Followers

26 May 2011

Auni terkini di usia 21 bulan


4th day on PERCHOBAAN PEGI UMAH PENGASUH DENGAN APAK, Oni  behaved well. 
Inche Kitchi pun memberi kerjasama yang jitu dan memberi peluang aku berehat-rehat.
Actually, aku da tak larat nak panjat tangga apatah lagi dengan mendukung Oni.

Thanks Bucuk.

Saje nak kasi Apak bonding dengan Oni. Nampak perubahan besar sangat pada Oni walaupun still ada manja-manja. Dia dah kurang merengek, and lebih berdikari. Maybe Apak dia ada cakap-cakap dengan dia kot masa dalam kereta on the way gi umah pengasuh tu. Kalau dulu tu, tak mau lansung ngan Apak. Aku nak gi jamban pun kena bukak pintu kasi dia masuk. Kalau tak bantai nangeh sampai sudah! 
Skang dah ok dah. Dia nangeh le kejap, tapi bertenang sikit bila Apak datang pujuk.


Lepas kes jatuh kerusi tu, Oni dah buat tarian singa atas kerusi lagi dah. HAHAHAHAHAHAH!


Sebagai Ibu yang melahirkan, aku nampak beberapa sifat Oni yang terkadang buat aku terdiam lama.....kemudian bersyukur sangat sebab mempunyai anak sepertinya.
Op kos laa...mulut dia sangat becok ok! Inche Kitchi kata mulut dia sama macam aku. Pok pek pok pek.Celik-celik mata je terus bercakap! Tapi, Oni ceria selalu. Dan dia menceriakan kami berdua.



menolong orang tua yang dalam kesusahan


Oni ni ada satu sifat yang aku rasa ada kat orang dewasa je. Sifat TIMBANG RASA. Dia ni mudah sungguh kesian kat aku. Bukan kat aku je lah. 
Kalau dia dengar budak lain nangis, Oni akan kepochi, sibuk-sibuk nak tengok siapa yang nangeh, kenapa budak tu nangeh. And she will offer anything in her hands for the person. 
Kalau time tu dia pegang menan, menan la dia bagi kat budak tu. 
Kalau dia pegang makanan, makanan la dia bagi. 
Kalau dia tak pegang pape, dia gi tepuk-tepuk lutut ke, tangan ke... konon nak pujuk-pujuk kasi diam. 
KAt kawasan kejiranan umah pengasuh, Oni memang terkenal dengan keramahan. Pantang nampak baby je, pantas dia menyapa baby tu sekali ngan mak-mak baby tu skali. 
Apsal aku tak camtu pun? 


Dalam ilustrasi 'kanak-kanak riang' di atas, Oni memang tak pernah GAGAL untuk tampil membantu Ibunya yang mengalamai kesukaran untuk bangun dari pembaringan atau pun nak bangun dari lantai.
Selalunya, kalau dia suruh aku buatkan nenen, dia akan tunggu kat situ sampai aku berdiri. 
Aku minta tolong... Just cakap.."Oni..ibu nak bangun.." 
Bila dia dengar ayat tu, she will stop doing whatever she's doing, and gives her hands. 
Ala.. bukannya dia larat nak tarik aku pun.
Tapi, dia punya effort nak juugak menolong tu buat aku speechless kekadang.
All I can do is pray for her. Syukur sangat.


Yang tak menahan tu tang bunyi "YAH YAH YAH.." tu la. 
Kelakar sangat. HAHAHa. 
Lagi kelakar kot kalau korang tengok aku bangun. Dah macam dinosor terbalik je. 




mencuci pakaian

 

Ini rutin jugak ni.
Aku biasakan bila dia bukak baju je terus masukkan dalam laundry bag. 
Tak kisah le dia londeh baju kat mana pun. Laundry bag tu ada je kat dalam bilik. So boh je dalam tu. Kadang tu dia ingat dia boh la. Kalau dia lupa pun takpe. BUdak kecik kan. 

Bila perut dah makin besar ni, sengsara jugak la nak ngutip baju atas simen. Tonggeng-tonggeng nak kutip. Nak kemas. Makin kerap lak aku 'memerintah' Oni soh tolong kutipkan baju atas lantai. Oni menurut perintah! HAHHA... Dengan riang rianya dia kutip semua baju seperti yang disuruh. 

Rupanya budak kecik  memang suka diberikan satu tanggungjawab kecik untuk dia buat. Sebab, dia nak tiru parents dia. So, bila kita suruh dia wat pape pun secara lembut tapi kerap, dia akan terbiasa. Cam memula dulu, soh amikkan remote. Skang dah tau beza mana satu remote nak diambil. 

Skang, bila dia nampak je baju-baju ke, spentot  ke, baju dia bersepah atas lantai, dia akan kutip satu-satu dan bubuh dalam laundry basket, sambil menyanyi ..ke membebel aku tak sure.  
Waaaahhh, aku sungguh touching melihat keadaan tu. 
Semestinya lah aku puji-puji dia sambil ucap "thank you". 
She likes it. 


sayang adiiiikk...!


Rutin wajib , tak pernah dia tinggal ialah.......

Cium Ibu ngan Apak.
Yang ni memang disiplin betul. 
Penting memupuk rasa kasih sayang kepada ibu bapa. even dah besar pun. 
Apak dia sampai dah beranak-pinak pun cium pipi Tok Wan ngan Umie lagi. 
As for Oni, dia akan muah sesapa je yang dia rasa patut di muah... 
Tapi yang paling selalu kena muah ngan dia adalah ADIK dalam perut Ibu. 
Bangun pagi, dia muah. 
Balik umah pengasuh dia muah gak. 
Malam nak tido dia pegang-pegang perut , kekadang tu over acting sikit, dia tepuk-tepuk nye perut aku. Wahahaha.. Adik tu dah biasa gamaknya dengan Kakak dia yang ganas. 

But when there's a moment when my tummy hurts so much, tak selesa especially time cam skang ni - sekejap keras...sekejap ok, Oni selalu ada kat perut, tolong usap pastu ntah hape-hape ntah dia cakap kat perut tu
. Dia kan banyak bercakap. 
Lepas dia prok prek prok prek kat perut , dia muah lak. 
Then dia cakap..."babai Adik..." pastu sambung gi main. 

Kadang tu nak marah gak la sebab dia main usap-usap, pastu tepuk kuat-kuat. Kadang-kadang dia sesaja je sentuh perut aku ngan kaki dia masa aku nak salin lampin dia.. tapi lepas dia wat camtu, dia musti pujuk aku then cium perut. Haaa..camtulah keje dia hari-hari.

Kalau aku merajuk ngan dia , dia menangih. Bangun cepat-cepat dan terus kasi big hug. 
Suka peluk orang dia ni.... 
Nak marah pun tak jadi. 



Ibu tak kisah sakit dan letih sepanjang tempoh berpantang nanti, tapi Oni takleh dok jauh ngan Ibu.


sekian saja cerita mengenai Oni hari ini. rindu kat oni sebenarnya. huumm... dia ada kat umah pengasuh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram