Followers

16 Apr 2011

sila hargai kawan-kawan yang berada bersama anda tak kira susah atau senang. JANGAN DOK MENGADA-NGADA SANGAT. Kawan-kawan pun ada life sniri nak kena manage.

Nak wat camne kan kalu ada orang kadang jeles ngan kita. Yes, ado orang jeles ngan aku. Aku nampak senang... hepi. Kalau tengok entri-entri aku, orang akan anggap aku ni hidup penuh keceriaan tanpa masalah. Kalau aku wat entri tensen pun, orang yang baca tu still buleh gelak bahak-bahak lagi baca entri tensen aku.

Aku pun orang cam korang.

Ada masa aku tension. Ada masa aku emo dan ada masa aku marah.
Ada masa aku sakit bukan kepalang. Ada masa cengeng. Ada masa ngedik dan ada masa aku wat salah dan terlanjur dalam segala segi. 

Dah tu....

Kalau aku ada masalah,
Kalau aku tersilap langkah,
Kalau aku sedih,
Takkan pulak aku nak ajak orang lain sedih skali ngan aku?
Dah tu camana sedih aku nak hilang?
KAwan-kawan yg berdamping dengan kita tu bukan ke untuk buat kita rasa ceria dan hepi semedang?
Tak kisah la kawan blogging ke, kawan sekolah, kawan belakang umah, jiran tetangga, kazen dan sapa-sapa pun yang sudi kawan ngan kita. 
Kalau aku buat muka sedih, meleleh ayaq mata , meratapi akan sesuatu, aku kesian kawan-kawan aku akan kehilangan kata dan taktau camana nak tenangkan aku.


Maka....

Aku memang telah diciptakan Allah untuk tak reti nak bersedih bebeno dan meratapi sesuatu sampai 3 hari 3 malam. 
Kalau aku marah, aku marah kat situ je. Cakap-cakap suma , dah habih pehtu aku mintak maap. 
Aku ni jenis tak segan nak mintak maap. Kadang tak buat salah pun aku minta maap tak pasal. 
Kalau aku bad mood, aku memerlukan orang lain untuk melakarkan senyuman kat muka aku. 
JAdi, aku diam dulu untuk permulaan sampai ada orang tegur aku , wat lawak spastik ke hapa. 
Aku takkan buat muka bad mood sampai berjangkit satu Malaysia, habih suma orang bad mood sebab aku start bad mood dulu. Yela, orang emo badmood ni kan suka marah-marah. TAk suka rosakkan hari orang. 

Cara hilangkan rasa sedih dan kecewa adalah dengan gelak balik kat diri sendiri rather than menyalahkan orang lain akan musibah yang menimpa kita. Aku sedar Allah tu bukan saja-saja nak bagi hamba-Nya susah. Sentiasa bersangka baik dengan Allah, maka tenanglah segala. Aku gelak kat diri...Tengok balik silap sendiri dan kekadang tu memang lawak kalau dikenang balik. 
TAkkan nak nangih pulak.
Menda dah jadi kot. 
Apa yg dah jadi tak penting dah. Yang penting, apa yang kita nak buat besok. 


Cara kedua hilangkan sedih dan segala rasa tak baik dalam jiwa ialah berbuat baik dengan orang lain.
Jangan berkira. 
Biarlah kita memberi lebih dari orang yang menerima.
Hakikatnya, kalau kita berhati mulia dengan orang lain apatah lagi dengan kengkawan, kita sendiri rasa senang hati. Paling simple, senyum jek. 
Jangan babitkan diri dalam persengketaan kawan-kawan lain. 
Kadang, orang tanya aku.. "apsal aku baik sangat tolong orang yang sangat berkira dan kedekut dengan harta benda dia?" 
Biasanya aku sengih cam kerang busuk je. 
Aku tau ada yg kata kebaikan aku ni diamik kesempatan oleh sesetengah pihak.
Eceh.. memang. 
Tapi, aku pun kadang secara tak sengajanya buat cam tu jugak. Tak sedar. 
Tapi, kita cover lah balik dengan berbakti selagi boleh. Aku ada jawapan tersendiri ngape aku tolong orang yang tak penah tolong kita...

Kebaikan yang kita bagi bukannya perlu balasan. Cuma, maybe bila kita berbaik dengan orang tu, orang tu akan jadi lembut hati dan berubah sikapnya pada kita. Kalau dulu dia berkira dengan kita, maybe lepas beberapakali kita bersikap baik hati dengan dia, dia akan jadi pemurah. Ntah-ntah lebih pemurah dari kita yg sedia pemurah nih. Tapi, kena belajar tengok limit la pulak.
Kalau dah melampau sangat, kena la cakap terus-terang.

LAgi satu,,, yang ni aku memang selalu pegang. Kalau aku berbuat baik ni tak dapat balasan pun, aku tak kisah. 
Cuma, aku berdoa agar kebaikan aku ni dikenang dan anak-anak aku dapat tempiasnya. Paling tidak pun, nasib anak-anak aku terbela dengan kenangan kebaikan yang aku berikan kepada kawan-kawan. 

Aku tak penah sebut pun , lagi nak ungkit dengan apa yg aku bagi. 
Jauh skali la aku nak ulang statement "asyik aku je yang bagi lebih kat korang.. " 
atau pun 
"asyik aku je yg paham korang. takda sapa nak paham aku.." 
SORI.. Itu bukan MAKBED.

ada sekali tu la aku penah bebel kat sorang kawan aku yang asyik dok ulang statement kat atas tu sampai nak muntah aku dengar. Aku sound sekali sampai penat jari aku taip, pehtu aku terus DIAM SERIBU BAHASA.
Dah dia mintak sangat orang 'tak paham' dia. Aku tinggal je la dia camtu je. Hamek ko. 
Habih yang aku selama ni dok ada sebelah dia tu hape? 
TOYOL?
Siyes tak nyesal buat camtu kat orang tu.
Iskk.. kejam sungguh Makbed. 
Tapi tu jela sekali. 
Kalau ada lagi orang wat perangai camtu, insyaallah aku buat lagi menda yang sama. 
Moral: sila hargai kawan-kawan yang berada bersama anda tak kira susah atau senang. JANGAN DOK MENGADA-NGADA SANGAT. Kawan-kawan pun ada life sniri nak kena manage.

Aku tak perlukan orang memahami aku bebenor. Aku pun tak de berusaha nak memahami orang lain beria. Tapi, apa yg aku perlukan ialah keikhlasan.
Keikhlasan dalam apa pun pastinya memudahkan segalanya. 
Takpelah kalau korang tak paham aku pun aku tak marah. 
Takde nye aku hentak-hentak kaki, meja atau pinggan. 
Takde pun aku melengung merenung nasib diri dan bertanya kenapakah takda orang dalam dunia ni paham aku camne. 
Allah dah paham dah. Takyah citer kat Dia pun, Dia paham.


Makbed takkan cakap dia sorang yang happy-go-lucky. Tapi, yes... sapa yang wajahnya ceria dengan happiness , goes lucky everyday. Muka yang jernih kan murah rezeki. 
Camana nak muka jernih?
DOA.
Pehtu, SENYUM. 
Then, hati mo ikhlas oke. 

Doa aku hari-hari bila nak pi keje, tengok cermin... masa nak taruk eye-liner tu....

"YA ALLAH, bagi lah muka aku ni bersih, jernih dan menyejukkan hati orang yang memandang. Mudahkan lah kerja-kerja aku dan janganlah Kau datangkn fitnah dengan wajah yang Kau kurniakan ni. "

Haa... camtu je doa nya. Mudah kan. Pakai skrip sendiri jek. 
Tapi, aku cakap kuat-kuat. Dah aku dok depan cermin sengsorang.
Ada pun Oni je. Aku kan suka cakap sengsorang.


Ada perkhabaran mengatakan blog aku ni dibaca secara senyap oleh makcik-makcik navy  (wife-wife navy) seantero negara. Ye ke? Yeke? HEHEH... 
Maapla... Saya tak kenal kalian. 
YAng mana gitau, maka saya kenal la. 
Kalau ada datin-datin ke baca, silalah jangan marah ye. 
Saya takde kutuk-kutuk sapa-sapa pun. HAHAHAHAH....
Saya menulis sebagai seorang individu, sebagai diri sendiri.
Diri saya yang sejak dahulunya begini. 
Sebelum kawin pun saya begini. 
Setelah berkahwin dan beranak pinak, saya tetap gila menulis begini. 
Ketika menulis di blog, saya tidak berprotokol. 
Yes, suami saya berpangkat tapi saya tidak.
Saya seorang receptionist.
Saya kerja tak gah macam orang lain yang bergaji besar
Ada yang kata, saya tak perlu pun kerja apatah lagi kerja kuli camtu . Hanya menjatuhkan martabat suami saya yang berpangkat.
TApi .. kalau korang tengok Inche Kitchi tu kan, lansung tak de cam orang berpangkat pegawai pun.
Dia humble saja. 
JAlan-jalan ngan aku pun seluar dia lipat 3 cm dari buku lali.
Pakai pun slipar biru yang dulunya aku pakai dalam rumah masa ngandungkan Oni.
Dia tidak kisah apa kata orang, jadi aku pun dah jadi macam dia kot. 

"Ala... receptionist je pun. Baik takyah kijo camtuh..."Ada dengar jugak orang ckp cemtu. 
Tapi aku tak marah pun. Aku sengeh je. 


Ek..sukati lah aku nak keje recep ke, pencuci tandas ke.
Aku hepi taw. BUleh keje. Suami izinkan.
At least aku leh hapdet blog aku ngan keje-keje yang aku wat dari tak de keje, takde idea nak hapdet blog pehtu takpasal maki-hamun cari salah orang pehtu tulih kat blog.
Tak ke dosa tu? 
Keje jawab telepon pun buleh wat aku gelak hari-hari (orang pun gelak kat aku jugak!) 
Ko ada ? Ada gelak?
Hari ni ko gelak tak?


AKu tak sangka ada orang jeles ngan aku.
Aku tak kaya.
Pakai honda cabuk je. Tu pun Ayah punya. 
Rumah pun takde perabot beso. Suma hak milik kerajaan.
Kalau kena halau sok, bawak beg je kot. Ngan katil Oni. HAHA..
Tv pun pakai tv kotak lagi
Orang len pakai LCD la, plasma la. 
NAk kata aku cantik, tak pun.
Nak kata aku ni rajin, hebat sangat, pandai masak lagi la tak. 
Rumah bersepah cam tongkang langgar iceberg.. 
Masak pun seminggu 2 kali kot. HAHA... pemalas.
Apsal la nak jeleh ngan aku. Isk..iskk... Tak patut sungguh. 
Jeles la kat Datuk Siti ka... Paris Hilton ka... Kim Kardashian ka.
Haa.. kalau Kim Kardashian tu sungguh aku jeles. SUngguh! 


GILO BAPAK PANJANG ENTRI AKU.
TApi, aku tak emo ok. Aku cuma memberi penjelasan kepada silent reader aku yang jeles tu je.
Should this entry offended you in any way possible, do forgive me. 
Luv you all.
Muah!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram