Followers

2 May 2011

Dengan tak semena-menanya , perut aku ketat ari ni.

Tetiba lauk jadi banyak pulak lunch hari ni. 


TAdi buat udang masak lemak cili api. Udang lebih tu aku goreng ngan kacang buncis. Dah siap dah le lauk.

Tetibo....

Tokkk..Toookk....

"ASSALAMUALAIKUM...."



Aku bukak pintu. Tengok Illa tersengih kat depan pintu sambil bawak 3 bijik tapawe.


"Hehe..nak return la tapawe akak. Banyak dah ni. Ado sambal udang, gulai ikan masin dan kuih samprit."


HOh! Samprit! Aku terus capai sebijik samprit dan makan ngan gelojohnye. Lepas telan baru ucap timakasih. HAHAHAHAHHA.. BUruk tak perangai?

Aku letak lauk-lauk atas meja. 

Pehtu aku sambung kerja aku kat dapo.

Tak lama pastu....


"Assalamualaikumm..............!!"

Tapi orang ni dia tak tunggu aku bukak pintu. Dia bukak pintu masuk sendiri.  PEhtu, dia bukak pintu dapo aku plak. Dapo umah aku ado pintu. AKu suka tutup sebab masa tu ONi dok tido. Kang kalu tak tutup Oni senang terjaga bila dengar bunyi bising. 

"Hoih.. wakpe tu?" Ida Kurau sergah aku. 

Aku sengeh je. HAHHA.. Seksi kot aku tadi. TAkde pun bajet orang nak datang. Memang buruk gila la rupanya kan. Al-maklumlah, badan mudah peluh-peluh, kena pakai seksi sikit, kasi angin masuk. HAHHAHA. Peluh tu jangan cakap la. Buleh nampak meleleh kot atas perut aku yang buncit nih. Huuu... sedap masakan aku. 

"Aku bawak paru goreng ni. Ada atas meja.." kata Ida. 

 Baguss.... Aku tak berapa makan paru tapi elok gak dia bagi. Aku kan kena makan makanan penambah darah. 


Lunch tu aku makan bertiga anak beranak. Oni duduk atas kusi baru dia. Aku jadi juri awam la. RAsa suma masakan. HEHHEE.. Tau-tau je perut aku dah ketat dah. Mana taknya, makan nasik tambah sampai 3 kali. 



Mekasihh semua kerana rajin memasak hari ni. PAru yang Ida masak tu sedap lerr.... Tak sangka aku makan dengan banyaknya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram