Followers

14 Apr 2011

Terkini Jimmy Shanley tersayang

Dah lama nak nulih pasal ni after dengar luahan perasaan dia kat Melodi , April 10 2011. Memang siyes kesian sangat. Sapa yang tengok Melodi Ahad tu musti buleh rasa yang Jimmy Shanley Norjahan Salleh, atau Jimmy Shanley ni dah hilang sabau nampaknya.



Sedih, syahdu dan simpati dengan nasib yang menimpa pengacara Trek Selebriti yang comel lagi handsome ini. Kemelut isu rumah tangganya bersama isteri, Nursuhaila Eliani Suhaimy, 25, bagaikan tiada penghujung. Terbaru (semalam) dalam rancangan gosip panas artis yang paling popular, Melodi, Jimmy berkesempatan meluahkan apa yang terbuku di hatinya mengenai sikap isterinya.



.Jimmy yang ditemubual oleh seorang wartawan Melodi ketika hadir di mahkamah bagi menfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya, menceritakan serba sedikit mengenai sikap sebenar isterinya yang tidak diketahui oleh individu luar. Gemar berparti, minum arak, berjudi dan kaki clubbing serta lebih mementingkan kawan-kawan daripada suami sendiri itulah sebenarnya sikap sebenar isteri beliau yang juga anak kepada pengasas produk kecantikan Natasya!



Paling mengejutkan apabila Jimmy sendiri menceritakan bahawa Suhaila sanggup meninggalkan malam pertama mereka semata-mata ingin keluar berjumpa teman-teman. Bahkan, status anak yg dikandung oleh isterinya juga tidak diketahui namun sebagai seorang lelaki dan suami yang bertanggungjawab, Jimmy ingin membela bakal anak yg dilahirkan tanpa mengira status sebenarnya.




.Mendengarkan luahan hati jejaka yang luhur hatinya ini, pasti ramai di luar sana yang tertanya-tanya apa sebenarnya yang dah berlaku antara Jimmy, isteri dan juga keluarga mertuanya? Adakah sewaktu Jimmy berkahwin dahulu, Jimmy belum ‘cukup’ kenal siapa bakal isterinya? Atau hipotesis lain yang boleh dibuat adakah Jimmy ‘dipaksa’ mengahwini Suhaila?



Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Semoga Jimmy tabah dan kuat mengharungi dugaan ini. Lagipun, masih ramai gadis yang jauh lebih cantik, baik dan beradab di luar sana yang mahu mendampingi Jimmy!


Sumber: SINI



makbed berkata:
Rasanya diorang ni dah lama berkawan. Dengar cerita rakan-rakan yang mengenali, wife dia memang jenis 'sayang kawan lebih'. 
Jimmy pulak memang menantu pilihan. Maybe owner NATASYA ni berkenan nak bermenantukan Jimmy. Jimmy kan baik orangnya. 

Tapi kan... bila JImmy cakap cemtu pasal wife dia cam tak patut le pulak. TAk pasal je kuar aib isteri. Kot ye pun betul, tak perlu rasanya cakap kat Melodi tu. Anyway, kita paham la jugak, awok tu tengah tensen. Kadang rasa kecewa buleh mengaburi akal fikiran. Dah lama ko sabo kan Jimmy kan?

Takpelah... KAlau bini ko layan camtu, Makbed tak kisah bermenantukan ko Jimmy. Tunggu la 18 tahun lagi ye. HAHAHHAHAA... Inche Kitchi stuju je cadangan Makbed ni. Tetiba  aku jadi sewel!!! 


baru tau yang Jimmy ni tak de mak dah. Touching aku nengok dia sebak masa cakap pasal MAK. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram