Followers

7 Apr 2011

Terasa sakitnya di tengah malam yang buta ini..eh?

Hari: Khamis
Masa: 0416
Mood: unknown



Panas betol kurasakan malam ini. Terjaga jam 3 pagi dgn belakang pinggang yg sakit. Celah peha pun cam sengal-sengal jek. Baby gerak dasyat malam ni. Kalau aku baring telentang, kepala aku pening. MAhu mengiring kiri atau kanan, baby dalam perut menendang cam gitau aku.."Ibuuu...anda telah memenyet saya!" kendian dia tendang-tendang lagi.

Badan peluh, menitik-nitik. Buleh rasa peluh meleleh dari setiap rongga kilang peluh aku. Tak selesa.....

Apa aku wat?

Aku londeh suma apa yg ada, gi mandi. KAsi basah rambut. Op kos le mandi air suam-suam kuku. Kalau aku biarkan je, memang susah le aku nak tido. Mandi air panas buleh membuatkan diri tenang. Baby pun tenang dalam perut. Tak ganas dah. sesekali aku nampak terbonjol siku ke lutut kot perut. Aiyoo...Apakah? 

BAdan aku yang tadinya melekit-lekit dek peluh, dah ok. Wangi da. Tadi , punya melekit kalau taruk tepung kfc tu sure baek nye melekat seluruh badan, pehtu buleh panaskan minyak dan goreng. Jadi lah MAKBED GORENG. huuu... Pehtu, aku gi masak air, then buat segelas susu kambing. Hehhee..Susu buleh membantu aktiviti peniduran. 

Ingat nak cuba posa qadha besok. Aku dah makan nasik sikit dah walaupun tak berapa lalu. Nak cuba gak posa. Kalau buleh lepas, ALHAMDULILLAH. Kalau takleh, aku nak tgk takat mana aku mampu bertahan. Tapi tu la.... time gini aku kerap rasa dahaga. Air masak tu selalu je habih bergelas-gelas. 


I am experiencing Braxton Hicks probably. Sakit dan sengal sudah kurasakan tapi takdelah sama rasa cam sakit nak beranak tu. Beshnya kalau ada orang tulun gosok kepala dan blakang aku nih. HAHAHA..macam kucing plak kan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram