Followers

25 May 2011

Dentuman di kejiranan Makbed



Tu la.. 

Panjat-panjat lagi. Cuba la feminin sikit. 
Pantang nampak menda buleh panjat, nak paaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaannjat je!



 

Aku baru nak makan. 
Memang tabiat dah si Oni ni. Asal aku nak makan je, dia pun mula tarik kerusi , usik itu ini atas meja makan. Padahal aku suap makan nasik. takmo.
Tapi saja suka-suka nak 'teman' aku... Kalau duduk diam-diam tak po la. 
Ni tak. 
Ada je la menda dia request. 
Mulut tu tak berenti bercakap. Dah macam bertih jagung dah. 








Dia nak air. Iskk.. dia ni memang salu camtu. 
Kalau tak air, dia sebut "Nak ayam.."
Suma lauk dia panggil ayam. 
Ikan pun 'ayam. 
Daging pun 'ayam'.
Ikan masin pun 'ayam'. 
Sayur pun dia sebut 'ayam'. 
Aku dah habih makan dah. 
Maka aku pun angkat pinggan nak pi dapur. 
Pesan kat Oni , suruh turun. Meh amik air kat dapo ni. 
Wat derk je minah ni. 
Dia dok wat tarian singa la atas kusi makan tu.
Aku gi dapo jap. Basuh tangan ....


 

Tetibaa.... seperti dalam ilustrasi gambo di atas.
Bunyi kuat kemain jatuhan Oni dari kerusi. 
Berlari aku dari dapo ke tempat makan. NAsib baik la dekat je. 
Aku tengok ONi dah terbaring atas lantai, bawah meja. Nangeh terus! 


Aku cecepat angkat. Kuat gak dia nangeh.
Dia peluk aku kuat-kuat. Tu tanda tengah dalam ketakutan la tu. 
Aku usap-usap belakang dia.


"Sakit... Sakitt makkk..." kata Oni dalam tangisan.


"Mana sakit?" tanyaku. Saja nak tengok dia buleh jawab lagi ke tak. 
Dia nangeh sampai batuk-batuk. Aku doa je jangan la dia muntah.


"Ni..............." dia tunjuk kaki kanan dia sakit. 
Aku pegang-pegang sikit. Then, aku jampi. Cara jampinya ialah... baca lah Bismillah, kendian tiup tempat yang dia kata sakit tu kuat-kuat. Gerenti, hilang sakit si Oni. Siap ketawa lagi. 


Aku tanya kepala sakit tak. 
Dia still tunjuk kaki dia ..

Alhamdulillah... Oni dah ketawa pastu. Tak sampai 5 menet pun nangeh nye....






 Pastu dia sambung balik lari-lari keliling umah. Berbulu je aku nengoknye. Bila nak insap ni Oni oiiii!!!?




Tak lama pastu aku bukak fesbuk, ado lak jiran prihatin bertanya...





Haa...Dentuman tau tak?
Maknanya kuat la bunyi dia jatuh tadi sampai satu kejiranan buleh dengor. 
Hape la Oni ni. 
Wat suma orang gelabah je!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram