisnya rasa bila aku gi spital aku pakai baju dan seluar. Kalau pakai kain batik atau baju ngandungm takde la susah payah aku nak londeh suar satu-persatu. So pasni kena ingat lah ye. Dah rasa nak bersalin tu, takyah pakai spender gi spital pun takpe dah. Doctor tak hengen nak tengok spender anda kaler apa. HAAHHAHAHA...
*alamak, terlucah plak!


Tibalah masa yang dinanti penuh debar. 
Masa 'menyeluk'. 


"Eh.. sudah ada bukaan lah. 4 cm!" kata Doktor lelaki bernagsa India tu. Maaf, aku lupa namanya. 


Aku tak dibenarkan balik. Perut dipasang ape kemende ntah, ECG ke? 
Yang buleh monitor jantung baby tu. MAsa tu kan, perut aku rasa KETAT sangat tau.
Baby dah tak berapa nak aktif tapi masih bergerak. Setiap kali dia gerak, aku buleh dengar bunyi kat speaker tu. Grookkk...Graakkk!! Grruukk!
Ihh, ganaihnya anak aku ni.


Inche Kitchi tunggu kat lobi. Dia dengan uniform lagi. 
HAHAHA..hensemnye laki aku masa tu. 
Aku senyum je sebab teruja , tak sangka nak beranak time ni. BAjet lambat lagi. 


Jam 12 tengahari, aku ditolak masuk ke wad wanita. Bukaan belum cukup untuk masuk bilik 'meneran'. Inche Kitchi balik umah amik Mak Abah suma.. PEhtu aku pesan bebarang lain lak. Aku duduk katil tengah. KAt belah aku katil penuh. Suma perut buncit-buncit. Tengah tunggu masa. Ada sorang tu, India duduk sengsorang. Tangan dia kena masukkan darah. Dia cakap, diadah 4 hari dah kat spital tapi tak bleh bersalin lagi sebab tak cukup darah. 
Gulpss!


Ada lagi sorang ni, dok katil depan aku. Dari awal aku masuk dia dok peratikan aku aje. Muka dia merah padam menahan sakit. MAk dia ada kat sebelah. Suami dia pun ada, dok urut belakang. 
Aku sentap jap! Huhuhhu.. laki aku takde.... 


Mak dia tanya aku dah makan ke belum. Aku cakap le belum. 
HEHE.. 
Then dia bagi aku makanan anak dia. ANak dia tak mo makan. 
Aku pon, hape lagi. NGAP LA!! 
Kebulor kot. Kan ke aku puasa tadi. 
Kalau aku tau nak banak, aku bedal awal-awal gulai udang yang Mak masak tu. 


Lepas ngap dengan lahapnya, aku tertido. BUleh lak tido kan?
Aku terjaga bila aku terasa ado orang dok gosok-gosok betis aku. Aku bukak mata.. Owh..MAk aku rupanya. 


"Iskk... KAKI hang!!!! Besaq sungguh. Macam kena sengat 20 ekoq tebuan!" usik Abah aku. Abah siap leh tangkap gambo lagi. HAHA.. pose, jangan tak pose!


Family aku suma nak kena balik. Sebab , besok kerja. Mak tinggalkan Kimi sebagai peneman aku dan Inche Kitchi. Hehhe.. Padahal, semalam tu dah sembang ngan Mak , Mak nak datang balik 25 haribulan nak jaga aku sampai bersalin. Skali, Naahh...! Dah masuk wad plak. HEee.. kan dah lari plan?


Bila waktu melawat dah habih, family aku pun kuar la selepas mengucapkan gud luck kepada haku. Tinggallah aku menunggu di wad tu. Bila laa nak terbukak lagi ni.
Kata misi, satu jam bukak 1 cm. So, anggaran aku maybe bersalin dalam kol 9 malam. Jadi, aku suruh Inche Kitchi dan Kimi balik dulu.

Sesekali terasa gak contraction. Tapi, aku tahan je. Aku tengok mak buyung yang kat depan ni dah beradoh-adoh dah. Habih suma tiang katil dia pegang. Tangan laki dia pun tak cukup nak dipegangnya. Hui..sakit sangat ke? Aku pun sakit gak, tapi ok je kot.
Ye la..lain orang lain sakitnye kan. 
Pastu, dia mengongoi kat mak diaa.."adu mak....sakit..adu maakk.."


Aku tengok je. Aku nak mengongoi kat sape ni?
Kang aku wat ngongoi kat misi mau kena pelempang je sudahnya. Jadi, aku jadi la mak buyung yang berdikari. Dok senyap-senyap, baca apa yang patut. 
Pehtu, tertido.


Aku jaga bila misi gerak aku. Rasa aku tido kejap je. Dia lepak jap kat katil aku sembang-sembang. TAnya apasal aku tak bersalin kat HATL je. Sebab kat Hospital MAnjung ni takde bilik untuk pegawai. Tak selesa kang. Aku cakap le, aku datang nak beranak, bukan nak gi melancong. Gelak misi tu. 


"Awak ni tak sakit ke?" tanya nurse tu.

"Sakit lah! Mana bleh tak sakit.." jawabku.

"Senyum je. Macam tak sakit~" sambung nurse tu lagi.

Dalam hati aku.... dah takkan nak soh aku jerit lak cakap sakit. Tahannn je la. 
Kalau jerit pun bukan buleh hilang sakit tu kan?


Ok gak nurse tu datang borak, kasi otak aku distracted skit. 
Tetiba, mak buyung yang tadinya dok beradoh-mak tu cakap dia sakit sangat. Bila dicheck, dia dah bukak 5cm. Terus dia ditolak gi Bilik Bersalin. 
Huh! Aku da cuak dah. Kang musti giliran haku ni. Ouch!
Mak kepada mak buyung tersebut babai-babai aku sambil tersenyum. Musti dia besh kang cucu dia dah nak lahir. 
"Mana mak kamu?" tanyanya.

"MAk dah balik dah.... Esok keje.."

"Laaaa... balik ke? Kesiannya. Kamu dok sengsorang la ni ye?" Makcik tu tanya lagi sambil gosok kaki aku yang debab tu. 

Angguk-angguk sedih. Dapat tumpang kasih mak orang pun, jadilah.. Kan? HEHEHE...


"Elok-elok ye. Nanti kita jumpa lagi." kata makcik yang aku taktau namanya tu.


Berdebar aku. Tertanya-tanya apa la yang bakal jadi kat aku dalam bilik bersalin tu kang. Tapi, aku jadi hepi lak. Tak lama je lagi anak aku nak keluar. Tak sabo nak tgk camana rupanya. Sambil-sambil berangan tu, dah sampai waktu minum petang. Pihak spital sediakan bubur kacang hijau dan air teh o. 
Aku makan habih , LICIN! 


Tetiba, rasa cam nak terberak lak. Sakit segala sendi. 


 Aku jalan gi konter depan...

"KAk, saya rasa sakit lain macam lah. Bleh tak check?" 


"Haa..meh meh.. Jalan elok-elok.." kata misi tu sambil bangun dari kerusinya. Aku masuk dalam bilik pemeriksaan. Kena seluk lagi!!!!

"Alhamdulillah............. dah bukak 5 cm dah ni. Jom, kita gi bilik bersalin , nak?" 


Eh.. buleh tanya plak nak ke tak nak ye? Kalau aku jawab taknak , camno?


Dia soh aku siap bebarang suma. Beg aku dia masukkan dalam troli supomaket.
Entah mano depa rembat troli tu aku tatau. Pehtu, aku call Inche Kitchi, cakap masa dah sampai. AKu nak masuk bilik bersalin dah..

"Aik, kata kol 9 malam?" Inche Kitchi tanya dengan herannya.

"Iskk.. manalah nak tau. Dah dia suruh masuk dah.." jawabku. MAsa tu dah pukul 4.30 ptg. 

Lepas habih cakap ngan asben, aku masuk bilik air jap. Aku bukak bekas yang berisi madu dan aku pecahkan 2 biji telur ayam kampung pemberian Ayah. Selawat 7 kali, pehtu ntah ape-ape ntah aku niatkan. Aku doa jangan le muntah makan menda ni. Mentah kot? Eiii.... 

Tapi, bila masuk mulut aku, tak de plak rasa cam mentah. 
Rasa manis melecas plak dah! Baru aku tau yang telur kalu masuk dalam madu asli, telur tu jadi masak sikiit, sebab madu tu panas. Heeeee... Cenggitu ka. 

 Dah tu aku ditolak masuk wad bersalin. First time niiiii... masuk wad bersalin!!
Huuu..ciwi *bule? 

Aku tak berani nak tgk kiri kanan. Tapi kan.. tetiba aku terpandangkan kat satu bilik tu.
Ada bakal ibu tengah berada di 'posisi' bersalin. 
Dah ready dah ni. 
Adeh makkk. 
Maaflah kat kengkawan yg tak kawin lagi ye.
Aku lak jadi cuak. 
Rasa cam nak lari keluar spital lak. 


 Masa dalam wad tu la aku mengenali LAUGHING GAS.
Huuhh.. nak bersalin pun ada sikit taklimat. 
TApi taklimat di sampai kan dalam keadaan aku yang tak berapa nak fokus.
Inche Kitchi tetiba je muncul kat pintu dengan muka Spongebob nye. 
Hehehee... Buleh lak dio gi amik gambo curi.
Dia cuma buleh tunggu sampai bukaan mencapai 10 cm, then time nak bersalin tu dia mesti keluar.
Takleh tunggu. 

Takpo..aku pun tak mo dia tengok aku dalam keadaan camtuh. Baik tak?? 


Sakit? 
Masyaallah.... Tak tergambar. Tak terluah. Tak terkata. 
Makin lama, makin kerap lak contraction. Aku dok imagine, aku nak duduk dalam bilik sejuk tu sampai jam 9. 
Lama lagi tu. 

"Misi... saya ank kencing..." pintaku penuh sopan.

"Kejap ye... Nanti buleh kencing..." kata misi tu. Pehtu ntah hape dia godeknya kat celah bedah tu kan, dia kata aku dah boleh kencing kalau nak. Aik??

 Then dia pujuk-pujuk aku...

"Sabar ye.. Memang selagi baby tak keluar, awak akan sentiasa sakit. KAlau sakit kerap-kerap tu, petanda bagus lah.." kata misi berbangsa India tu. 

Aku tatau le tu kata-kata semangat ke hape, tapi aku rasa lega bila dengar.


Tetiba rasa nak meneran. Aku pandang jam... Baru pukul 5.45pm? 
Masa tu aku dalam posisi menyelesakan diri - MENGIRING. 
Aku peluk je besi katil tu. MAsa contraction maha dasyat tu datang tetiba, aku peluk besi tu sampai rasa nak jatuh la. KAalau jatuh sure klako... jatuh sabil bergayut kat besi katil.

Misi tu dengar aku meneran. Dia terus masuk. Suruh aku pusing balik, menelentang.
Dia nak check. Kenaaa seluk lagi!!!

"Eh, sudah cukup 10cm ni. Dah boleh dah..." kata misi tu. Dia kendiannya minta Inche Kitchi tunggu kat luar. Sempat la aku cium tangan Inche Kitchi sebelum bertarung. Kesian dia. Baru je nak duduk rehat-rehat.

Tak lama je pastu, tetiba bilik aku ramai orang. Wahh. ada doctor India tadi, pehtu dua orang MA, ada nurse... 


 Aku dah ready dah... 

Misi soh pegang lutut.

"Tak sampai lah misi....."

"Tak leh pegang lutut, pegang je lah apa yang buleh", dia kata. 

Aku pun pegang. 

"Bila rasa sakit... baru teran ok!" kata misi tu. 
Cam bagi arahan kat askar lak. HAAHAHAHA...


Then....










Bersambung ke entri seterusnya.........



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram