Followers

27 Apr 2011

Semua orang nak parking dekat-dekat dengan pintu masuk kan?

Sedih betoi aku bila gi Tesco Manjung. Aku rasa dulu kat Giant Manjung, takde la teruk bebenor nampaknye sikap malas rakyat Manjung-Lumut-Sitiawan tapi bila Tesco ni bukak je, segalanya terserlah. 

Apa lagi yg kita nak? 

Parking berbumbung. Besar. Teratur.
Dekat dengan pintu utama. even parking yang kat luar pun, berbumbung jugak. 
Aku rasa Tesco Manjung ni direkacipta dengan konsep mesra pelanggan tak kira apa kategori pelanggan sekalipun. 

Tapi, masalahnya skang ialah, asal aku pegi je Tesco, aku mesti nampak akan ada satu dua tiga bijik kereta yang parking di tempat yang tak selayaknya parking. 
Contoh , depan pintu masuk ataupun kat tempat letak troli. 
Contoh kedua, kat tepi dinding di laluan utama pintu masuk. Pekejadahnya?

Kalau situasi cam tu ada kat Mid Valley ke , Jusco One Utama atau Jusco Kinta City, tu buleh dimaapkan la kan. Pengunjung ramai sampai parking pun penuh. Yang kat Tesco ni, korang nak main futsal pun buleh. NAk jugak pakat-pakat parking paling dekat dengan pintu masuk. BErat telor ke hape ntah?  
Kalau buleh tu , nak je paking keta betul-betul dekat ngan pintu - bukak pintu je kaki dah jejak dalam Tesco. HAa, camtu skali sikap orang kite. 
Baloq liat ~

 Taknak la cakap pasal troli ditinggal bersepah la kan. Tu memang biasalah. Kot ye malas nak letak kat tempat troli balik, letak le troli tu elok-elok kat tempat yang sesuai. Jangan le letak belakang kereta orang lain. Hmm..

 Yang paling mengecewakan, pihak pengurusan Tesco sudah sediakan parking spot untuk pengunjung berkeluarga siap letak sign cam gambo kat bawah ni: 




Tengok gambo tu pun pastinya kita paham apa maksudnya.
Biasanya parking spot untuk family ni lah yang paling dekat dengan pintu masuk Tesco selain dari parking untuk OKU.  Tapi, aku tengok parking istimewa macam nilah yang selalu penuh terlebih dahulu, berbanding parking awam lain. 
Ramai jugak orang OKU kat Manjung ni ek?

Jangan komplen orang lain tidak amanah jika diri sendiri pun taktau camana nak beramanah. 

Kecewa aku bila aku tengok orang yang parking kat tempat family ni adalah mereka yang datang berdua-duaan , tak kisah le dah kawin ke belum kawin ke, baik punya sengih-sengih jalan lenggang-kangkung masuk dalam Tesco. 
Tak de rasa bersalah ke? 
Yang datang solo pun,  nak gak parking kat situ. Konon nak cepat. 
YAng berkeluarga , beranak-pinak terpaksa lah parking kat parking awam , dan turun bawak anak yang berderet-deret dan ada yg bawak stroller baby lagi. 
Kesian tak?


Tahukah korang apa tujuan parking family tu diletakkan berdekatan dengan pintu masuk?

Tak reti nak pikir?  

Kalau bawak budak kecik, susah tau nak kawal bebudak berjalan. 
Jap gi dia lari sana-sini-sinun. 
So, dengan mendekatkan jarak pintu masuk dengan parking kereta, bebudak lebih senang diurus.
Family ni selalu beli banyak barang bila shopping. Takkan sebanyak orang bujang shopping beb!
Ce bayangkan la kalau dia shopping banyak dengan troli, pehtu dengan anak lagi nak diuruskan , nak kena jalan jejauh... Tak ke letih? 
Tak bertimbang rasa betui la. 

Yang mana bujang-bujang, jalan ngan awek tu, paking le kat tempat yang selayaknya untuk kamu. LAmbat lagi kot kamu nak beranak-pinak. Bagi la paking tu pada yang layak. 
Buleh tak amanah dengan menda yang sesimple gini? 






Aku emo. 
Sebab, aku ni jenis ibu berdikari. 
Pegi shopping sendiri , bawak perut ngan Oni lagi. 
Patutnya aku buleh le parking kat situ kan. Aku dalam kategori OKU campur family. HAHAH.. 
Tapi, leh lak kapel baru nak naik, bawak KANCIL pulak pi parking kat tempat tu. 
Wah, turun kereta dengan girangnya sambil si awek cium pipi pakwe nye tanda sayang dan bangga - "tahniah, awak dah berjaya curi family parking spot dan mak buyung tu kena jalan terkedek-kedek dari pakingnya yang jauh!" 

RAsa nak je aku waccchhhaaa organ pembiakan drebar kereta tu taw!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram