Followers

3 May 2011

Adakah kerana Obama terpengaruh dengan cerita Transformer, maka......



Pemimpin Al-Qaeda ditembak di kepala, anak lelaki turut maut dalam serangan komando AS

WASHINGTON: Osama bin Laden, pemimpin Al-Qaeda yang dikaitkan dengan serangan 11 September 2001 di Amerika Syarikat (AS), terbunuh dalam satu pertempuran dengan tentera AS di sebuah rumah di Abbottabad, kira-kira 45 kilometer di timur laut Islamabad, Pakistan, tengah malam kelmarin.

Turut terbunuh dalam serangan kira-kira 40 minit oleh pasukan gerak khas tentera laut AS itu ialah anak lelaki Osama, seorang wanita yang tidak dikenali dan dua lelaki lain.

Osama yang ditembak di kepala dikatakan memberi tentangan sebelum terbunuh dalam pertempuran yang turut membabitkan penggunaan dua helikopter. Salah sebuah helikopter AS yang menyertai operasi itu dikatakan terhempas akibat kegagalan mekanikal.
Pekarangan rumah yang diserbu dalam operasi itu adalah lapan kali ganda lebih besar daripada rumah berhampiran dan dikelilingi tembok setinggi empat hingga enam meter dengan dawai berduri, tetapi tidak mempunyai kemudahan telefon, mahupun internet.

Pegawai AS memberitahu Agensi Perisikan Pusa (CIA) menjejaki Osama di tempat persembunyiannya, sebelum pasukan elit keenam tentera laut AS diterbangkan ke lokasi itu.

Katanya, Osama ditembak di kepala dalam pertempuran itu dan pegawai AS mengesahkan identiti pemimpin Al-Qaeda itu berdasarkan rupanya. Pegawai itu bagaimanapun enggan mengulas sama ada DNA sudah dilakukan.

Presiden AS, Barack Obama ketika membuat pengumuman kejayaan operasi itu yang disiarkan secara langsung di seluruh dunia menyifatkan kematian Osama sebagai ‘keadilan akhirnya ditegakkan’.
Obama berkata tentera AS sudah mengambil mayat Osama dari tempat kejadian dan berjanji pengendalian mayat itu akan menghormati amalan Islam.

Rangkaian televisyen, Al-Jazeera melaporkan mayat Osama disemadikan di laut dan disahkan media AS yang memetik pegawai di Washington, untuk mengelak kuburnya dijadikan tempat pemujaan oleh golongan ekstrim.

Obama mengesahkan beliau mengarahkan operasi tengah malam itu, selepas AS kali pertama mendapat maklumat risikan mengenai tempat persembunyian Osama, Ogos tahun lalu.

“Satu kumpulan kecil anggota kita telah menjayakan operasi itu dengan keberanian dan keupayaan yang luar biasa. Selepas mendapat sedikit tentangan, pasukan itu membunuh Osama dan mengambil mayatnya,” kata Presiden AS itu.

Beliau berkata, tiada seorang pun tentera AS atau orang awam terbunuh dalam operasi itu.

Obama turut memuji Pakistan di atas kerjasama yang diberi negara itu. Bagaimanapun seorang pegawai berkata hanya AS mengetahui mengenai operasi itu sebelum ia dilancarkan.

Pengumuman Obama itu mencetuskan perhimpunan spontan di hadapan Rumah Putih dan di Ground Zero, tapak menara World Trade Center (WTC) yang runtuh dalam serangan 11 September 2001, selepas dirempuh dua pesawat penumpang dirampas pengganas didakwa anggota kumpulan Al-Qaeda.

Berita dramatik kematian Osama itu menutup pergolakan dunia yang dicetuskan serangan 9/11 ke atas pengganas yang mengorbankan lebih 3,000 orang.

Serangan didakwa dilakukan Al-Qaeda itu mencetuskan perang di Afghanistan, dan turut digunakan sebagai alasan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya untuk menceroboh Iraq.

Seorang diplomat Barat di Afghanistan berkata, kematian Osama juga dijangka membawa perubahan besar kepada dasar luar AS.

“Perkembangan ini akan mengubah senario, tetapi masih kabur apakah perubahan ini,” katanya.

Kejayaan membunuh Osama dijangka mencerahkan peluang Obama dalam pemilihan presiden tahun depan, selepas Presiden George W Bush yang memulakan peperangan terhadap keganasan kira-kira 10 tahun lalu, gagal menawan atau membunuh pemimpin Al-Qaeda itu.

Ketika mengumumkan kejayaan itu, Obama mengelak nada yang mendabik dada. "Malam ini saya boleh melaporkan kepada warga Amerika dan kepada dunia bahawa Amerika Syarikat sudah melancar operasi yang membunuh pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden, pengganas yang bertanggungjawab terhadap kematian beribu-ribu mangsa lelaki, wanita dan kanak-kanak yang tidak bersalah.”

Beliau berkata kematian Osama tidak bermakna keganasan akan berakhir dan menjangka Al-Qaeda akan meneruskan perjuangannya. - Agensi




Quote:

Rangkaian televisyen, Al-Jazeera melaporkan mayat Osama disemadikan di laut dan disahkan media AS yang memetik pegawai di Washington, untuk mengelak kuburnya dijadikan tempat pemujaan oleh golongan ekstrim.




Wah, gila kentang punya takut kat Osama, siap semadi kat laut lagi. 
Tetiba aku teringat citer TRANSFORMER
Ni musti terpengaruh ngan citer tu kan, semadikan Megatron dalam laut dengan harapan Megatron tak leh idop dah.

Takut nanti kubo Osama dijadikan tempat pemujaan? 
Hek elehh.... kamon laa!

HUAHAHAHUHAUHUA..



Ntah nape aku sikit pun tak percaya ngan berita ni. Ada banyak kemungkinan.

  1. Osama mungkin tak mati pun tapi sebab Obama dah takde modal lain nak wat citer, apatah lagi bebaru ni all eyes were on the William and Kate royal wedding, jadi Obama perlukan some issue untuk draw the attention back to him. Nah! Kuar la citer ni.
  2. Osama Laden tu mungkin dah mati lama dah. Tapi, saje je orang-orang Al-Qaeda tak announce. 
  3. Gambo bukti kematian Osama tu lansung tak real. Aku bajet rambut Osama tu maybe dah putih melepak dah, muka kedut-kedut sikit tapi gambo mati dia sama je macam gambo-gambo yang diorang ni salu tayang kat tv. Yang tak menahan tu, tang gigi Osama tu. Sama je rupanya masa idup ngan masa mati. Iskk~
  4. Osama memang tak mati. Diorang cuma tangkap Osama je. Tatau le nak wat apa kat Osama tu. Maybe Osama akan tukar identiti ke hape... Masuk dalam program perlindungan saksi ke kan. 
  5. Obama memang ado wat arahan suruh serang Osama. Tapi, serangan itu tidak membunuh Osama. Maka, untuk cover malu, Obama kata Osama dah mati akibat serangan tu padahal Osama tu ntah kemana-mana ntah da lari. So, Obama takde pilihan lain la... Kang rakyat US kata Obama ni tak habih-habih nak menyerang aje kerjanya gara-gara nak buru Osama. Jadi dia pon cakap "Osama mati dah kena tembak kat kepala..." Iskk, ce tgk gambo dia mati tu. Ada ke gaya cam kena tembak kat kpala? Tak caye aku. HEHHE..


Haa.. tu spekulasi aku aje lah kan. Korang  toksah laa caya. Bagi aku, Osama Laden mati ke tak mati ke, sama je. Bukan dia sorang aje tereris dalam donia ni. Kalau betul Osama Laden tu wujud, dan dia meninggal dah, Al-Fatihah la untuk beliau. Kalau ada menda kejam yg dia buat, tu antara dia dengan Allah. Kalau dia tak mati pulak, semoga Allah melindungi dia dan juga ahli keluarga dia. Amin~




-besok-besok tetiba ado serangan lagi kan, kuar le citer "Osama, the rise of the Fallen". Osama tetiba idup balik, kuar dari laut. Eh, laut mana yang dema nak simpan tu??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram