Followers

15 May 2011

Budak sekarang tak takut kat Mak dah..



Sedih tengok budak-budak skang...



"Mak tau ke ko isap rokok?"

"Tau...!"

"Waa..hebat la jugak ko ye. Mak tau ko isap rokok. Mak tak marah?"

"Mak marah jugak. Tapi nak wat camana, dah ketagih....."




Camtu je jawab?

Korang tengok Buletin 1.30 tadi? 

BUdak-budak dari mana ntah asalnya NAIK BESKAL selama 3 jam just nak melepak kat Shah Alam. Naik beskal beb? Malam-malam lak tu!

Ada yang parents tau anak dia keluar, ada yang lansung tak gitau parents. 


Aku rasa, even parents tu tau, diorang halang sekalipun, anak-anak ni memang jenis tak dengar kata. Ini stok kena sunat 3 kali setahun, baru dengar kata kot, kan? 

Anak-anak dah tak takut kat mak bapak. HOrmat? LAgi la. Mak marah ko smoking pun ko sanggup tak brenti sebab KETAGIH. Terkilan toi aku ngan jawapan camtu. Mana rasa kesian kat Mak? MAna rasa respek kat Mak? PAling koman, mana pi rasa MALU kepada MAK bila ko merokok dan Mak tau plak? Pehtu ko slamber je isap rokok depan MAk? Beli rokok pakai duit MAk? Oi HALOoo... paling tak pun sila hormat MAK tu sebab dulu dia yang berjaga malam menyusukan ko sampai bengkok tulang belakang dia. Dia yang cebokkkan berak ko. Dia yang urut, boh minyak angin kat perut ko takut ko kena angin pasang masa kekecik. 

Skang, bila ko dah buleh naik beskal jauh-jauh, ko leh je jawab camtu kat TV? 

'mak marah, tapi dah ketagih, nak cat camno?'


NAsib baik TV3 tu kesian kat MAK ko, dia kasi blur kan muka ko masa on-air. 


Aku memang pantang betui budak-budak menjawab bila masuk BAB ROKOK ni. Rasa macam nak suruh dia daftar masuk Askar Wataniah time-time tu jugak! MAcam bagos~


Aku rasa, sapa-sapa yang dulunya isap rokok masa sekulah-sekulah pun dah paham dan turut sama rimas tengok bebudak sekolah ni merokok lagi hebat dari orang yang cipta rokok tu sniri. 




Anak-anak Ibu, kalau nak isap rokok masa sekolah , Ibu tak kasi duit sekolah tau. Jangan makan apa Ibu masak.
Degil, Ibu sebat je. 
Nak isap rokok, tunggu ada duit sniri. 
Lagi bagus, kalau ko tak isap lansung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram