Followers

2 May 2011

Dah beli high chair untuk Oni

Selamat Hari Tak Bekerja kepada semua pekerja yang tak bekerja hari ni!!! 
Buleh tido lambat - macam apa yang aku tengah buat sekarang ni la.
Tak tido lagi. 


Lumut hujan dengan lebatnya petang tadi, dan kedinginan itu masih terasa sehingga tengah malam macam ni. Sepatutnya, aku sudah enak tido tapi apo nak buek kalo mata tu dok celik je. Sedey betui jadi orang cam haku ni. 


Hari ni aku masak kari daging. Tetiba teringin nak makan udang so petang tadi aku ajak Inche Kitchi gi pasar malam cari udang. Skang ni bukan musim udang kot sebab udang yang ado suma kekecik je. Tu pun ada la udang sederhana besar, aku beli sepinggan seploh hengget. Hoh, tadi aku jumpa ikan kembong 4 hengget sekilo. Gila murah pulak. 
Kat pasa malam tadi banyak ikan fresh-fresh dan harga sangat murah! 


Maybe tengahri kang aku wat gulai lemak udang. Nak wat kari udang , semalam udah makan kari daging. Bosan la plak. 


Oni dalam keadaan ciwi hari ni. Finally aku dah belikan dia high chair. Awal-awal dulu akku teragak-agak jugak nak beli. Rasa macam tak perlu je. Tapi, kesian pulakk bila time makan dia kena berdiri atas kerusi sebab dia tak mahu makan di bawah. Actually, high chair ni perlu untuk didik anak-anak makan secara berhemah di meja makan. Takkan pulak aku nak soh dia makan berdiri kat meja. Dan takkan pulak aku nak suruh dia makan kat bawah, sementara aku plak makan kat meja makan? Aku mana leh makan kat bawah ngan perut beso gedabak ni..... 


Semoga dengan adanya high chair Oni akan  makan lebih berselera. Dan Oni takyah la panjat-panjat meja makan lagi. Peh ni buleh makan berjemaah dengan Ibu dan Ayah. Senang sikit nak suap dia. Letak je dia atas kusi tu. Sama tinggi ngan aku. Kan senang nak suap. KAlau tak tu, sekali suap nasik, 5 kali dia round satu ruang tamu dan aku lak kena kejar. Terbongkok-bongkok aku nak ngabihkan semangkuk nasik dia. Tu baru anak sorang tu. Bayangkan la kalau aku dapat anak kembar tiga macam si Amrafarhan tu kan. Waduhhh!!! Buleh slim MAkbed~




HA..DAH MENGUAP DAH! Jom tidoooooo!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram