Followers

28 May 2011

Catatan di waktu-waktu terakhir...

Adesss...

Tetiba lapar la pulak tetengah malam ni. Adakah sebab aku berpeluh berlebihan menyebabkan aku menjadi cepat lapar?

Baby gerak sakan gak ni. Sabo le nak oi. Tak lama je pun. Pinggang ni rasa cam nak gesel-gesel je kat memana agar sengalnya hilang. Papepun, jangan kuar lagi sebab besok baru muffin dan kek choc moist sampai depan umah. Kasi Ibu chance makan dulu ye.

Oni ngan Apak Oni baru je tido. Kesian tengok Apak Oni. Ntah camanalah dia nak handle Oni bila aku bersalin sok. Aku pun masih tak dapat nak bayangkan keadaan aku dengan berbaby baru yang kecik halus , dalam masa yang sama melayan karenah Oni yang pelbagai tu. But I am looking forward to see how Oni will react once she sees her newborn Adik. Musti dia suka!

Tadi Inche Kitchi kuar jenjalan , gi cucuk duit, beli rokok. Salu-salu dia pegi sendiri. Mana pegi pun tak penah dia bawak Oni. Ye la, sebab Oni ni payah nak berenggang ngan aku. Mana pegi pun, aku kena ada. Tapi, tadi Oni nampak Apak dia dok bersiap nak kuar, dia sibuk-sibuk nak ikut. Siap hulurkan kasut lagi soh pakaikan. Saja soh Apak bawak kuar tengok. Testing... KAlau Oni buleh kuar ngan Apak tanpa Ibu di sisi, maknanya Oni sudah makin matang. Kalau dia boleh bonding ngan Apak , aku lebih bertambah lega.

Mungkin latihan selama seminggu gi umah pengasuh dihantar Apak tu membantu banyak dalam merapatkan hubungan Apak dengan anak daranya itu. Heeee... ALHAMDULILLAH,

Thanks Bucuk sebab memahami keadaan B yang serba termengah-mengah ni. Cayangku memang seorang yang penyabar.

HAdoh.. peluh teruk ni. Buleh tak nak mandi? Kena air panas kat tempat sengal-sengal ni lega sikit. Tapi memang dalam info ngandung cakap mandi air suam buleh mengurangkan rasa sakit pinggang masa mengandung. Huuummm..... Tapi, kalau mandi air suam time tengah rasa panas peluh-peluh gini, bukan ke sudahnya jadi panas balik? Haih!



 p/s - Ado orang cakap aku tak macam ada anak pun. HAHAHAHAH... MAcam bebudak skulah je lagi. Itulah hikmahnya tangkap gambo separuh badan aje. PAdahal, perut dah maju ke depan sampai jalan pun tak nampak mana kaki tu pegi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram